Monday, July 30, 2012

kembali potpetpotpeeeettt...

salam semua..

lama dah mendiamkan diri kan?bukan apa,saya sibuk.macam-macam hal nak buat,sibuk jugak mencari sesuap nasi.gitu katanya..

alhamdulillah,buat masa ni tak ada sehari pun puasa yang tinggal.menghadapi cuaca yang panas terik sikit pun tak ngomel-ngomel.tapi allah je lah yang tahu betapa lemahnya badan puasa kali ni.kerja bawah terik matahari memang mencabar.kalau pergi solat asar terutamanya rasa nak berendam je dalam kolah masjid.ape pun ini lah pengalaman...

kalau waktu berbuka pula,kiteorg laki bini tak makan sangat pun.tapi lebih pada minum air.kadang-kadang bercawan-cawan sampai rasa kenyang.hehehe.dah tengah malam kang baru lah rasa nak jamah nasi.kalau penat sangat kiteorg makan masa sahur.kalau tak sedar bangun sahur,maka tak makan lah kami untuk masa 2hari berpuasa.tapi tidak lah hari-hari tak makan nasi cuma kalau kes terbabas nak bangun sahur je..

hari ni seharian kepala saya berpusing-pusing.pening!sebab kepenatan.semalam pergi kuantan balik hari.12jam saya tak tidur,lepas subuh tadi baru dapat lelap mata.itu pun pedih dah mata ni haa.taubat dah tak nak buat kerja lastminit.lepak betol rasanya..

untuk bulan puasa tahun ni..saya rasa best sangat!sebab dah tak berjauhan dengan suami.puasa lepas saya duduk berpantang sebab keguguran.10hari saya turun darah.darah kering je hari raya pun tiba..xsyok..xsyok.shooping baju raya pun tidak!so tahun ni saya nak tebus kesedihan lepas!yang penting puasa tahun ni nak penuh.tak kira lah sebab apa...kan...

ok lah.saya pun on9 guna telepon je ni.lappy rosak lagi.jadi semuanya terhad!kalo ikut hati segala benda nak share!termasuk lah,pengalaman saya minum jus pati delima gulsan yg masamnyaaa sampai ke telinga dan susu kambing yang sangat sedap!mcm makan lampchop uols[hamis] itu belum lagi pengalaman saya dan suami berniaga kat sini.ehhh,ada lagi saya lani tengah memikirkan nak buat kertas kerja untuk bisnes tutt[rahsia] kepada cikmat lagi tuuu...ops!..nanti saya cerita okey..nanti..nanti..semoga allah swt tunjukkan jalan dan bukakan pintu rezeki buat kami.amin.

eh,sambil buat entri ni keluar pulak iklan ptptn.u all,bayarlah hutang ptptn baru hidup tenang
dan terasa diberkati..insyaallah....

Thursday, July 19, 2012

cd43

salam..

hari ni dah cd43.penantian demi penantian.tunggu punye tunggu ramadhan pun makin hampir.maka saya pun terus berharap puasa tahun ni penuh tanpa sebarang halangan.puasa penuh sebab period tak nak turun yer..huhuhu.lantak laah,malas nak pikir =)

keadaan kesihatan sekarang ni okey je.selera makan tu mcm biasa lah.makan je kerjanya!..saya dah stop dari jogging sejak habis cd30.kebetulan pulak saya sekarang ni tengah sakit pinggang dan belakang.mungkin sebab buat kerja berat kot....akan sambung jogging bila dah turun period nanti..

urin test?
saya tak buat pun.saya teringin nak buat,tapi suami menahan nafsu nak buat upt.eee..saya pun okey je lah.malas nak layan sangat,lagi pun tak ada tanda mengandung pun..tanda nak turun period pun tak ada.jadi sabar je laaaah.walau hati ni memberontak sangat!!

::: ada kawan pejabat saya dulu berjaya mengandung bila dia berubat dengam sorang ustaz di batu pahat.salah satu amalanya,baca surah yasin pada setiap malam.baca lah hari-hari untuk menjauhkan benda-benda jahat yang mengelilingi kita.alhamdulillah 8tahun menunggu akhirnya akak tu berjaya mengandung!!! saya suka sangat dengar khabar gembira tu sampai menitis air mata syukur.tahniah kak azie....

Monday, July 16, 2012

ku pendam kata-kata kau...

selamat hari lahir suami ku..
katanya,tak nak hadiah apa-apa...cuma si suami ni kepingin sangat dah nak anak.saya pun tak tahu dah nak jawab apa.jadi pandai-pandai sendiri lah nak faham situasi isteri dia ni..

kadang- kadang rasa nak jerit pun ada.sedara-mara n kawan-kawan yang tak faham pun dah mula mengada-ngada bertanyakan soalan dengan cara memalukan dan menyakitkan hati.konon dia pandai sangat 'main'..erghhhh...gelinya....

sabar je lah kan.kadang-kadang malu kat org.kadang-kadang kesian kat diri sendiri.kesian kat suami tu tak payah cakap lah.leka lah main dengan anak kawan-kawan.emmmmmm....

saya pun lama-lama jadi bosan dengan ayat 'nanti ada lah tu...'rileks laa'...blablabla.em,yang menggelikan hati yang cakap mcm tu tak pernah merasa pun erti susahnya nak dapat anak....

ok tu je nak cakap.selamat menyambut bulam ramadhan =)
tataaaa....

