Thursday, August 30, 2012

ayam penyet versi haku....

hari tu teringin sangat nak makan ayam penyet. terus teringat ayam penyet benafe kat JB. alahai,kalau saya duduk JB masa tu tentu dah lama kenyang. sementara melayan selera tu suami cadangkan cuba buat ayam penyet ambil resepi dari internet.

malas sebenarnya. rasa macam leceh lah pulak. tapi kat Raub tak ada,so kita buat je lah. ayam penyet versi aida.hehehe...


tauhu ni sedap sangat!
celup telur lepas tu golek-golek atas tepung jagung.


sepatutnya ayam penyet ada kacang panjang, kacang botol..
tapi mana ada je ni.jadi laaaah.

sambal belacan ni pun okey.
ikut resepi ayam penyet,jangan sesekali curang tau..

ayam ni saya fitnah tak menjadi.
sebab tak macam ayam penyet benafe pun..
tapi okey lah kalau nak makan..
sedap.

Puding Roti Caramel

kak ieda(gedik) post puding caramel dia. haku pun nak jugak. sepanjang bulan puasa hari tu rasanya 4-5kali jugak mengukus puding caramel ni. tapi versi caramel roti.sedap! tak lah lembik sangat. sebenarnya saya tak suka puding caramel ni sebab bau dia ada sedikit hanyir kalau pembuat terlupa letak esen vanila. mau mual tekak dibuatnya! bila suami minta saya buat, tetiba je saya jadi suka pulak dengan puding caramel.gituew...hehehe...


puding ni saya tabur kurma dan kismis potong..

yang ini versi kosong.
habis je kami berdua makan..
isyk....

sejak itu berkali-kali aku buat puding. keluarga mertua datang berbuka puasa,saya sempat bancuh setalam. balik kampung seminggu sebelum puasa ari tu saya sempat bancuh setalam.habis!

nak sedap atau hilangkan rasa muak..buat air gula hangus tu banyak sikit. itu tekak saya lah..insyaallah boleh telan..

nak try resepi tak?...klik kat sini eh.. myresepi : puding roti caramel

Wednesday, August 29, 2012

Sunday, August 26, 2012

sepenuh jiwa semperit dan air cap badak....

assalamualaikum..

melemak mulut dengan kueh semperit tersedap didunia buatan emak.eemmm ia sedang berkecai dalam mulut.pergh,sedapnya..dibalas pulak dengan air minuman air cap badak. sedap bukan? orang demam lah katakan,jangan gatal nak menjeling ke air oren bagai. awas kamu nanti!

diluar,emak terbaring lesu.penangan gulai ketam campur dengan pucuk ubi. lepas makan beberapa jam mak pun pitam.rasa kepala tengah berdisco kot kata i dalam hati, tapi tetap nak berjalan raya.kami bawak jee,asal semua hajat dipenuhi.hehehe...

sebelah emak pulak, anak sedara sedang sengsara kene chicken pox.makan bersuap,mandi berlapkan,jalan berpinpim tangan. mak kata,kudis tu dah 'bentan' dah jadi nanah. pagi tadi dah ke klinik dapat mc seminggu. katanya 'tak best laah kalau cuti lama-lama,nanti tertinggal apa yang cikgu ajar'...alah,biasalah budak darjah 1...gertak sikit je takut..

dan seisi keluarga berbaring sambil layan muvie i know what u did last raya. cerita yang entah berapa kali raya keluar. sampai rasa naik bosan.alahai, tolong lah tv3! mengulang cerita yang sama kalau musim raya memang no.1..tapi emak kata, tahun ni tv3 ada banyak cerita baru.eleh,seronok lah tu sebab Nur Kasih the movie dia ada...ada uols!ada...

abah pulak sibuk menukar air dalam akuarium.buah hati pengarang jantung si ikan kelisa dan kawan-kawan dah lemas dalam air kotor katanya.katanya uols....

