Friday, August 24, 2012

selamat hari raya .... :)

assalamualaikum...

selamat hari raya semua. lama mendiam tak bererti tak rindu.kami rindu sangat-sangat kat semua. hari ni baru ada kesempatan dan masa nak update entri. suka tak?...

hari raya ke5 baru saya nampak muka emak,abah dan adik-adik. aduhai..rindunya! pagi raya pertama tu memang saya sayu dan rindu. terutama lepas bangun tidur, bila pi dapur tak ada pun lemang,rendang,kuah kacang dan nasi impit.kegemaran bila dipagi raya tau. biasalah nama pun beraya kat tempat orang. beraya dengan keluarga mertua. pagi tu kami semua dijamu makan nasi dagang.sedap!

hari ni raya ke 6, saya demam pulak. saya fitnah berjangkit dengan suami yang dah deman 4hari. bila dia dah beransur sembuh, saya pulak sambung.ummmm, nak makan pun tak selera langsung! bila tekak rasa pahit+payau bagai ni kan, saya pun jadi tak lalu nak jamah apa-apa..  :(

okey..
disebabkan saya tak  minta maaf lagi pada semua..so hari ni saya minta maaf pada semua reader blog dahliasayang.blogspot.com , maaf lah sepanjang beberapa tahun saya berbloging ni kot ada yang terguris,terasa dengan tulisan saya. sebab blog saya ni 'transparent'. jarang nak bertapis. pada saya tak perlu tapis-tapis, ini blog saya. tanggungjawab saya.ecehhhh.maaf yer..kalau sudi datang lah rumah :) boleh kita bersalam-salaman dan berlaga pipi bagai....kekeke!!

selamat hari raya.
raya ke 5 : pi pekan Munduk thailand...

4 comments:

  1. best nya pergi munduk,skrg klau x de kenalan kt kwsan tu dh x blh msuk munduk rasanya.rugi dk kelantan tp x penah smpai.

    selamat hari raya aidilfitri aida,maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. Slamat hari raya aida, maaf zahir batin gak :-)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...