Saturday, June 30, 2012

tak ada mood..



[gambaq yang tak ada kene mengena dengan entri]
salam..


rindu kat semua. tapi saya tak ada mood langsung nak berblog ni. kepenatan menguruskan hal memindah rumah, hal nak kerja balik, hal nak itu..hal nak ini.kadang-kadang rasa nak jerit je kuat-kuattt!! tapi tidak lah stress bebenor cuma kepenatan. mood saya happy lagi.. 


usaha ttc saya bulan ni cuma banyak jogging dan buat workout kat rumah. sehari kadang-kadang 2kali saya pi jogging kat Taman Tasik Raub. saya akan pastikan sehari mesti berpeluh. bila hari hujan dan tak dapat keluar saya akan workout kat rumah je. buat ler apa-apa senaman yang mengeluarkan peluh. angkat sana..angkat sini.berpeluh laaaa..


2hari lepas saya ke Johor Bahru balik hari. jumpa kawan-kawan lama kat sana.penat.arghh! semalam balik ke Raub dengan mak n adik-adik pulak.hari ni pagi-pagi dah ke Genting Highland pulak u alls.hehee,bahagianya hidup.sepanjang minggu bersiar-siar.tu yang penat dan tak ada mood nak berblog bagai.


saya sentiasa bersiar-siar ke blog kawan-kawan semua.tak ada yang saya tak singgah. tapi malas sangat nak comment. itu malas nak comment belum lagi malas nak buat entri....hehe..


ok..itu je nak cerita.jumpa lagi =)



Monday, June 25, 2012

lapaq nasi kandaq weih...


sumber : google laa..

sapa suka nasi kandar? adeh, siang tadi tengok cerita darah daging.cerita pasal satu family kat Penang. dalam cerita tu ada adegan mereka-mereka makan nasi kandar.adoiii! teruih kecur air liur cikjah..

dah bertahun saya tak pekena nasi kandaq ni. sejak habis belajar kat Jitra teruih terputus hubungan dengan nasi kandaq. kalau tidak tu sehari sekali makan nasi kandaq. dulu rumah sewa dekat sangat dengan kedai mamak. jadi tak dak masalah langsung nak makan. lagi best, dulu jenis badan kalau makan banyak pun tak gemuk-gemuk.huh,lagi lah saya sukaaa..[tapi lani tak payah cerita laaah.sat ja gemuknya]

tak apa lah, nanti saya usaha pi cari nasi kandaq sedap. kalau ada sesapa tahu kat mana-mana ada juai nasi kandaq sedap kat area pahang atau Kuala Lumpur ni habaq lah norrr......kesian kat kami.hehehe...

aih ..terliuqnyaaaa!!

Sunday, June 24, 2012

cepat lah habis euro ni...

kalau musim bola ni memang saya dan suami jadi hot semacam. minggu pertama boleh tahan lagi. bila dah masuk minggu ke 2 euro mula lah saya nak komplain. sebabnya, saya banyak tertinggal drama-drama best tau! nasib la si makcik astro ni bangsa yang suka mengulang tayang cerita sampai seplooh kali.eh,iyer ke?.walau ketinggalan tapi dapat jugak lah tengok..mecheh astro..

dapat pulak tu dia layan bola sampai ke subuh. saya ni jenis tak sedap tidur kalau suami belum tidur. maka bersengkang mata lah teman dia layan bola. walau pun hati ku meluap-luap berhajat nak tarik dia masuk tidur.hahaha!!

okey.pertamanya saya bengang sebab tak dapat tengok master chef selebriti. dapat tengok bila game bola tengah rehat.aaagh!tak dapat terima betol lah! sabtu malam n selasa malam memang memasing bercekak macam kucing. nak tak nak saya kene tengok siaran ulangan .tak best lah kan?

sekarang ni ada cerita mimi mencari cinta kat astro 104. best jugak cerita tu.lucu! lagi best sebab ada scha alyahya.wahwahahaa..

lepas tu suka tengok Jangan Ambil Padang Kami. suker lah tengok elfira loy berlakon. lawak dan gedik-gedik gituew.erm..itu pun saya tengok siaran ulangan.sedihnyaaaa...

erm, banyak lah lagi drama yang saya tak dapat tengok. mengalah uols.sebab bil astro bukan saya yang bayar.hehehe! 

