Tuesday, July 10, 2012

cuti-cuti kempville Beach Resort..

salam... =)

semalam kiteorang pi join bbq percuma atas jemputan abang sulung saya. abang saya datang kuantan dan menginap di Kempville Beach Resort kempadang dengan kawan-kawan taman perumahan dia lah. diorang ni rajin buat makan-makan..pastu kumpul duit pi jalan-jalan..bawak anak bini pi holiday.rajin pulak buat kenduri kendara.doa selamat rumah ke rumah.syok kan?..

saya dan suami bertolak dari rumah memang lewat. kebetulan pulak semalam lepaskan hajat si cikmat ni nak tengok bola [kelantan vs Perak].lepas tu bila dah masuk bandar jem pulakkkk.Opening SUKMA uols. melopong dulu tengok bunga api deboom-deboom.baru lah gerak ke kempadang..gagaga.

sampai chalet dah pukul 11malam. sebelum masuk kat chalet tu memang seram dan curiga. saya pun dah feeling macam cerita hantu.konon-konon nak pi bercuti dengan keluarga pastu ada hantu-hantu lah kunun.memang seraaam,suram dan eeeemmm..tapi!


tapi bila masuk kat dalam kawasan chalet tu..memang curlasss!..cantik..nyaman..ada kelas yang tersendiri tapi sunyi tu biasa lah.clalet dalam kawasan kampung dan letaknya pulak kat hujung jalan mati.kawasan chalet tu besar..ada tasik..ada sebuah banglo besar 3 tingkat.ada kebun buah-buahan. chalet besar,selesa,kemudahan wifi,persekitaran bersih sangat-sangat!parking kereta depan bilik terus..nak buat bbq pun disediakan bahan-bahan membakar,kerusi meja siap beralas cantik..aih pendek kata tempat tu best!


dan...


saya baru perasan sejak dalam masa sebulan ni 2kali saya makan daging kambing dan kepala saya akan sakit.padahal sebelum ni tak ada pun.ummmm..kenapa tu ??

malam tu kiteorang dijamu bbq ayam dan daging kambing.sedapnya daging kambing tu,berlemak-lemak!saya pun makan banyaaak sangat! suami pun makan sampai mercik peluh. bukan tu je tengah makan tu tetiba je muka & telinga dia jadi merah meyala.oh sayang kenapaaa??..







1 comment:

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...