....



baru setengah jam tadi saya melepaskan si suami balik ke Raub. saya tinggal lagi kat kampong untuk seminggu lagi. membantu emak dan buat apa yang patut. nak bagi bantuan duit,saya ni dah tak kerja. jadi masa,tenaga dan perhatian jadi pemberian.

cadangnya petang ni nak melawat baby aisyah,anak seorang sahabat. 4hari sebelum menjelang raya baby keluar menjenguk dunia. berkesempatan mengintai di ruang facebook saja. belum ada masa nak mencium haruman bayi.aih, saya kalau bab baby baru lahir memang suka! lebih suka kalau dah besar sikit,dah pandai di agah-agah tu. alahai,senyuman bayi tanpa gigi ni memang comel!secomel orang tua tak ada gigi. mereka sama saja!cute!hahahaha...bezanya,bayi tak ada gigi ni boleh dicium-cium,dipeluk bagai. kalau si tua tu, berpikir seplooh kali dan sanggup atau tidak je nak menggomol.. :)

semalam saya sempat mencuri masa menyooping keperluan bayi untuk kawan-kawan saya. nak bagi hadiah laa.. tapi tak bagi hamper pun. saya beli lebih pada keperluan.contohnya, lampin..tisu pakai buang,botol susu..kelambu baby..mandian. baju memang saya tak berhajat nak bagi. pada saya mungkin dah ramai yang bagi kot.kot..kot...lagi pun saya ada beberapa senarai untuk diberi hadiah. mana anaknya yang menanti masa nak makan solid food tu saya dah beli pun pinggan cute untuk anak dia.haaaa....siap dengan cawan! currrrlas tak?mesti comel cikda yang beli tau :)

berkunjung ke butik Anak Ku memang meruntun jiwa. kalau lah saya di beri peluang indah memilih pakaian untuk anak sendiri memang seronok! memilih untuk keperluan anak kawan-kawan pun saya dah sejam dalam kedai tu..bayangkan kalau saya memilih keperluan bayi untuk anak saya sendiri. setiap benang jahitan kain baju saya perhati,terasa indahnya jadi umi. [saya teringin nak jadi umi tau]  :(

sebenarnya saya tak suka budak-budak! tapi sejak beberapa bulan saya jadi suka pada budak-budak. tak kiralah anak siapa. bangsa apa.comot mana budak tu saya tetap suka nak mengagah!saya menyanyangi seperti darah daging saya sendiri. saya suka saya berikan macam-macam. dengan harapan saya diberikan kebahagiaan yang sama macam ibu mereka...........

with love..




Saturday, August 25, 2012

CD 79

assalamualaikum...

hari ni cd79.lama bukan?
sekarang ni saya dan suami tengah demam..
mood memang tenat sekarang ni :(
malam tadi tidur punya lah sejuk...
dua-dua melepek lesu,lemah...lembik terbaring..

masa beraya kat Rantau Panjang, saya order macam-macam kat mak..
bila dah sampai kampung,demam pulak..
nak jamah apa pun tak selera..
rendang..kuah kacang..nasi impit...gulai ketam..
satey..semua di pandang sepi....

hari tu, raya ke4..
mil bawa pergi jumpa bidan kampung
nenek tu kata rahim saya mengembang elok..
masa tu saya dah kata, kalau lambat sangat saya nak ambil ubat turun period..
tapi dia suruh tunggu lagi sebulan..
rahim kembang ada 2 sebab..
satunya sebab nak turun period...satu lagi sebab mengandung..
saya ni kes antara dua.
saya pun tak tahu nak cakap apa...

upt saya buat sebulan yang lepas..
sekarang ni tak ada satu pun tanda nak turun period atau mengandung.kosong...
jadi saya pun malas nak layan atau semakkan kepala..
saya pun telan macam-macam makanan..minum macam-macam air..

bila dah demam ni....
semuanya tak boleh masuk..
arhhhh..dugaan dihari raya.dugaan..dugaan...
semoga saya sembuh cepat.
saya nak makan macam-macam nii...

selamat hari raya..
bersama anak sedara suami..



