Sunday, September 30, 2012

laksa penang


masa study di Jitra Kedah dulu, boleh dikatakan tiap hari nak pekena laksa penang. kerjanya bila ada waktu senggang kami serumah akan pi cari kedai jual laksa di sekitar Jitra. kalau terjumpa yang sedap memang kami ulang kedai laksa yang sama sampai muak laaaa..

lani dah bertahun tinggalkan Jitra, tapi perasaan rindu kat Laksa Penang tak pernah padam. kalau pi pasar tani,pasar malam, bazar ramadhan atau pi mana-mana saja kalau ternampak laksa penang memang saya terus beli.terliur sangat!

2minggu lepas membelek buku resepi emak. ternampak pulak koleksi laksa yang menggegar jiwa.haha..teruih lah saya cair ayaq liur nak makan laksa. hari ni kami pun buat lah, setelah 2minggu menanggung beban keinginan nak makan laksa.heeeeee


mee laksa ni saya beli yang dalam peket tu.
 rendan dalam air panas, kemudian rebus.


saya guna ikan selar kuning 3 ekor + ikan kembung 2 ekor 
buang perut dan basuh bersih
rebus dan asingkan tulangnya.
[air rebusan dan tulang ikan jangan buang]

1 tin ikan sardin [buang kuah]
tujuanya untuk memekat kuah
nanti blender sekali dengan isi ikan tadi.

bahan-bahan untuk di blender :
lengkuas, bawang merah, bunga kantan 1,
belacan seinci,cili padi[ikut pedas mana]
halia sikit, bawang putih

bahan lain : cili boh, otak udang @petis udang [cairkan dulu dengan air panas]



blender isi ikan dan ikan sardin tadi dan masukkan dalam periuk/kuali macam ni..
blender pulak tulang ikan dan masukkan air rebusan ikan tadi.
tapis air tulang ikan tadi dan masukkan dalam kuali/periuk
masukkan cili boh, air asam jawa/ asma jawa keping,petis udang,garam dan serbuk perasa.

kepekatan kuah ikut selera sendiri.


dah mengelegak sikit tu masukkan bunga kantan & daun kesum
masak sampai kuah masak mengelegak penuh.

dah siap masak tu letak lah telur,bawang, cili potong,timun,limau..
atau apa-apa je yang uall suka.
siap!

dah kenyang boleh lah pi jalan-jalan  :)

3 comments:

  1. Ida tak pernah buat laksa ni.. boleh cuba nenati ni... =)

    ReplyDelete
  2. Peh..Kedai laksa yang kita selalu makan tu kita panggil 'Kedai Adam', yg tu je lksa pling sdap kat Tman aman tu, skrg xtau ada lgi ke x..Wlupn dok mai jtra stiap mgu, tp xpnah lgi p cri kdai pebret kta tu..Huhu

    ReplyDelete
  3. alahai--buat sue terliur.. hehehehe---nie buat nak balik kampung nie

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...