dapat pulak sekarang ni dok Raub kat rumah tak ada line internet. bila suami layan bola memang tersumbat kepala saya layan dia tengok bola.terpaksa u olss..hahaha!! 

hati ku tak bleh terima.cepat lah habis demam euro ni ha.....

p/s :: ape pun saya 'menyokong' Portugal sebab ada player ensem namanya Cristiano Ronaldo.hahaha..

comelnyer anak orang ni..
kahkahkah!!

baru semangat nak jogging =)

disebabkan saiz badan saya dah bertukar, dari S naik mendadak ke L. tak singgah dah saiz M tau..dia terus meloncat ke L.eceh,nipu!hehehe.. jadi saya kadang-kadang terpaksa share baju dan sport pants dengan suami. walaupun kadang-kadang ada rasa gelebeh tapi dah tak rasa nak lawa-lawa atau perasan cun bagai dah. sebab rupa paras dah tak melentik macam dulu lagi. orang pun dah pakat pikir saya baru habis pantang anak sulung [perut buncit okeyh.]..teruknyaaaa...


tadi saya pun cakap dengan suami.  macam-macam lah yang saya bodek kat dia. pertamanya nak komplen pasal kasut jogging. saya peminat kasut Bata [power]. sebab dia murah dan baguuus sangat! eh, saya komplen pasal saya tersalah beli kasut. saya terbeli kasut untuk earobic. khas untuk earobic sahaja. disebabkan masa tu saya dok layan gym [suatu ketika dulu] jadi tak terasa sangat lah ketidak sesuaiannya. sampai lah satu masa tu,saya ada training netball, saya pulun pi pakai kasut earobic tu. baru nak melangkah kaki nak lari saya dah tergolek. sakit oo. bila akak-akak netball tengok,saya dah salah pakai kasut.looorh. tapi sampai sekarang ni sapa pulun lagi jogging pakai kasut earobic tu. cantik memang cantik tapi tak sesuai. bila lari, tumit sakit. kalau silap cara boleh terpele'ot sebab kasut ni tinggi dan keras sikit. tapak diactak lebar.tak sesuai...tak sesuai......u alls!


jadi tadi suami ku comel velanja kasut baru! yahoo! masih dengan jenama Power by Bata. kasut power memang kelas! khas untuk running.ringan dan selesa tau. saya pun tak mampu nak shooping kasut mahal-mahal dengan harga beratus ringgit tu. jadi lah dengan kasut rm79.90 ni. janji saya dapat running. syoknya, balik rumah terus pakai kasut jogging dalam rumah. jalan-jalan dari depan bawak ke dapur.kakaka!!


tantik tak kasut jogging kita?
huwahuwahuwa..


ehh, bukan dapat kasut je. tapi dapat seluar jugak! memula pi ngintai seluar kat Nike. nak tengok yang slim fit. saja nak kasi nampak seksi sikit. baru semangat nak lari-lari. tetiba tengok harga..tu dia! tersedak cikmat.isyh., lawa memang lawa. memang idaman tapi lain kali lah..tapi tadi saya tetap  dapat yang ala-ala slim fit Nike tapi.... seluar tomsgirl dengan harga rm39.20 sehelai. saya sapu 2 helai.hehe. tapi besok cadang nak capai lagi 2 helai. nak lain kaler pulak.boleh?


ehhhh..nak pakai slim fit ni dengan syarat tau. kene pakai baju yang labuh sikit lah cik kak. maklum lah saya ni katagori montok orangnya.bahaya!nanti takut tengah syok lari-lari takut ada orang tepuk punggung,haaaaa..nangis lah hendaknya ya.eee, takotnya!


nike


nike


itu cerita semalam. tapi tadi gesel-gesel dapat lagi 3helai baju suami ku comel belanja.hahaha,suka! kiteorang beli 6pasang baju.sedondon gitu. suami kata, kita tak pernah hidup pakai baju sedondon kan?hari raya pun tak pernah sedondon.apalagi,lajuuu sangat saya pilih baju.kekeke.syooknyaaa..

suami shooping macam-macam hari ni. kesian kat dia sebab dah lama tak beli baju baru. jadi tadi dia lepas geram shooping baju baru. saya pun menyelit jugak tapi tak dapat banyak sebab semalam saya dah dapat macam-macam.hehe

okey.tu je nak cerita. nanti senang nak ingat bila tarikh dan masa suami menghabiskan duitnya bila dia bising kat saya suatu hari nanti..kot lah dia bising...kot la...




