Sunday, August 26, 2012

sepenuh jiwa semperit dan air cap badak....

assalamualaikum..

melemak mulut dengan kueh semperit tersedap didunia buatan emak.eemmm ia sedang berkecai dalam mulut.pergh,sedapnya..dibalas pulak dengan air minuman air cap badak. sedap bukan? orang demam lah katakan,jangan gatal nak menjeling ke air oren bagai. awas kamu nanti!

diluar,emak terbaring lesu.penangan gulai ketam campur dengan pucuk ubi. lepas makan beberapa jam mak pun pitam.rasa kepala tengah berdisco kot kata i dalam hati, tapi tetap nak berjalan raya.kami bawak jee,asal semua hajat dipenuhi.hehehe...

sebelah emak pulak, anak sedara sedang sengsara kene chicken pox.makan bersuap,mandi berlapkan,jalan berpinpim tangan. mak kata,kudis tu dah 'bentan' dah jadi nanah. pagi tadi dah ke klinik dapat mc seminggu. katanya 'tak best laah kalau cuti lama-lama,nanti tertinggal apa yang cikgu ajar'...alah,biasalah budak darjah 1...gertak sikit je takut..

dan seisi keluarga berbaring sambil layan muvie i know what u did last raya. cerita yang entah berapa kali raya keluar. sampai rasa naik bosan.alahai, tolong lah tv3! mengulang cerita yang sama kalau musim raya memang no.1..tapi emak kata, tahun ni tv3 ada banyak cerita baru.eleh,seronok lah tu sebab Nur Kasih the movie dia ada...ada uols!ada...

abah pulak sibuk menukar air dalam akuarium.buah hati pengarang jantung si ikan kelisa dan kawan-kawan dah lemas dalam air kotor katanya.katanya uols....

....



baru setengah jam tadi saya melepaskan si suami balik ke Raub. saya tinggal lagi kat kampong untuk seminggu lagi. membantu emak dan buat apa yang patut. nak bagi bantuan duit,saya ni dah tak kerja. jadi masa,tenaga dan perhatian jadi pemberian.

cadangnya petang ni nak melawat baby aisyah,anak seorang sahabat. 4hari sebelum menjelang raya baby keluar menjenguk dunia. berkesempatan mengintai di ruang facebook saja. belum ada masa nak mencium haruman bayi.aih, saya kalau bab baby baru lahir memang suka! lebih suka kalau dah besar sikit,dah pandai di agah-agah tu. alahai,senyuman bayi tanpa gigi ni memang comel!secomel orang tua tak ada gigi. mereka sama saja!cute!hahahaha...bezanya,bayi tak ada gigi ni boleh dicium-cium,dipeluk bagai. kalau si tua tu, berpikir seplooh kali dan sanggup atau tidak je nak menggomol.. :)

semalam saya sempat mencuri masa menyooping keperluan bayi untuk kawan-kawan saya. nak bagi hadiah laa.. tapi tak bagi hamper pun. saya beli lebih pada keperluan.contohnya, lampin..tisu pakai buang,botol susu..kelambu baby..mandian. baju memang saya tak berhajat nak bagi. pada saya mungkin dah ramai yang bagi kot.kot..kot...lagi pun saya ada beberapa senarai untuk diberi hadiah. mana anaknya yang menanti masa nak makan solid food tu saya dah beli pun pinggan cute untuk anak dia.haaaa....siap dengan cawan! currrrlas tak?mesti comel cikda yang beli tau :)

berkunjung ke butik Anak Ku memang meruntun jiwa. kalau lah saya di beri peluang indah memilih pakaian untuk anak sendiri memang seronok! memilih untuk keperluan anak kawan-kawan pun saya dah sejam dalam kedai tu..bayangkan kalau saya memilih keperluan bayi untuk anak saya sendiri. setiap benang jahitan kain baju saya perhati,terasa indahnya jadi umi. [saya teringin nak jadi umi tau]  :(

sebenarnya saya tak suka budak-budak! tapi sejak beberapa bulan saya jadi suka pada budak-budak. tak kiralah anak siapa. bangsa apa.comot mana budak tu saya tetap suka nak mengagah!saya menyanyangi seperti darah daging saya sendiri. saya suka saya berikan macam-macam. dengan harapan saya diberikan kebahagiaan yang sama macam ibu mereka...........

with love..




4 comments:

  1. Pnjg citer die.. Haishh semperit mk jugak di hti kn :p sonok raya kg, byk keje nk buat :)

    ReplyDelete
  2. betul tu aida,bila kita suka..kita bg mcm2 sbb kita nak rasa mcm ibu2 lain rasa tiap kali beli brg anak.biar berbelanja lebih aslkan hati kte senang :)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...