Tuesday, September 11, 2012

day 7 : update suami ku..


day 4 : open house rumah pakcik sopian & maktih kat Kuaters IPD Raub.
semua makanan sedap-sedap, hilang sengal tangan suami ku..

alhamdulillah. kesihatan suami semakin baik. bengkak sembab pada lengan suami dah kurang sikit. itu pun saya gagahkan mengurut sendiri lengan suami walau pun takut pada awalnya. yerla, mana tahu kan saya bukan pakar mengurut kang tersalah urat mahu ke hospital semula kami.apa pun saya buat jugak,alhamdulillah. bengkak dah surut.

tapi sekarang ni muncul pulak lebam kebiruan di sekitar siku. kadang-kadang suami mengadu rasa sengal. setiap malam, saya akan pastikan dia akan tidur dulu dari saya. sejak dia sakit ni, memang saya tidur lambat sebab nak pastikan kedudukan tangan dia dalam keadaan selamat. itu pun suami mengadu,kadang-kadang dia terasa siku nak tertanggal balik walau pun dah alas dengan bantal.

kereta & motor masih belum boleh pandu. pakai baju pun kadang-kadang perlukan bantuan saya. nak makan luar pun dia susah dan tak selesa sebab susah nak pegang pinggan dan tak boleh pakai garfu. nak makan burger pun payah.alahai...jadi segalanya kat rumah je. kalau susah sangat saya je yang suap.hehehe...

ubat tak ada. cuma makan pil calsium yang hospital bagi. tapi itu pun selalu lupa nak makan. kalau saya tak sua kan ke mulut, memang tak makan laaah.

cuti sakit ada seminggu lagi. kalau tangan suami masih belum boleh diluruskan maka,saya lah yang jadi pemandu peribadi hantar dia ke pejabat....

1 comment:

  1. Alhmulillh..moga suami kak cpt sembuh yer :) tgk muka kak yg comel ni mesti cpat sembuh punya :)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...