Sunday, September 30, 2012

laksa penang


masa study di Jitra Kedah dulu, boleh dikatakan tiap hari nak pekena laksa penang. kerjanya bila ada waktu senggang kami serumah akan pi cari kedai jual laksa di sekitar Jitra. kalau terjumpa yang sedap memang kami ulang kedai laksa yang sama sampai muak laaaa..

lani dah bertahun tinggalkan Jitra, tapi perasaan rindu kat Laksa Penang tak pernah padam. kalau pi pasar tani,pasar malam, bazar ramadhan atau pi mana-mana saja kalau ternampak laksa penang memang saya terus beli.terliur sangat!

2minggu lepas membelek buku resepi emak. ternampak pulak koleksi laksa yang menggegar jiwa.haha..teruih lah saya cair ayaq liur nak makan laksa. hari ni kami pun buat lah, setelah 2minggu menanggung beban keinginan nak makan laksa.heeeeee


mee laksa ni saya beli yang dalam peket tu.
 rendan dalam air panas, kemudian rebus.


saya guna ikan selar kuning 3 ekor + ikan kembung 2 ekor 
buang perut dan basuh bersih
rebus dan asingkan tulangnya.
[air rebusan dan tulang ikan jangan buang]

1 tin ikan sardin [buang kuah]
tujuanya untuk memekat kuah
nanti blender sekali dengan isi ikan tadi.

bahan-bahan untuk di blender :
lengkuas, bawang merah, bunga kantan 1,
belacan seinci,cili padi[ikut pedas mana]
halia sikit, bawang putih

bahan lain : cili boh, otak udang @petis udang [cairkan dulu dengan air panas]



blender isi ikan dan ikan sardin tadi dan masukkan dalam periuk/kuali macam ni..
blender pulak tulang ikan dan masukkan air rebusan ikan tadi.
tapis air tulang ikan tadi dan masukkan dalam kuali/periuk
masukkan cili boh, air asam jawa/ asma jawa keping,petis udang,garam dan serbuk perasa.

kepekatan kuah ikut selera sendiri.


dah mengelegak sikit tu masukkan bunga kantan & daun kesum
masak sampai kuah masak mengelegak penuh.

dah siap masak tu letak lah telur,bawang, cili potong,timun,limau..
atau apa-apa je yang uall suka.
siap!

dah kenyang boleh lah pi jalan-jalan  :)

Saturday, September 29, 2012

nasi impit kuah kacang dan rendang kering ayam

soal rasa tak boleh tipu kan... 
hari tu mengidamkan laksa penang dan membayangkan telur rebus dan bunga kantan yang menggunung dalam pinggan. tapi hari ni mengidamkan nasi impit dan kuah kacang pulak.hehehe...
pagi-pagi tadi dah ke pasar basah Raub. ini lah kali pertama bertandang ke pasar besar Raub. alangkah seronoknya hati bila tengok sayur-mayur kampong menghijau atas rak jualan. terus kami menggila beli barang-barang makan hari ni dan besok teruih..

hari ni kene masak apa yang ada dalam hati dulu. nanti tak nak tangan buat lain tapi hati meronta-ronta minta buat lain.tak boleh gitu, nanti takut jadi macam semalam. nasi lembik..sup cendawan tawar hebeh..sambal belacan tak pedas. kata suami ku, serba tak kena!





resepi kuah kacang ala-ala kuah kacang satey.
buat manis dan pedas.aum sangat!
berasap telinga dibuatnya, sebab saya tak tahan pedas 
[memenuhi permintaan suami]
nak sedap lagi, letak daging potong kecil sesenduk.
tambah pulak belacan seinci. pergh...
menangis.sedap bangat!

rendang kering ayam.
buat macam gulai masak lemak cili padi tu.
lepas tu gulaikan sampai kering kuah.udah siap!
kalau nak sedap lagi letak lah kerisik tapi tak kering lah namanya..

ini hero utama.
tak ada nasi impit tak jadi lah kehendak hati.
saya suka nasi makan nasi impit yang masih panas dan lembik-lembik.
nak rasa lemak boleh letak garam kasar sesudu kecil masa merebus.

makan tak sah kalau tak ada sayur.
timun saya potong memanjang dan buang bijinya.
sangat sedap bila dicecah dengan kuah kacang.wahlaaa...  :)



masa raya hari tu tak sempat nak rasa dengan sepenuh jiwa sebab kami laki bini demam. tekak pahit dan payau. jadi hari ni balas dendam buat banyak sebab nak cover dari sarapan pagi-makan tengahari dan malam.hehehe...

kuah kacang sekuali

rendang kering ayam seperiuk

selamat menjamu selera....