Tuesday, July 10, 2012

cuti-cuti kempville Beach Resort..

salam... =)

semalam kiteorang pi join bbq percuma atas jemputan abang sulung saya. abang saya datang kuantan dan menginap di Kempville Beach Resort kempadang dengan kawan-kawan taman perumahan dia lah. diorang ni rajin buat makan-makan..pastu kumpul duit pi jalan-jalan..bawak anak bini pi holiday.rajin pulak buat kenduri kendara.doa selamat rumah ke rumah.syok kan?..

saya dan suami bertolak dari rumah memang lewat. kebetulan pulak semalam lepaskan hajat si cikmat ni nak tengok bola [kelantan vs Perak].lepas tu bila dah masuk bandar jem pulakkkk.Opening SUKMA uols. melopong dulu tengok bunga api deboom-deboom.baru lah gerak ke kempadang..gagaga.

sampai chalet dah pukul 11malam. sebelum masuk kat chalet tu memang seram dan curiga. saya pun dah feeling macam cerita hantu.konon-konon nak pi bercuti dengan keluarga pastu ada hantu-hantu lah kunun.memang seraaam,suram dan eeeemmm..tapi!


tapi bila masuk kat dalam kawasan chalet tu..memang curlasss!..cantik..nyaman..ada kelas yang tersendiri tapi sunyi tu biasa lah.clalet dalam kawasan kampung dan letaknya pulak kat hujung jalan mati.kawasan chalet tu besar..ada tasik..ada sebuah banglo besar 3 tingkat.ada kebun buah-buahan. chalet besar,selesa,kemudahan wifi,persekitaran bersih sangat-sangat!parking kereta depan bilik terus..nak buat bbq pun disediakan bahan-bahan membakar,kerusi meja siap beralas cantik..aih pendek kata tempat tu best!


dan...


saya baru perasan sejak dalam masa sebulan ni 2kali saya makan daging kambing dan kepala saya akan sakit.padahal sebelum ni tak ada pun.ummmm..kenapa tu ??

malam tu kiteorang dijamu bbq ayam dan daging kambing.sedapnya daging kambing tu,berlemak-lemak!saya pun makan banyaaak sangat! suami pun makan sampai mercik peluh. bukan tu je tengah makan tu tetiba je muka & telinga dia jadi merah meyala.oh sayang kenapaaa??..







Tuesday, July 3, 2012

dapat kawan baru.

salam..


sebenarnya saya masih dalam mood entah hapa-hapa. kurang berperasaan nak berblog. xtau nak cerita apa. sebab hidup ku tak semeriah dulu. meriah bila waktu petang je sebab dapat keluar dari bumbung rumah ni pi jogging kat tasik. tapi hari ni jogging depan rumah je.kelas kann....rasa terkangkang sikit jalan malam ni sebab tadi jogging sunguh-sungguh! kalau tak tu buat lawa jer.huehuehue!!!


alhamdulillah. hari ni dapat tambah kawan lagi kat sini [raub]. masa tengah lari-lari ada sorang aunty cina ni tegur. borak punya borak sampai tak sedar kami dah buat 4round satu taman mainan ni.fiiiuuuh, tu yang terkangkang sikit jalan malam ni.aunty tu namanya puan Oh. cikgu sekolah kat sini jugak...ooooooo


lepas tu ada lah jiran yang selang 3 buah rumah tegur saya. ala budak-budak kerja tnb kat sini la. malu tau nak running..tapi buat tak tau ja lah. ala adik-adik.


lepas tu jiran sebelah rumah saya ni [indian] pun tegur jugak. padahal dah nak sebulan duduk sini kaan...pun cikgu sekolah jugak.anak kecik-kecik lagi. rumah dia cantikkkkk.besar pulak tu! saya tak masuk tapi cikgu Oh yang masuk.dia yang cakap u all..hehehehe..


depan rumah saya ni ada pejabat Risda. jadi kalau nak jogging kene buat lepas org Risda ni balik kerja. kalau tidak segan jugak ..dah lah nak lalu depan ofice mereka tu kene naik bukit.aaaahh,kat sini memang banyak bukit bukau u alls..


pakcik cina selang 2 buah rumah saya pun tegur tadi. uncle tu kerja bawak lori tong gas. biasa petang-petang lepas dia habis kerja dia rajin bersihkan kawasan rumah dia..kadang-kadang lajak sampai depan rumah kami.hehe.baiknya dia. terus teringat kat pakcik singapore masa saya dok JB dulu. waktu saya balik kerja tu selalu dia dok kemas-kemas depan rumah kami. sapu-sapu laa..bakar sampah laa. baik sunguh! wifenya pun baik.selalu ajak saya datang rumah, minum petang katanya...


oh yer, semalam pun dapat kawan baru. isteri kawan suami saya. datang rumah bawak baby comel. adoi geramnyaaa! muka macam org arab gituew. tetiba geletis nak anak mcm mak-amak arab gitu...oh comelnya kamu!


jugak....ada kawan blog yang perasan kehadiran saya kat raub ni. cuma masih tak berapa nak cam ja lagi. hehee,tak ape lah.tegur je.saya pun tak ada kawan kat sini.. tapi saya ni pemalu orangnya.waaah!hhehehehe..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...