Wednesday, September 5, 2012

doakan suami saya cepat sembuh...

assalamualaikum..

doakan semoga suami saya cepat sembuh. 
sedih tengok dia jadi macam ni. 
kecuaian yang tak dapat dielakkan.
air mata je mengalir bila tengok dia menahan sakit..

inilah dia pengorbanan si suami.
puncanya saya minta ambilkan buah mangga depan rumah ni je...
dia terjatuh dari kerusi yang ditindih 3.
kaki kerusi patah n suami saya terbalik ke belakang..
masa nak jatuh tu saya dengar suami sebut Allah.
bila toleh belakang, dia dah terbaring sambil pegang tangan.
terus dia kalut sebut tangan patah...tangan abi patah.

serius.
kelam kabut sangat masa nak angkat dia dari jatuh tu..
sebab dia tak dapat bangun sendiri..

5minit lepas tu muka dia dah pucat,sejuk tapi berpeluh-peluh..
control perasaan yang tengah mengeletar ni terus drive kereta ke hospital.
sampai hospital.register.terus masuk dalam kecemasan.
xray.bius.masukkan balik siku yang tercabut tu.simen.

lepas sedar dari disimen. suami masih mamai. cakap pun entah apa-apa..
lepas tu dalam pukul 8.30pm kawan-kawan suami mula datang melawat.
saya tinggalkan dia sekejap untuk balik rumah mandi dan solat.
datang semual hospital bawa milo kotak dan 2bungkus roti kacang.
sampai hospital, dia kene pi xray semula.
saya tunggu dia depan bilik xray.
bila nampak troli dia diusung,saya terus bagi dia milo dan roti.

hasil xray kali ke dua. kedudukan tulang masih belum masuk dengan cantik.
sebab banyak bergerak.
jadi kene masukkan balik.simen dan balut.
tapi simen separuh je.untuk tunggu bengkak kat siku tu baik.
lagi pun ada sedikit luka dan bleeding kat siku.
mybe sebab menahan hentakan masa jatuh tu kot..

11.30pm baru selesai semua.
doktor bagi mc 2 minggu.
ikutkan malam ni dia dah bermalam di wad..
tapi merayu-rayau tak nak masuk wad..
jadi besok kene datang hospital semula dan kalau bengkak dah kebah...
doktor nak buat simen penuh.
keluar hospital.makan dengan kawan dia jap..
sampai rumah terus mandikan dia.
kesian. rasa nak nangis masa bersihkan luka-luka kat tangan dia.
tapi tahan.kuat!

kat hospital, berkali-kali saya minta maaf dengan suami..
kalau saya tahu nak jadi, tidak lah saya minta dia ambilkan buah mangga tu..
tapi, sikit pun dia tidak menyalahkan saya.
depan kawan-kawan pun dia masih rileks.
takdir...

sekarang ni dia dah tidur.
lepas bagi makan ubat tadi, dia terus tidur.
penat sangat kot.
tapi saya dah pesan awal-awal..
kalau sakit bagitahu saya.
kalo saya tidur,tolong kejutkan.

keliling dia habis saya stand dengan bantal..
takut saya kalo dia terlasak.
tangan yang patah tu saya dah apit elok-elok dengan bantal.
risau kalau dia bergerak-gerak..

maaf sayang.maaf sangat-sangat.
iloveu..


pohon mangga depan rumah yang mengiurkan sesiapa sahaja.
lepas ni tak makan mangga dah pun tak apa.
serik dah rasanya..




sayang,minta maaf sangat-sangat!

15 comments:

  1. sabar ye aida..... semoga cepat sembuh... ade hikmahnya....Allah yg maha mengetahui... (nkh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.
      benda dah nak jadi kan..

      Delete
  2. semoga suami sis cpt sihat sperti sediakala..amin...

    ReplyDelete
  3. Sabar ye aida.... Dah takdir . Jgn salahkan diri sendiri.. Mungkin ada hikmahnya aida nak makan mangga? Dan hubby sanggup amikkan sampai patah tangannya? Fikir positif ye......... Semoga cepat sembuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.memula tu je.lani dia pun dah boleh senyum tu.lega lah sikit..

      Delete
  4. MOga Hubby Aida Cepat Sembuh---Insyaallah--
    Jangan laa salahkan diri--dah takdir--ada HIKMAHnya..
    Yang penting skarang--Jaga hubby baik2---jaga diri aida sama jgn sampai sakit---karang sapa nak jaga hubby...
    Insyaallah......

    ReplyDelete
  5. semoga suami aida cepat sembuh erk..adess terasa kesakitan masa baca baca n3 ni..jaga suami baik2 tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..rasa ke?...
      insyaallah..
      thanks..

      Delete
  6. Moga hubby dahlia cpt sembuh yer.. Jgn salahkn diri tu... :) moga ade hikmah diseblik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah. minta yang baik-baik saja lah.
      thanks ros..

      Delete
  7. da...sabar yea.semoga suami mu cepat sembuh...

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...