Friday, September 28, 2012

burger bakar ala kami...

hari ni buat burger gumpal-gumpal. bangun tidur pagi tadi rasa malas sangat nak makan nasi. muak pulak hari-hari telan nasi walaupun itu makanan ruji kita. kami pun keluarkan burger yang dah siap beli kat market tu lepas tu letak 5-6 keping dalam periuk kecik. bawang besar potong dadu, daun pasli, lada hitam, seasoning oil meggi, garam sikit, telur sebiji lepas tu gaulkan semua tu dengan daging burger tadi. dah gaul sebati baru boleh buat bulat-bulat. ikut lah nak besar atau tebal mana.

saya tak buat tebal sangat macam kat kedai tu, sebab takut tak masak dalam. lagi pun kiteorang tengah lapar dan malas nak tunggu lama-lama.hehe. dah siap bakar tu suka hati lah nak makan macamana. kami tak suka roti burger jadi makan cenggitu jer. kalau ada salad,tomato,timun lagi sedap! tapi kami tak cukup barang.mayonis pun tak ado. jadi makan je mana yang ada....sekian terima kasih :)







eh, malunya.hangus pulak..




teringin laksa penang

sumber : google



seminggu sudah sebenarnya. saya teringin sangat nak makan laksa penang. puas betol pujuk anak tekak ni supaya bersabar. sebabnya minggu lepas kan kami dok bercuti rumah sedara-mara. melawat tang sana..melawat tang sini. jadi tak sessuai lar kalau saya nak main masak-masak kat dapur rumah orang sesuka hati. kan..


bila dah balik rumah sendiri ni memang hati puas. sampai je semalam [dalam kepenatan bawak kereta] saya gagahkan diri membersihkan rumah. tak boleh nak bersenang lenang rasanya kalau dah masuk rumah hidung terus perit-perit lepas tu terpersin bagai, tapak kaki dah hitam.itu maknanya saya kene terus menyapu,mengemop lantai, sedut tang tu..sedut tang ni.hehehe..penat ooo..penat gilors..


masa dok sibuk mengemas dapur, terpikir pulak nak makan laksa penang yang dah seminggu dok tahan-tahan tu. nak tunggu beli kat kedai, mood kata tak mau. mood suruh kami buat sendiri jer. sebab saya cadang nak buat banyak. makan lah dari sarapan pagi sampai makam malam.gitu...

bila dah siap semua kerja membersih rumah, saya terus ajak suami ke market. kene pergi cepat dan awal sebab takut market tutup. so bila dah sampai sana saya ni pulak tak tahu apa nak dibeli. boleh pulak saya jadi bluur dengan bahan-bahan nak buat laksa penang. bila dah termundar-mandir cari barang tu suami tegur 'kalau tak tahu nak beli apa, besok-besok je lah buat laksa'. hahh! apa lagi, terus letak segala barang yang dah ambik kat tempat dia semula.sentap.merajuk okey.. [mungkin badan dah penat kot..]


punya lah sedih. last-last saya beli berus gigi dan ubat gigi jer. masuk kereta terus bergenang air mata.hehe.sedihnya..sedihnya hati ni. sebab mengenangkan keinginan tahap melampau ni. singgah kedai makan, merajuk pulak tak mo makan. boleh pulak cek sambung nangis kat kedai mamak tu.adoi lah aida ni. mujur lah masa tu duduk kat meja yang gelap sikit. kalo tak?kantoi nangis...hahaha..