Friday, August 24, 2012

selamat hari raya .... :)

assalamualaikum...

selamat hari raya semua. lama mendiam tak bererti tak rindu.kami rindu sangat-sangat kat semua. hari ni baru ada kesempatan dan masa nak update entri. suka tak?...

hari raya ke5 baru saya nampak muka emak,abah dan adik-adik. aduhai..rindunya! pagi raya pertama tu memang saya sayu dan rindu. terutama lepas bangun tidur, bila pi dapur tak ada pun lemang,rendang,kuah kacang dan nasi impit.kegemaran bila dipagi raya tau. biasalah nama pun beraya kat tempat orang. beraya dengan keluarga mertua. pagi tu kami semua dijamu makan nasi dagang.sedap!

hari ni raya ke 6, saya demam pulak. saya fitnah berjangkit dengan suami yang dah deman 4hari. bila dia dah beransur sembuh, saya pulak sambung.ummmm, nak makan pun tak selera langsung! bila tekak rasa pahit+payau bagai ni kan, saya pun jadi tak lalu nak jamah apa-apa..  :(

okey..
disebabkan saya tak  minta maaf lagi pada semua..so hari ni saya minta maaf pada semua reader blog dahliasayang.blogspot.com , maaf lah sepanjang beberapa tahun saya berbloging ni kot ada yang terguris,terasa dengan tulisan saya. sebab blog saya ni 'transparent'. jarang nak bertapis. pada saya tak perlu tapis-tapis, ini blog saya. tanggungjawab saya.ecehhhh.maaf yer..kalau sudi datang lah rumah :) boleh kita bersalam-salaman dan berlaga pipi bagai....kekeke!!

selamat hari raya.
raya ke 5 : pi pekan Munduk thailand...

Saturday, August 11, 2012

tak lah seni sangat.....

salam...
[4.14pagi]

seronok update .entri waktu cenggini. mata segar sangat lagi ni,sikit pun tak mengantuk. saya kat kampung n9 ni..sejak puasa sehari pun belum jejakkan kaki ke n9. kesian kat emak sebab anak dia kurang sorang raya ni. tu yang balik hujung-hujung nak puasa tu..nanti tak ada lah emak rasa sangat saya tak ada.kan?kan.....

saya tengah menggoogle teknik menjahit manik ni. teringin sangat nak belajar menjahit. saya ni kalau bab benda seni  memang no.1. saya suka benda yang cantik-cantik..yang berseni-seni. saya tak lah pandai sangat nak menilai hasil seni tapi saya suka!...suka tengok lar,terutama tengok orang mengandam.fuuuh...

dulu masa study,saya ambil perancang bandar. hari-hari buat pelan pembangunan.hah?seni tak? mula-mula tu suka tapi bila ambil masa bertahun mula laaa jadi tak suka. mana tak nya, hari-hari kene kerah dengan lecturer. dalam pada tak suka..malas tu habis jugak saya belajar. bila masuk alam pekerjaan..saya tak buat pelan pembangunan dah tapi periksa pelan rumah orang.erghhh, lagi tersumbat kepala. melayan kerenah macam-macam orang.emm..tak pe.yang itu nanti saya cerita yer...

sumber :: google
pelan..pelan..pelan :)

saya suka bersolek!masa kecik-kecik saya suka pakai lipstik! berbatang-batang lipstik emak saya patah kan.heheh,kadang-kadang tiba time meroyan nak bersolek saya pakai je pencil warna celup air lepas tu sapu kat bibir.haha,uall ada? aunty teh saya pernah hadiahkan satu set alat solek khas untuk kanak-kanak.! masa tu umur dalam 5-6 tahun kot..walauuu pun,walauupun masa tu saya ala-ala tomboi sket.heeeeee..

hah! aida sangat.

bila dah besar. tabiat suka berlipstik tak pernah hilang. pergi sekolah pakai lip balm. janji bibir tak  kering. bila dah kerja lagi lah saya suka! tapi tidak lah over macam nana roomate saya masa di poli dulu. nak pi makan depan rumah pun bersiap lama sebab nak pakai bulumata palsu. kalo tak caya tanya dia.saya saksi dia..lolololo

dan........
bila saya dah berhenti kerja ni. macam-macam kerja yang terlintas dalam kepala saya. semuanya saya suka dan minat. antaranya....

::saya berangan sangat nak buka butik pengantin, sebab saya suka tengok orang cantik-cantik,makeup2 ni memang kegemaran saya!...

::lepas tu saya bercadang nak belajar menjahit..dah pandai menjahit nak belajar pulak menjahit manik.suka kan...lepas tu buka kedai jahit...haaaaa....

