Thursday, August 9, 2012

mana menghilang dan persiapan raya..

salam..

sejak pindah ke bandar Raub ni,jarang sekali saya nak update entri. jarang online..jarang sangat! minggu pertama di sini jenuh saya pusing satu pekan mencari cybercafe.tak jumpa! bila dah hampir 2 bulan menetap disini baru lah saya jumpa cybercafe yang sesuai untuk gadis-gadis mcm saya.eceh..maklum lah....tak kan saya nak masuk cybercafe yang bising dan penuh budak sekolah.lepas tu pasang lagu disco.kan...xsessuai kan? sekarang ni dah jumpa port best! rasa cam lepak kat rumah je.. [haih,dalam hati ni sabar je lah]

eh,kenapa tak pakai internet sendiri jer?..nak sangat saya ada internet sendiri. tapi disebabkan laptop saya meletop bulan lepas so terkubur lah segalanya. tapi en.suami dah janji nak ganti hat baru lepaih raya ni.bestnyaaa..nak mintak colour pink lah.harus!

hampir nak raya dah uall. tapi saya belum lagi ada persiapan raya. cuma minggu lepas saya sempat shooping kain tudung borong kat Raub ni ler. jangan tak tahu, kat Raub ada banyak kedai juai tudung shantek-shantek. rambang mata dibuatnya.bukan tu je memasing dok pakat keliling kedai dengan setimbun kain tudung raya! dari cergas terus jadi lemah lembik,dahaga sebab penat...

baju raya saya belum cadang nak beli lagi. tapi en.suami dah ajak pi KL. pi beli belah sebab dia dah dapat bonus.ho..hoi seronotnya. lani saya tengah meng'google fesyen-fesyen baju kurung terkini.eceh...nanti sampai sana terus cekau.[katanya..sambil tangan kat bahu..]


kueh raya?kalau orang lain sibuk goreng,bakar bagai kueh raya..saya pulak sibuk buat hal sendiri. tengok lah nanti,seminggu lepas raya nanti baru saya pi cari kueh raya.sebab? seminggu awal puasa tu nanti saya tak ada kat rumah..kami pi beraya kat rantau panjang....boleh tak gitu? kalo simpan kueh awal-awal takut nanti ada yang beraya sakan pulak dalam rumah sepanjang ketiadaan kami.mana tahu kan......

raya tahun ni kami suami isteri raya kat Rantau Panjang,kelantan. tahun ni turn en.suami, dia pun dah ambik cuti panjang menjela untuk balik beraya. nak maraton ke rumah kawan-kawan katanya.sebab tahun lepas turn saya :).hehehe.. seminggu lepas tu baru lah balik negeri sembilan beraya dengan family sana pulak.

rasa sedih tu tidak! tapi ade sikit,sebab ini tahun raya puasa pertama berjauhan dengan family. sebelum ni kalau kat rumah family,saya lah orang yang paling sibuk dan riuh. maklum lah anak perempuan pertama dan kakak kan...adik-adik pun banyak melepak depan tv. berfacebook..bergayut dengan telepon jer. ahkak ni jugak lah yang sibuk seharian sebelum menjelang hari raya. habis je subuh saya pun mula lah dengan itu ini sampai lah tengah malam. kadang-kadang rasa nak naik angin pun ada,sebab penat.heeee...

puasa.
alhamdulillah.rasanya penuh kot tahun ni.rasanya. [eh,belum habis bulan ramadhan dah kata puasa penuh] insyaallah,sebab saya tak rasa langsung nak turun period. mintak-mintak lepas raya nanti dia turun sendiri lah kan?saya pun tak ada masa dah nak kira sekarang dah cycle day berapa.

raya tahun ni cadangnya nak beraya rumah kawan-kawan.tahun lepas saya beraya dalam pantang sebab baru 2minggu lepas gugur. nak makan pun kene pilih-pilih bukan ape takut gatal kat dalam.hehehe. nak pi jalan beraya pun segan-segan sebab tak ada baju raya. duduk rumah kene paksa pakai stokin bagai..risau masuk angin katanya. so tahun ni kita pulun...dah naik berat badan 5-6 kilo baru kita pergi bersenam balik eh?okey....

okey,itu je lah. saya cerita panjang petang ni sebab dah ada yang tanya 'mana entri baru'..'apa cerita sekarang ni'...tak nak nanti orang kata blog saya,blog usang dan berhantu so saya update entri panjang-panjang hari ni menunjukkan saya sentiasa ada dan rindu kat semua...

selamat bershooping untuk semua....salam sayang :)

1 comment:

  1. Rindu!!~ Miss P ida pun agaknya nak bagi chance ida puasa penuh! hihihi.. Eh? 1st day hari tu dah tertinggal lah.. TERmuntah.. tapi terpaksa minum air.. hihihi.. Satu hari tu jela... =p

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...