Monday, September 24, 2012

selekeh...

sebenarnya kan...sebenarnya kan, dah lama tak update entri pasal kegemukkan. maklum lar sejak dua menjak ni sangat tak boleh terima kalau orang kata kita gemuk. walau pun ada yang lebih dari kita, tapi kita tak boleh la.sedih.






hasil menggodek kat facebook, kami jumpa lah gambar-gambar kenangan waktu selim melim dulu. rindu sangat waktu-waktu lepas. rindu bercampur rasa sakit hati pun iya jugak. lama dah rasanya saya tak bersiap lawa-lawa macam dulu. berfesyen-fesyen macam dulu, bermakeup-make up macam dulu..aaaarrghhhh!!

siang tadi saya lepas godek almari terjumpa la jeans yg dah beberapa bulan tak pakai.tapi sayang boleh sarung takat peha jar. dah lah mengah nak sampaikan ke peha lepas tu kene gelak pulak kat suami. katanya, saya dah gemuk dan mengelebar. bawak-bawak lar berdiet dan sedar diri.

lebih menyedihkan. semalam kami dua laki bini pi jalan-jalan ke Melaka. dok melepak bersantai-santai kat dataran pahlawan. tengok gelagat orang lepas tu dok perhati fesyen-fesyen anak-anak dara zaman lani. kemain comel dan cantik. kurus selim,gebu,melepak..uptodate..alahai, bila pandang diri sendiri kat cermin terasa sangat kami ni akak-akak kampong mai datang tengok melaka  :(

dah tu, suami pulak tak mau pun pegang tangan kita pun. katanya, nanti orang kata dia bercinta dengan orang tua. lepas tu gelak dekah-dekah. walaupun sekadar gurauan, hati jadi sebab semacam tau.sampai betol hati dia. rasa nak piuuh je siku dia tu. biar tercabut balik.eeemmm..
[alasan ::tanganya patah tak boleh pegang tangan saya tapi sebelah lagi kan ada!]

tiba-tiba saya jadi kejam dalam berfikir. kalau aku kurus nanti, aku tak nak dah jalan dengan suami aku yang perut dia boroi tu. tetiba berfikir pulak, aku nak pasang badan nak pakai lawa-lawa dan uptodate sampai tak nak mengaku dah kawen.boleh?mampu? tapi kita tak mampu buat macam tu kan, sebab kita sayang suami kita  =')

saya selalu dan banyak kali dah cakap. tak ada manusia/isteri dalam dunia ni yang sentiasa muda sampai ke tua. sentiasa cantik..sentiasa wangi..sentiasa ramping..tak pernah berkedut..tegang sampai ke tua [lain lah kalo cucuk botox].tapi kenapa hati suami selalu tak paham-paham dan saya stres sebenarnya bila jadi mangsa buli ni.haaaaaa...



dengan berat hati, ku hadiahkan sekeping gambar pengubat rindu untuk ualls.
pada yang pernah mengenali, mesti kata kita dah berisi.
walaupun kelihatan biasa-biasa saja..
dulu tak sanggup nak biarkan muka kosong tanpa bedak dan lipstik.
tak sanggup nak biarkan muka pucat lesi tanpa pemerah pipi..
tapi sekarang.....

eeh, nak tunjuk lagi sekeping.
ketika sedang sedap melayan nafsu makan.
makan-makan-makan. 
lambat makan, mula la tak de mood bagai..

eh, ini lah akak kampong tu..
kenapa lah aku suka sangat pakai baju yang sama?
tudung seplooh hengget yang sama ketika ke pasar basah?
selipar yang sama,sehingga setahun tak berganti2??..
adekah sebab aku ni tak pandai membeli?
tak pandai berfesyen? ketinggalan zaman?
atau sebab dah malas nak melawa. maklum la dah kawen :)


nak usaha jadi muda lah!
hahahaha



aida :: walau apa pun kutukkan, terima kasih banyak laaaah...



















11 comments:

  1. Kadang2 ida pun rasa macam tu. dah kawen, malas nak melawa.. tapi bila fikir, tak boleh! nanti laki aku tgok pempuan lain.. terus jadik motivator untuk bergaya... hahahahaha!!


    Cantiknye aida! Putih!! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya bila pikir mcm tu. tapi ni lemah laaa. dapat pulak husband suka usik-usik kata aida gemuk.hehehe..

      :: teringin nak pakai skinny mcm kak ieda pakai.hehee

      Delete
  2. Sepatutnya suami kena terima keadaan isteri seadanya,kalau pun nak menegur biar berhemah...jgn sampai menyakitkan hati isteri (this part mmg yani berangin skit)...asal kembang skit,dah nak mengutuk...please la, lelaki pun mengembang sama lepas kawin...so,jgn nak kutuk lebih2,duduk depan cermin pastu bandingkan lipat perut tu dgn gmbr sblm kawin...huh!

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya suami kena terima keadaan isteri seadanya,kalau pun nak menegur biar berhemah...jgn sampai menyakitkan hati isteri (this part mmg yani berangin skit)...asal kembang skit,dah nak mengutuk...please la, lelaki pun mengembang sama lepas kawin...so,jgn nak kutuk lebih2,duduk depan cermin pastu bandingkan lipat perut tu dgn gmbr sblm kawin...huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak....
      jangan emo. tapi memang canggitu la. suami saya ni pun sama, suka usik2. konon nak bagi motivasi tapi dengan cara yg menyakitkan hati...

      Delete
  4. alahai --TERASA sue--sejak kawen pon sama dah kurang melawa---macam2 pikir sb budget ke arah lain---sebab jauh dari kampung n macam2 nak buat--budget untuk MELAWA pon dah kurang --huhuhuu----kalau dulu bleh jadi RATU kebaya---skarang KEBAYA pon dah takot ngan SUe---Waaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama pemikiran akak dengan aida.
      budget untuk melawa dah xde, sebab tak kerja...
      :( heeee

      Delete
  5. Aida ni dah semulajadi berwajah manis...tak perlu make up berinci-inci pon tetap cantek...senyuman aida dh cukup membuat wajah aida berseri, betul tau...ni ikhlas akk ckp!!! Gemuk tu tak ketara sgt la aida sbb aida ni jenis org yg tinggi...pandangan aida je yg rasa aida gemuk sgt tp hakikatnya tidak...body mcm aida ni org tak panggil gemuk la yang, org panggil "badan sedap"

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayanggggg kak lind!hehehehe...
      mungkin aida nampak biasa-biasa saja.
      tapi pinggang dah xde shape....
      masalah buncit yg ketara sekarang ni kak lin....

      Delete
  6. x apa da...cantik apa mcm 2...ko x tgk lg ak mcm mana...hahaha..u always cantik la syang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke. ko xpe, anak dara.boleh bela badan secantik mana ko nak. nanti dah berlaki budget banyak ke dapur laaa..hehehe...
      ko cantik ikin.kulit putih melepak.hehe

      Delete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...