Friday, June 22, 2012

sayang,jangan soalkan lagi..

hari tu..kat Raub.


waktu rehat tengahari,suami balik rumah macam biasalah. sampai je rumah saya pun ambil kain kat ampaian. lambak kat tengah ruangtamu depan tv. suami pun duduk melepak sama..


tetiba dia berseloroh.
heyyyh..!! sunyi lah rumah ni tak ada bunyi suara budak-budak. saya yang lurus bendul ni pun ingatkan dia nak suruh saya jadi babysitter jaga anak orang. kebetulan rumah sewa kat Raub ni besar. memang besar dan tak padan dengan kiteorang yang duduk berdua!


rupanya,suami saya dah soalkan tentang anak. entah bila lah dapat anak.eermm..uwaaa!! sedih sangat! sebelum ni suami saya tak pernah menunjukkan betapa dia mahukan anak. tak pernah pun dia soalkan bila nak dapat anak!...mungkin sebab kiteorang dah menghampiri usia perkahwinan ke 2 tahun ni kot? ke sebab kawan-kawan dia sebok tanya-tanya?...ee,tak suka.


sedih sangat u all! saya masa tu tengah lipat kain, hanya mampu beristifar [kelip-kelip mata]..bukan apa, tengah cover tak nak meleleh air mata. touching sangat tau! senyum lah sikit kat suami yang tengah sandar kepala kat dinding tu..mungkin dia tengah memikirkan sesuatu....pikir apa pun saya tak tahu. harap pikir yang baik-saja lah..


saya pun kata kat suami. mungkin belum rezeki sebab sebelum ni kita asyik dok pindah randah je. lepas ni insyaallah,harap rezeki bumi bertuah Raub pulak lah.padahal dalam hati ni, bergelora. berombak kencang nak nangis sangat!!!


apa-apa je lah. saya sekarang ni nak fokus kat workout saya. nak sihatkan badan. kat Raub ada tasik. cantik! kalau waktu pagi tu memang berkabus-kabus..nyaman sangat!syok jogging kat sana. saya harap tuah duduk kat bandar nyaman, tak ada pencemaran ni dapat membantu saya untuk conceive.


oh..sedihnya.sob..sob..sob...[sambil sumbat nasi kat mulut =P ]


ya Allah, pinjamkan kami sedikit kesabaran untuk menempuh dugaan Mu ini.....huhhhhhhmmm









hai...

salam..


uall!! rindunyaa..rasa cam baru lepas keluar gua sebab baru beberapa saat ni dapat pegang lappy dan dapat keluar menjelajah ke dunia facebook dan blog.hahahah [gelak syaitoon sangat].


ahad hari tu dah ikut suami pergi Raub.seronot lah jugak dok sana,walau pun tak ada line P14G. dan akibatnya line P1 terpaksa dipotong walau belum habis kontrak. tak sedih, happy je. cuma terkurung sangat sebab tak dapat berfacebook.oh,sekarang saya rasa nak jerit dan nangis kuat-kuat!happy sangaaaat!


Raub sangat nyaman okey! pukul 9 pagi masih berkabus-kabus gituew.lagi best sebab rumah kiteorang atas bukit. bukak tingkap dapur dah nampak bukit bukau.sangat nyaman dan sejuk! bandarnya kecil dan senang nak mengenal jalan-jalan kat sana.eceh..! nak pi beli ikan pun boleh terserempak dengan suami.haha...eh,suami ku....


sepanjang kat sana saya tak dapat langsung berinternet. tak da kerja. jadi pukul 10malam tu masing-masing dah mengantuk. kalau tak ada game bola pukul11 malam kiteorang dah selamat berlayar ke eropah...kakaka!!


belum bawak dapur dan tak dapat nak masak pun lagi kat sana. sebab dapur gas tinggal sana. jadi saya mendietkan diri tak makan nasi.uuuuwaah,lapar sangat!


mesin basuh pun belum dapat nak bawa. jadi saya meringankan tulang basuh baju pakai tangan.lama dah tak basuh baju pakai tangan. rasa cam basuh baju ditepian sungai Pahang pulak! habis lencun satu badan. berpeluh tu toksah cakap laah,lenguh tangan u all....[eleh..lagi!]


banyak lagi nak cerita pengalam duduk tempat orang ni. nanti saya cerita okey. nak makan dulu...




tata..