itu lah dia. hari ni pun pujuk merayu kat suami sebab nak makan laksa penang [selagi tak dapat]. lepas maghrib tadi sambung shopping kat market lain pulak, hurm..bukan rezeki kami lagi nak makan laksa sebab barang-barang nak buat kuah dia tak ada.tapi hari ni tak nangis pulak.hehehe..


aida : saya suka makan telur rebus.nanti masa buat laksa saya nak rebus telur banyak-banyak.sebab saya suka sangat!bunga kantan pun nak letak banyak, sebab saya teringin dan suka sangat makan bunga kantan yang rasa dia lemak-lemak tu.aaahh..sedapnya.



Tuesday, September 25, 2012

suami ku cuti panjang..


doktor tambah lagi cuti sakit untuk suami.
2 minggu + 1 minggu + 2 minggu :: 5 minggu
bayangkan, selama ini lah kami suami isteri dok honeymoon kat merata negeri.
seminggu di Kuantan..
seminggu di Tampin,N9.
seminggu di Batu Kikir..
lagi 2 minggu akan datang ni tak tahu lah kat rumah sapa pulak.
tapi besok cadangnya nak balik Raub kejap.
nak tengok rumah, apa dah jadi agaknya...
tido semalam dua kat Raub baru pikir nak melancong kat rumah sapa pulak lepas ni..hehehe

tangan suami, masih bengkak sikit.
tangan tak boleh lurus lagi
tak mampu nak ketip kuku sebab tangan tak kuat lagi.
maka,saya laa yg ketip segala kuku  =)
kereta..motor tak boleh bawak lagi [untung saya pandai bawak kereta]

tadi ke hospital..
dapat lagi mc 2 minggu..
kene tunggu tangan betul-betul baik baru boleh kerja..
maklum lar, tugas suami ku ni bahaya..
dok mengejar orang, tangkap orang.
camne nak kerja kalau tangan pun tak kuat nak klip gari??
[tak kan mak kooot?]
maklum la, bertugas untuk memerangi musuh utama negara.

haih, tak sabar nak balik Raub nih.
hujan emas dirumah orang, hujan batu ni rumah sendiri, lebih baik rumah sendiri.eh.eh!
pepaham lar, walau pun kat rumah emak kita sendiri kan..
nak golek gelantang, nak gaduh-gaduh manja pun segan.ye tak?





Monday, September 24, 2012

daging salai masak lemak cili padi

terima kasih pada emak sebab suka masak sedap-sedap bila kami suami/isteri balik kampong menjenguk beliau. makanan kegemaran saya dulu, kini dan selamanya. daging salai masak lemak cili padi.yummy!





selekeh...

sebenarnya kan...sebenarnya kan, dah lama tak update entri pasal kegemukkan. maklum lar sejak dua menjak ni sangat tak boleh terima kalau orang kata kita gemuk. walau pun ada yang lebih dari kita, tapi kita tak boleh la.sedih.






hasil menggodek kat facebook, kami jumpa lah gambar-gambar kenangan waktu selim melim dulu. rindu sangat waktu-waktu lepas. rindu bercampur rasa sakit hati pun iya jugak. lama dah rasanya saya tak bersiap lawa-lawa macam dulu. berfesyen-fesyen macam dulu, bermakeup-make up macam dulu..aaaarrghhhh!!

siang tadi saya lepas godek almari terjumpa la jeans yg dah beberapa bulan tak pakai.tapi sayang boleh sarung takat peha jar. dah lah mengah nak sampaikan ke peha lepas tu kene gelak pulak kat suami. katanya, saya dah gemuk dan mengelebar. bawak-bawak lar berdiet dan sedar diri.