::kalo plan menjahit tak menjadi saya teringin nak buka kedai cake sendiri.sebab saya suka tengok orang deco cake cantik-cantik..tapi saya kurang sikit nak makan cake..O.0

::lepas tu saya dah plan nak bukak butik tudung, tak payah berjenama dan mahal...saya nak buat kedai tudung murah-murah tapi tudungnya cantik dan terkini.ecehhh...suka tak?sebab apa tak nak yang mahal? sebab saya tak pakai tudung mahal-mahal dan berjenama. kedai tudung impian saya itu nanti kalau boleh nak jadi antara kedai pemborong tudung terkenal.wahh!

::saya suka beg,jadi saya pun ada hati nak ada kedai jual handbeg.sebab saya suka handbeg..love..love..love sangat!

berseni tak impian saya kat atas tu?kurrrrlas kan??tapi....kalau ada rezeki dan modal lah. buat masa ni saya masih mencari kerjaya yang sesuai dengan jiwa saya. sedang mohon pada Allah swt supaya ditunjukkan jalan dan dibukakan pintu rezeki....



Friday, August 10, 2012

72kg > 67kg

salam...

72kg > 67kg...
alhamdulillah..
dalam saya usaha nak kurus...nak kurus..
akhirnya!
belum kurus tapi berat badan turun je..hehehe

sepanjang bulan puasa ni..
saya tak berapa berahi nak makan ...
tapi lebih berahi dengan air.
mungkin cuaca panas kot..

bila kedengaran azan maghrib..
saya terus sambar air..
secawan...secawan...secawan sampai kenyang!!
bila dah puas teguk air baru nak makan nasi..
tapi dapat makan sikit sebab dah kenyang dengan air..

dan,
alhamdulillah....
tadi timbang eh!..dah 67kilogram!!
erm..dari 72kg.
kesukaran yang pertama adalah saya cepat mengah.
baju banyaaaaak yang tak muat.

saya harap..
saya akan terus usaha menurunkan berat badan..
sebab saya perlu turunkan berat badan
untuk capai impian saya bergelar ibu suatu hari nanti....
harap dapat membantu...

Thursday, August 9, 2012

mana menghilang dan persiapan raya..

salam..

sejak pindah ke bandar Raub ni,jarang sekali saya nak update entri. jarang online..jarang sangat! minggu pertama di sini jenuh saya pusing satu pekan mencari cybercafe.tak jumpa! bila dah hampir 2 bulan menetap disini baru lah saya jumpa cybercafe yang sesuai untuk gadis-gadis mcm saya.eceh..maklum lah....tak kan saya nak masuk cybercafe yang bising dan penuh budak sekolah.lepas tu pasang lagu disco.kan...xsessuai kan? sekarang ni dah jumpa port best! rasa cam lepak kat rumah je.. [haih,dalam hati ni sabar je lah]

eh,kenapa tak pakai internet sendiri jer?..nak sangat saya ada internet sendiri. tapi disebabkan laptop saya meletop bulan lepas so terkubur lah segalanya. tapi en.suami dah janji nak ganti hat baru lepaih raya ni.bestnyaaa..nak mintak colour pink lah.harus!

hampir nak raya dah uall. tapi saya belum lagi ada persiapan raya. cuma minggu lepas saya sempat shooping kain tudung borong kat Raub ni ler. jangan tak tahu, kat Raub ada banyak kedai juai tudung shantek-shantek. rambang mata dibuatnya.bukan tu je memasing dok pakat keliling kedai dengan setimbun kain tudung raya! dari cergas terus jadi lemah lembik,dahaga sebab penat...

baju raya saya belum cadang nak beli lagi. tapi en.suami dah ajak pi KL. pi beli belah sebab dia dah dapat bonus.ho..hoi seronotnya. lani saya tengah meng'google fesyen-fesyen baju kurung terkini.eceh...nanti sampai sana terus cekau.[katanya..sambil tangan kat bahu..]


kueh raya?kalau orang lain sibuk goreng,bakar bagai kueh raya..saya pulak sibuk buat hal sendiri. tengok lah nanti,seminggu lepas raya nanti baru saya pi cari kueh raya.sebab? seminggu awal puasa tu nanti saya tak ada kat rumah..kami pi beraya kat rantau panjang....boleh tak gitu? kalo simpan kueh awal-awal takut nanti ada yang beraya sakan pulak dalam rumah sepanjang ketiadaan kami.mana tahu kan......

