Wednesday, September 5, 2012

hasil kerja afrina

kalau balik kampong. camera saya mesti cepat habis bateri, sebab anak sedara suka ambil gambar. tak kiralah gambar apa pun. lubang hidung kita pun jadi cantik kalo dia snap.hehehe...

gambar-gambar ni semua diambil masa kenduri cukur jambul mukhlis ahad yang lepas.sebelum berangkat ke rumah nenek sebab kenduri buat kat sana,afrina menggodek dulu camera cabuk saya tu.gambar sesi mencukur jambul tak ada tapi gambar entah apa-apa yang dia ambil.jadilah. janjiiiii gambar makngah @ tuan camera ada...


dari kiri : iqbal hakim, nur afrina, nur qhaisarah
iqbal suka buat tangan mcm tu.
sebab dia tak pandai buat peace hand.

abaikan tilam yg saja dibentang tu.
motif senang untuk anak-anak ni nak tidur,baring,menyusu dan bergusti..

 bunga mak pun jadi mangsa..

afrina cuba pakai timing pulak.
10saat.tekan terus kejar cepat2..

tak sempat acik..

sarah dah mula kepanasan.

songkok atok  pun jadi mangsa

kepanasan layan anak sedara.buas belaka.

sampai rumah kenduri.memasing duduk melekap je dengan saya.
sorang pun tak berani nak banyak songeh.
tapi, lepas minum air secawan..
iqbal mula dulu start enjin.
lari sana,lompat sini.
adeh..

sarah tak de mood nak lompat,lari macam iqbal..
tapi sarah kerjanya nak minum air sirap tak habis2..

selipar sarah

 pak ngah yang demok pun comel..

pakcik-pakcik berkumpul dulu kat luar rumah..
lepas ni kang nak masuk buat doa selamat pulak..

3 comments:

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...