Thursday, June 14, 2012

jogging + tak boleh tidur + mimpi..

salam


morning!


penat nye baru balik dari jogging.seawal pukul 7 dah pi jogging. [tolong lah percaya! hahaha] pagi tadi terjaga dari tidur pukul 4.15am. lepas tu puas lah guling kot kiri kanan. tetap tak dapat tido.ermmm,last-last saya turun katil..tarik cadar pastu sumbat dalam mesin basuh.hehe.mesti jiran tetangga pelik.pasai po budak aida ni sebelum subuh dah pusing mesin basuh kan...gini lah u all,sejak cikmat tak ada..susah sangat nak dapat tidur yang berkualiti, tidur yang nyenyak, tidur yang sedaaaap. asyik terjaga je!huhuwawahuwaaa...


oh yer, nak cerita ni. 2 malam lepas saya mimpi!! saya mimpi mengandung. masa tu perut saya dah besar,rasanya dah 8-9 bulan kot. terasa penuh sangat! sarat!badan saya pun masa tu gemuk! dalam mimpi tu ada orang tanya saya,kenapa dengan perut kau? saya pun kata,ada budak dalam ni.lepas tu orang tu kata,oo patut lah perut ko nampak penuh sampai ke pinggang.eh,macamana tu ke??..


macam ni ke??
suweetnye..




ok..itu je nak cerita....

Wednesday, June 13, 2012

suami tak ada,hilang 2kilo....

salam..


2minggu dah suami pergi sana. jumpa hujung minggu je. itu pun bila jumaat rasa dah tak sabar-sabar sangat dah! bila nampak je kereta suami,terus meloncat nak terkam.pelok-pelok..ghinduuu.huhu [kenapa abi, u tinggalkan i sensorang kat sini.sedih tau]


akibat kesedihan sebab tak dapat ikot suami ke Raub.berat badan saya turun 2kilogram.minggu pertama suami pergi tu memang saya tak lalu makan. memang tak ada selera langsung. rindu dan terkejut ditinggalkan buat selera saya mati. saya selesa makan roti dan air suam je. tidur malam pun susah,sebab tak biasa tinggal sorang-sorang kat rumah. kalau dulu tu masa PJJ [kuantan-jb] memang boleh terima. mungkin sebab siang hari dah kerja, balik rumah badan dah penat. jadi tak ada masa nak layan perasaan tak selera makan bagai ni. untuk kali ni terasa betol u.....


minggu ke dua ni, cikmat tinggalkan kereta kat rumah. bila ada kereta kat rumah ni alhamdulillah lega sungguh hati. kalau lah ada apa-apa saya drive je kereta. kalau bosan start enjin kita jalan-jalan. pagi atau petang pi taman bandar, jogging.walau buat sorang-sorang alhamdulillah.terhibur jugak. nasib jugak ada kawan sudi nak teman keluar hangout.tengok wayang bagai.[thanks aina].


cerita pasal turunnya 2kilo saya ni.eceh,2kilo je u all. tapi kejayaan bagi saya yang kuat makan ni. sebab?BMI dah menunjukkan saya ni overweight. sangat tak best! ketiadaan suami kat rumah ni,buat saya tak masak. bila dah tak masak, saya pun tak makan. saya hanya makan buah dan biskit nestum.banyak minum air suam.alhamdulillah.susut sikit perut buncit.ngehngehngeh!!!..


sebenarnya saya ada minum minumam untuk diet ni lah. minum waktu malam, sebelum makan malam. saya tak tahulah sebab minum air tu ke apa,punca saya tak lalu makan nasi. saya rasa seolah-olah perut saya sentisa kenyang. tu sebab saya mampu joging walau pun seharian tanpa nasi atau makan yang berat-berat.iye ke?wallualam...