raya tahun ni kami suami isteri raya kat Rantau Panjang,kelantan. tahun ni turn en.suami, dia pun dah ambik cuti panjang menjela untuk balik beraya. nak maraton ke rumah kawan-kawan katanya.sebab tahun lepas turn saya :).hehehe.. seminggu lepas tu baru lah balik negeri sembilan beraya dengan family sana pulak.

rasa sedih tu tidak! tapi ade sikit,sebab ini tahun raya puasa pertama berjauhan dengan family. sebelum ni kalau kat rumah family,saya lah orang yang paling sibuk dan riuh. maklum lah anak perempuan pertama dan kakak kan...adik-adik pun banyak melepak depan tv. berfacebook..bergayut dengan telepon jer. ahkak ni jugak lah yang sibuk seharian sebelum menjelang hari raya. habis je subuh saya pun mula lah dengan itu ini sampai lah tengah malam. kadang-kadang rasa nak naik angin pun ada,sebab penat.heeee...

puasa.
alhamdulillah.rasanya penuh kot tahun ni.rasanya. [eh,belum habis bulan ramadhan dah kata puasa penuh] insyaallah,sebab saya tak rasa langsung nak turun period. mintak-mintak lepas raya nanti dia turun sendiri lah kan?saya pun tak ada masa dah nak kira sekarang dah cycle day berapa.

raya tahun ni cadangnya nak beraya rumah kawan-kawan.tahun lepas saya beraya dalam pantang sebab baru 2minggu lepas gugur. nak makan pun kene pilih-pilih bukan ape takut gatal kat dalam.hehehe. nak pi jalan beraya pun segan-segan sebab tak ada baju raya. duduk rumah kene paksa pakai stokin bagai..risau masuk angin katanya. so tahun ni kita pulun...dah naik berat badan 5-6 kilo baru kita pergi bersenam balik eh?okey....

okey,itu je lah. saya cerita panjang petang ni sebab dah ada yang tanya 'mana entri baru'..'apa cerita sekarang ni'...tak nak nanti orang kata blog saya,blog usang dan berhantu so saya update entri panjang-panjang hari ni menunjukkan saya sentiasa ada dan rindu kat semua...

selamat bershooping untuk semua....salam sayang :)

Saturday, August 4, 2012

susu kambing dan makanan sunnah...

salam..

malam ni saya cuba lagi minum susu kambing.cubaan pertama minggu lepas.agak meloyakan,sebab saya tak suka susu tepung.susu ni istimewa sebab dah siap campur dengan 7makanan sunnah nabi.antaranya kurma,habatus sauda,kismis dan lain-lain.saya jumpa kat bazar ramadhan raub ni ler...biasa kene blender susu kambing n kurma kan?tapi susu kambing ni tak payah dah kita susah-susah nak selongkar almari cari blender bagai.hehehe..mudah tak cikjah?..

cubaan kedua baru je sekejap tadi.walaupun period masih tak nampak bayang,saya cuba jugak biasakan diri dengan rasa hamis susu kambing ni.rasa nak menangis pun ada,panas je telinga ni haa..tapi tahan..tahan...

saya pun nak cakap lagi ni.terima kasih banyak2 kat kawan2 dalam blog n facebook sebab banyak bagi semangat untuk saya dalam usaha ttc ni.ada yang berhajat nak bagi buah zuriat free lah..produk itu,makan ini,mak bidan sana sini.syukur..saya masih ada rakan-rakan yang seiring emosinya dengan saya.maklum lah..emosi org yang sedang ber'ttc ni lain dari yang lain.betul?

tapikan,
tak sengaja juga saya akan rasa sebak bila ada anak kecil lalu depan saya.kadang-kadang saya tak sengaja jugakkk nak berasa hati bila tengok org/kawan-kawan menunjukkan sifat keibubapaan diorg depan saya.nak marah tu tidaklah..sedih tu tidaklah juga tapi lebih pada rasa tak nak tengok..sambil dalam hati kata 'macam lah dia sorang je ada anak'..hahahaha.alahai,kadang hati ni sengaja mencetus dosa.wallualam...

'semoga allah swt tunjukkan jalan dan dibukakan pintu rezeki buat kita,amin'....

p/s :: thanks pada kak sue_pejal yang banyak bagi support.jgn lupe add myfacebook.aida musliha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...