lebih menyedihkan. semalam kami dua laki bini pi jalan-jalan ke Melaka. dok melepak bersantai-santai kat dataran pahlawan. tengok gelagat orang lepas tu dok perhati fesyen-fesyen anak-anak dara zaman lani. kemain comel dan cantik. kurus selim,gebu,melepak..uptodate..alahai, bila pandang diri sendiri kat cermin terasa sangat kami ni akak-akak kampong mai datang tengok melaka  :(

dah tu, suami pulak tak mau pun pegang tangan kita pun. katanya, nanti orang kata dia bercinta dengan orang tua. lepas tu gelak dekah-dekah. walaupun sekadar gurauan, hati jadi sebab semacam tau.sampai betol hati dia. rasa nak piuuh je siku dia tu. biar tercabut balik.eeemmm..
[alasan ::tanganya patah tak boleh pegang tangan saya tapi sebelah lagi kan ada!]

tiba-tiba saya jadi kejam dalam berfikir. kalau aku kurus nanti, aku tak nak dah jalan dengan suami aku yang perut dia boroi tu. tetiba berfikir pulak, aku nak pasang badan nak pakai lawa-lawa dan uptodate sampai tak nak mengaku dah kawen.boleh?mampu? tapi kita tak mampu buat macam tu kan, sebab kita sayang suami kita  =')

saya selalu dan banyak kali dah cakap. tak ada manusia/isteri dalam dunia ni yang sentiasa muda sampai ke tua. sentiasa cantik..sentiasa wangi..sentiasa ramping..tak pernah berkedut..tegang sampai ke tua [lain lah kalo cucuk botox].tapi kenapa hati suami selalu tak paham-paham dan saya stres sebenarnya bila jadi mangsa buli ni.haaaaaa...



dengan berat hati, ku hadiahkan sekeping gambar pengubat rindu untuk ualls.
pada yang pernah mengenali, mesti kata kita dah berisi.
walaupun kelihatan biasa-biasa saja..
dulu tak sanggup nak biarkan muka kosong tanpa bedak dan lipstik.
tak sanggup nak biarkan muka pucat lesi tanpa pemerah pipi..
tapi sekarang.....

eeh, nak tunjuk lagi sekeping.
ketika sedang sedap melayan nafsu makan.
makan-makan-makan. 
lambat makan, mula la tak de mood bagai..

eh, ini lah akak kampong tu..
kenapa lah aku suka sangat pakai baju yang sama?
tudung seplooh hengget yang sama ketika ke pasar basah?
selipar yang sama,sehingga setahun tak berganti2??..
adekah sebab aku ni tak pandai membeli?
tak pandai berfesyen? ketinggalan zaman?
atau sebab dah malas nak melawa. maklum la dah kawen :)


nak usaha jadi muda lah!
hahahaha



aida :: walau apa pun kutukkan, terima kasih banyak laaaah...



















Sunday, September 23, 2012

bacalah semua kawan-kawan perempuan ku...




Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang

anak,perawakan saya biasa sahaja,tidak lah hodoh,sedikit gempal
setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang
eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta saya yang
menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya boleh lah dikatakan menarik jika dibandingkan
saya,tinggi,putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga,pagi sebelum pergi
kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami,saya memandu
sendiri ke paejabt dan setelah balik ke rumah pada petangnya saya lah
yang menyediakan segala keperluan rumah tangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan
saya,saya memakai tudung,dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah
sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium
saya,memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila
waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja
sendiri.gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur
30 tahun, saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah
gadis tersebut semasa waktu kerja.Hubungan yang terjalin nampaknya
telah sampai ke tahap sex.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya,pada mulnya dia
menafikan..tetapi setalah di kemukan bukti dan sebagainya baru dia
mengaku.Saya ingin tahu kenapa dia menjalain hunbungan,apa kurang
saya,dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang
kurang dengan saya,saya menjaga makan minum,membantu
kewangan,menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah
setakat itu shj tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat
cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan
cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa
teman wanita nya mempunyai kuku yang cantik,perut yang nipis,bau yang
sedap,fashion yang menarik.Sedangkan saya menurutnya walaupun
tidak hodoh teteapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek

dan kadang2 rosak kerana memasak,rambut pulak kadang2 berbau
bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari,perut saya pula tebal
tidak menarik dirumah bila hanya ber t shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang
saya,bercakap dirumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah,anak2.tiada
topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal
politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia
mengenali dunia yang baru mengaenai fashion,korporat,jadi dia
merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya
dilahirkan begini,kedua sya terlalu sibuk untuk membelek diri
sendiri,ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja
sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga
dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh disudut hati ingin
bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidak lah
duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan
duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan
sendiri,biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam
untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.



email ni bukan saya yang tulis tapi telah di FORWARDKAN kepada saya.....dan saya cuma copy paste jerk......