apa pun.ketiadaan suami ni la buat mood saya tak nak makan. makan sorang-sorang memang tak best kan?....huh,lagi sedih bila tidur sorang-sorang kan?.....semoga cepat lah suami dapat rumah kat sana.kesian kat saya ni =(




jogging [buat 2round tasik]
skipping [100 sekali buat,lepas jogging]
sit up  kat rumah[bila terasa mampu nak buat je,sakit oo]

makan:
biskut nestum
roti
epal merah [tak suka epal hijau,masam..]
air suam [satu botol besar untuk satu hari]
nasi [hujung minggu bila cikmat balik.eh,yeke?haha]
kalau lapar,saya akan tidur sampai puas..

saya harap saya akan terus berusaha menurunkan berat badan.
saya kene turun kan 10kilo lagi [60kg] o.O
banyak tuu =(

Tuesday, June 12, 2012

tekad nk kuruuuuus...

salam selasa..


pagi ni saya semangat bukan main pi jogging. minta izin dengan cikmat nak pi jogging,walau pun sebelum ni berbuih mulut cikmat suh pi jogging.hehehe..jadi hari ni saya pi.


hari ni saya tekad jogging 2 pusingan tasik yang besar ni.tanpa henti okey! tekad betul sampai rasa nak pitam.hahaha. tetiba mata jadi gelap,kaki pulak lembik semacam nak berjalan. risau jugak.nasib tak jadi apa-apa. kalau pengsan tadi sapa nak angkat saya? dah lah trek jogging tu keliling tasik. kot kot lah tergolek dalam tasik tu.emm,habis lah! i tak pandai berenang u all....


malam tadi tengah dok sorang-sorang teringin nak pakai jeans masa zaman kurus. terus rasa sakit hati pulak. sayang rasanya kat jeans lawa-lawa tu tapi tak boleh sarung. leh sarung sampai takat peha je.huhu.sedih kannn..??


tadi jogging sambil dalam hati dok kata...
- aku jogging ni nak sihat.
- nak badan berstamina,ringan, cergas bergerak!
- nak suami puji aku melambung-lambung!
- aku nak mengandung.bagi badan sihat dulu...
- aku nak slim,body mantap macam dulu balik!
- aku nak cantik-cantik macam dulu balik!


gituw lah tadi. tekad dalam hati, pikir yang kat atas ni je. hari ni cd5. period dah tinggal siit-sikit. balik jogging tadi turun lagi, banyak pulak tu.tak apelah, turun lah banyak sikit.dah lah 2bulan lepas 3hari je periodnya.ummm..



gambar lama ni. masa bujang dulu [2010]
jeans ni kawan yang belikan masa dia pi Bandung [2007]
sekarang ni jeans ni dah xmuat nak pakai.sedihnya..

jeans yang ini pulak beli masa raya 2007
masa saya tengah pakai ni masa  teman cikmat g tengok bola [2010]
sekarang, jeans ni langsung taaaak muat!

huh! tak boleh jadi ni.!!



okey. tata. nak sidai baju n kemas rumah..   =)

Monday, June 11, 2012

macamana uall berkenalan dengan suami?


bila ingat balik sejarah saya dan suami berkenalan memang lawak. kenal kat friendster je. itu pun ambil masa nak serius.ingat lagi, kepala lutut suami tercabut masa lepas jogging, jadi dia upload gambar-gambar masa dia sakit. saya jadi kesian dan selalu msg dia kat friendster tanya kesihatan. niat nak tanya kesihatan je, tapi lama-lama jatuh cinta pulak....

hari tu try lah  bukak friendster balik. hurm,sayangnya friendster dah tak macam dulu.entah apa-apa. terus saya log out. niat hati nak tengok msg cintan cintun kami dulu....emm,xde dah..

itu saya. u all macamana pulak??






Friday, June 8, 2012

CD66 > CD1 : menstrual cramps...

salam jumaat...


cd66.alahai lamanya nak tunggu dia turun sendiri. sakit pulak tu. perut sakit, lenguh pinggang, sengal peha.badan berangin,perut kembung.tekak manjang dahagaaaa je ditambah pulak meloya-loya. badan panas lagi. fuuhh...menyengat! malam ni tido menonggeng lah kot.sakit o.O


clomid kali pertama gagal. dan cycle pun jadi panjang menjela macam ni. jadi saya putuskan bulan ni tak payah clomid lah. sebab kami pjj semula.tunggu dah duduk sama nanti baru on clomid balik. bukan apa, nanti takot tak dapat bagi kerjasama. jadi tertekan pastu nangis-nangis macam bulan hari tu.hehehee...tak mo..tak mo..




tidur dulu...

