Saturday, September 8, 2012

catatan hari raya 2012

catatan pasal sambutan hari raya sangat penting ok. sebab nanti bila dah tiba hari raya tahun depan,kita rujuk je kat blog. bukan apa sebab nanti takut husband kata tiap-tiap tahun raya kat kampong saya je.mana aci kan..

okey. raya puasa tahun ni (2012) kita beraya di Rantau Panjang.4hari sebelum raya, suami dah mula bercuti. bermalam semalaman di Kuantan. soping baju raya lepas tu baru berangkat ke Rantau Panjang iaitu 2 hari sebelum tiba syawal.

sengaja nak balik seawal boleh ke Rantau Panjang. sebab nak rasa berpuasa kat sana. lagi pun saya terliur sebenarnya nak rasa makanan istimewa negeri kelantan. kalau bulan puasa memang banyaaaak sangat makanan yang jarang kita jumpa. so merasa jugak lah saya makan kueh akok Pasir Mas. suami beli 10keping.erm,...sedap!memang sedap! lepas tu merasa saya kerabu kaki ayam yang super sedap!haih,kalo ada jual kat sini nak je saya beli seplooh hengget.

ok.jom kita layan gambaq..


ditengahari raya pertama.
tak pergi mana-mana. menunggu tetamu datang jer..
raya pertama MIL buat nasi dagang.
saya tak tahu camne nak buat tapi tetap nak menolong dan sibuk2 kat dapoq.
dapat tolong kupas bawang pun jadi lar.

sekitar depan rumah mok.
pekan Rantau Panjang masih belum sesak sebab hari raya pertama.
tapi bila dah raya ke 3,memang sesak.
motor nak menyelit pun tak boleh.

kalau balik ke RP. tak sah kalau tak ke Golok,Thailand.
boleh pilih nak pergi dengan motor,kereta atau naik bot.
sebelum ni saya pergi naik bot je. 
sampai sana tinggalkan ic dan dapatkan satu surat kebenaran dari satu post.
tapi sejak lepas-lepas kami masuk ikut pintu 'depan' lah.
masuk dengan motor.mudah sangat!
tapi panas tu je la yang tahan nyaa...

petang raya pertama kami pergi beraya ke Ketereh.
bawak anak-anak sepupu ni haa.
sebelah saya tu nikki.tahun ni nak ambil UPSR.
songkok hitam,adiknya nikki. buas kemain. 
dalam kereta tidur atas pangku saya.
nanti dah besar kalo sombong dengan saya siap laaa!hehehe
kopiah putih,namanya afnan. sekolah tahfiz. 
terang betul hati dia.sekarang dah hafal 2juzuk al-quran.

sehari sebelum balik negeri sembilan, kami sempat pulak ke pekan Mundok.
MIL kata dulu meriah. tapi sejak setahun ni Munduk dah sunyi sepi tak mcm dulu lagi.
puncanya,malas nak cerita.
tapi nk ke sana kene naik bot jugak.
sungai dia,kuss semangat! memang menakutkan. 
lebih dasyat dari sungai Golok.
so kene berhati-hati., airnya deras.

lepas puas berseronok berhari raya..
tengok tv sampai tengah malam..
tapi kerja sekolah jangan lupa!hehehe,hat ni saya ajar anak sepupu (nikki) buat homework.
katanya :susahlah aunty ngoh..

alhamdulillah..
raya ke 5 baru sampai negeri sembilan.
waaaah!!rindu sangat...
tapi yang tak bestnya,kami suami isteri demam.
dah order macam-macam dengan mak.
tapi tak dapat merasa dengan baik.
tekak memasing rasa pahit-pahit, payau gituw.
pening-pening lalat sangat.ruginya...


2minggu lepas raya baru dapat jejak Raub.
sampai Raub je terus buat puding caramel.
teringin pulak haaa...



ok.itu je nak cerita. nak kemas baju pulak ni.sebab kejap lagi kang nak balik kampong. tapi tak tahu kampong hat mana satu. tunggu suami ku pulang dari berurut dulu lah...lalalala.tata :)

p/s : caman nak surutkan bengkak kat tangan suami saya tu eh?.besar sangat dah tangan dia....


4 comments:

  1. Seronok shopping la gitu.kat area sana murah2 n byk pilihan.

    Selamat hari raya aida

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..seronok kalo bershooping kat sana..
      nak best lagi kalo ada duit tebal..hehehe

      Delete
  2. salam kenal... salam aidilfitri... dh lama akak x p rantau pjg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal & salam aidilfitri kak shiela..
      rantau panjang dah banyak berubah..datang lah nanti..

      Delete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...