SEDIH DAN TERASA HATI GAK BILA BACA .....WATIKAH INI.....


aida : saya jumpa kat isteriku geleber dan selekeh.ya allah,harap tak terjadi kepada kita semua..

Thursday, September 20, 2012

minum air kunyit

kalau nak kata saya ni mengarut atau merepek-repek pun..kata lah. setidak-tidak saya usaha:)


ibu kunyit di kisar,lepas tu minum air dia.
rasa : boleh di terima.alhamdulillah. habis secawan.
ada asam kering tu untuk buat sedap tekak je.hehehe...
**sila google kelebihan minum air kunyit


selesai minum air kunyit, saya kene makan kuning telur ayam kampung pulak.


tak tahu lah nak cakap apa, semoga semuanya baik-baik dan berjaya dengan izin tuhan...





Wednesday, September 19, 2012

makan telur ayam kampung..

assalamualaikum..

disebabkan hari tu tak tahu pun nak period. sebab tak ada tanda pun nak turun, tup-tup malam tu tetiba rasa memulas. besok bangun tengok dah 'habis'.hehehe..jadi tak sedialah kita ni nak bawak EPO. bukan epo je, pad pun tak ada dalam beg. kelam kabut pagi tu pi 7e cari pad. tak pernah umur dibuatnya macam ni. dah tu, turun pun 3hari je. hari ke 4 dah jadi secalit-calit.emmmm....menduga perasaan betul lah.

kali ni cadangnya nak makan sepenuhnya epo untuk 2-3 bulan dulu. lepas tu kang, tengok pada kitaran haid lah.kalo tak meragam kita baru pi jumpa doktor.ok tak kalo macam tu?

jadi untuk bulan ni, saya usaha biasa-biasa je. malam ni tadi mak sedara bawak pi jumpa bidan kampong. lepas urut-urut dia bagi telur ayam kampung & ibu kunyit. telur ayam kampong tu kene makan mentah. kunyit tu pulak kene kisar lepas tu minum air dia.saya ikut je kata orang tua, sekurang-kurang kita usaha kan..

siang tadi pulak, cari susu kambing segar kat kilang susu. tapi dah habis. jadi malas lah nak tunggu lama-lama kan, so kami pi beli susu kambing higoat jer. nasib lar sedap. makan pulak dengan kurma.alhamdulillah..sedap-sedap.

kat rumah pun ada lagi sebotol pati delima gulsan. beli masa bulan puasa hari tu. pati tu memang tak minum sangat pun sebab masa bulan puasa kan saya tak period lagi. malas nak membazir. pun cadangnya nak makan untuk cycle ni.

tadi kiteorang suami isteri dah makan telur ayam kampung mentah. memang lemah selera nak telan, tapi niat dalam hati 'ya allah, kurniakan lah kami zuriat' . lelap mata, terus gluup masuk dalam tekak.aahhhh..lega.

okey. masa untuk tidur.....


comeey mybuah hati..



geram tengok perangai dia
kadang-kadang tu rasa nak ramas-ramas jer dia ni.
comel sangat!

Saturday, September 15, 2012

kakak, buat cake untuk mak ngah...

satu petang. tengah dok golek-golek depan tv, si afrina tetiba ajak buat cake mable. saya cadangkan kat dia buat malam, tapi dia kata malam nanti ada jemputan open house pulak. tak pa lah kalau macam tu.bahan pun ada, so tak payah tunggu lama lar. jom kita buat kek.

tengah cairkan buttercup

emak dengan uniform bibik.hehehe



















bila dah siap bancuh. masa nak bakar pulak. bila dah siap bakar, tak sempat pulak nak ambik gambar.hehehe.kek pun selamat dah dalam perut kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...