Thursday, June 7, 2012

terima kasih.saya dah ok!!

salam..

hari ni saya puasa. ambil kesempatan ketiadaan suami kat rumah untuk berpuasa. sangat bagus ye, sebab dia tak balik makan tengahari.kalau tak tu meleleh gak sebab kene masak makan tengahari untuk dia.hehehe..

saya nak ucap terima kasih banyak-banyak pada yang bagi support kat saya pasal entri saya redha tu. bila baca balik memang sedih. tapi bila dah habis baca rasa nak ketawa pulak.hehe.alahai,darah muda sungguh lah saya ni.


nasib laa,ada kawan-kawan kat blog ni.semuanya baik-baik. malah ada yang lebih lagi dugaannya dalam kehidupan rumahtangga.betul kata kak NKH,setiap orang ada bahagiannya.

saya lebih cool hari ni. bukan ape,hari tu saya mood terkejut sebenarnya.walau pun gambar lepas tapi hati mak tersentap.baru lah terasa,i perlukan u.....

kalau dia baca pasal entri saya redha tu, mesti dia ketawa.sebab hari saya tengah hot hari tu pun dia ketawa.dia sendiri pun tak tahu perempuan tu dah kemana hala ntah.entah-entah dah beranak 2-3 orang.sapa tahu.kan?tapi u all,cemburu lah.serius ni,saya ni memang cemburu sikit orangnya.tapi tidak lah cemburu sampai mengentan-ngentan.mengada namanya tu..

ala, kalau pikir balik.saya pun lebih kurang mcm cikmat jugak. cuma saya tak simpan apa pun. lagi pun bukan jenis saya nak cuci gambar bagai ni. cukup-cukup la simpan dalam bentuk softcopy.kalau rasa tak suka,delete je!

besok dia balik. malam tadi saya susah nak tidur sebab dok rumah sensorang. dah lah seram, rindu pulak tu.hihihi.subuh pagi tadi terus sms cikmat mengadu tak lalu makan pastu susah nak tidur.ecehh...hahahaha..

sedapnnye!
besok nak makan ni.
macam biasa coca cola tu ganti dengan milo
=)




okey lah. nk tidur jap.tata =)



Wednesday, June 6, 2012

saya redha..







salam...


hari ni saya tak lalu makan langsung!
apa saja yang saya dapat telan..
sedangkan hati asyik teringatkan suami...
saya terlalu memikirkan suami..
rindu sangat!


semalam saya terjumpa album gambar dalam bakul buku note suami 
[masa dia study kat politeknik dulu]
mulanya adik ipar yang jumpa.lepas tu saya minta nak tengok..
adik ipar saya rasa bersalah , tapi saya senyum je..
kata saya 'akak dah biasa jumpa'...
bila saya tengok..hati saya bagai disiat-siat.
saya usaha menahan sedih.
sebab masa tu depan mertua..
saya masuk dalam bilik..
saya tatap muka kesayangan saya dalam album tu
satu persatu.mereka bahagia...
sedih sangat!
hati saya bagai disiat-siat!!!
dapat bayangkan???


gambar tu dah lama [2007]
sebab pada gambar tu ada siap tarikh.
masa tu saya tak kenal lagi suami.
suami pun kurus lagi. macam bukan dia...
saya masih berperangsangka itu bukan suami saya!
tapi hati saya sebagai isteri mesti ada rasa sesuatu..
mesti ada rasa sangsi.pasti ada!


saya sms suami...
kenapa masih simpan gambar-gambar lepas?
kerap kali dah saya jumpa gambar yang saya tak mahu tengok.benci!
tapi allah swt mahu menguji saya...
lepas satu-satu saya jumpa...


katanya gambar lama.lama sangat dah..
saya tanya lagi kenapa simpan?
sedangkan saya dah pesan..
sebelum kawen ni buang semua gambar-gambar lepas.
saya tak nak tengok satu pun.
kenapa susah sangat nak jaga hati saya???
dia kata jangan ambil hati,sebab masing-masing dah berkeluarga..
dan akhirnya saya koyak gambar-gambar tu dan humban dalam tong sampah.


MIL saya memahami..
katanya bakul buku note tu dah bertahun bawah katil tu..
sejak suami habis study sampai lah sekarang ni..baru jumpa!
dia yang letak..akhirnya isteri sendiri yang jumpa.
eeeemmmm..




2009
kali pertama saya berbual dengan suami melalui telefon..
dia melamar saya.untuk jadi girlfriend dia.
masa tu saya masih terumbang ambing.
kawan lelaki ramai, tapi tak ada yang ikhlas dengan saya.
suami berjanji dengan saya untuk buat yang terbaik buat saya...
malam tu kami berbual panjang..
semua kisah dia cerita, macamtu jugak saya...
saya tak nak nanti kendian hari ada sesuatu terjadi..
dia baru beberapa bulan putus cinta..
sedangkan saya dah setahun putus cinta..
beberapa bulan selepas tu baru kami berjumpa..


akhirnya saya pilih dia sebagai suami..
bila saya nampak usaha dan keikhlasan dia..
sampai saat ni,alhamdulillah tak ada apa-apa terjadi.
semuanya baik-baik saja.
syukur ya allah..


untuk 2-3 hari ni saya belajar macam-macam. saya sendiri kat rumah kuantan. suami masih di Raub. saya rindu sangat kat dia. saya dah tak larat nak berjauhan dengan dia. menempuh tempoh PJJ yang saya benci!ditambah pulak saya makin sensitif sekarang.makin dekat dengan tempoh pms kot sebab saya dah cd64 hari ni.


pasal album gambar yang saya tak sangka-sangka tu. saya terima. itu lah qada dan qadar kehidupan. 6 tahun lepas dia menyayangi wanita lain, mereka berpisah dan hikmahnya saat ini saya isterinya. ....
saya redha dan mengucapkan syukur.alhamdulillah....




i love u abi...


note : sebenarnya hal kecil je. tapi tak tahu lah...sensitif kemain lagi! =)

Saturday, June 2, 2012

dia nak pergi,tinggalkan saya...

salam sabtu..


alhamdulillah. hari ni ikut kan nk pi menyebok kat uji bakat masterchef. cikmat gatal suruh saya masuk.ee, tak mo lah..buat malu je. dah lah tak pandai masak.isy, buat malu.malu..malu acik nanti.hehehe..


disebabkan saya tak pandai masak dan tak nak poie pun.so hari ni saya akan mengemas barang-barang untuk my darling bawak ke Raub. kami akan PJJ semula.uwaa,buat sementara waktu ni saya duduk dengan mertua dulu. tapi tak tahu lah tu sampai bilaaaa. mungkin jugak ini entry last saya untuk minggu ni. kita jumpa minggu depan pulak lah yee...sebab kat kampong mertua saya tu tak ada line PI4g..oh..sedihnya...


malam tadi cikmat dapat satu plastik besar hadiah dari kawannya.kawan dia ni kerja dengan Dumex.  si dia hadiahkan saya 4kotak susu dumil mama.siap dapat bekas tin limited edition lagi. okey,sabagai tanda penghargaan saya masukkan gambor susu tu dalam blog saya.eceh..alhamdulillah. susu formula memang mahal!mahal sungguh!! bila dapat susu free ni saya terharu pulak. walau pun belum rezeki dapat baby...saya memang suka minum susu formula ni.sebelum ni saya minum anmum materna.sangat bagus untuk sistem pencernaan saya.hehehe..


dumil mama

hadiah dari pejabat cikmat.
baju kemeja tu baru je saya basuh untuk dia pakai
masa daftar diri nanti..

lauk semalam.
sayang pulak nampak epal hijau tu.
resepi macam kerabu epal lepas tapi saya campur dengan ayam&udang rebus.
sedap...





okey tu je lah. saya menghilangkan diri seminggu ni..minggu depan mesti ada berita best nak dengar [biasanya macam tu laa]..kak emme &kak sue dhia jaga diri n baby bebaik tau.mesti rindu kat semua orang geng ttc.


tata.nak kemas rumah...............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...