Friday, May 11, 2012

kenapa dengan aku ni..

salam..


hari ni mood baik. tak rengek, tak mengentan-ngentan, tak rajuk-rajuk.malam tadi tido best kot o.O hehehe...padahal sebelum tu macam puting beliung.merajuk sebab cikmat tak nak teman saya pi beli getah rambut je pung..gedik kan? padahal pergi sendiri pun boleh....

hari ni saya tak tahu berada di cycle day berapa. malas dah nak kira. yang saya tahu, saya tak turun period lagi.

tak ada tanda period akan turun atau tanda positif. cuma saya perasan saya kuat makan sekarang ni. kadang-kadang saya bangun tengah malam cari makanan kat dapur. kalau teman cikmat tengok bola sampai pagi tu, saya sempat buat megi letak ayam,tauhu,telur,sayur mayur. kalau tidak coklat cake. roti +kaya..atau pun susu coklat 1-2 gelas o.O

uppss. sekarang saya dah kembali bermegi-megian. kalau dulu, megi ni susah nak masuk dalam rumah saya. sekarang ni saya beli untuk lepas tekak sendiri. selera tengah sedap, tengah seronok nak makan. saya fitnah ini kesan clomid.uwaaa...demok lah kite...

hari tu saya pi berubat kampong dengan sorang nenek ni. balik tu nenek tu bekalkan saya daun sireh buat makan selama 3hari. apa yang saya perasan,2 hari ni saya rasa menyucuk di perut belah kiri dan kanan. entah lah. saya buat tak tahu je.....

semalam ada seorang tanya saya, kenapa kau kene makan sireh? clomid tu apa? epo tu apa? kau tak mengandung kenapa nak makan folid asid? kenapa ada anmum kat rumah kau?...kalau u all kecik hati tak? tanya sambil gelak-gelak.

saya pun tak terdesak sangat. tapi tolong lah jaga hati saya. saya ni sampai berisi+montel sebab asyik makan ubatan. berubat sana sini.

tahu lah dia tu bunting pelamin. tak payah makan apa pun cukup bulan dah positif. tapi jangan lah cakap macam tu dengan saya. kecik hati [dah lah saya ni hati tisu].  sebelum ni saya pun kecik hati dengan suami dia. saya diam je. pendam dalam hati. malas saya nak melaser tak tentu pasal. kang ada yang terasa...maklum la, diam-diam saya ni ada pedasnya. saya pun tak pandai nak bodek-bodek cakap manis-manis. bukan diri saya.

haih,
entah lah. semakin dekat tahun ke-2 perkahwinan ni. saya makin sensitif. macamana lah ada yang menunggu sampai 10tahun++ tu kan....

ada yang kata saya masih muda. kau muda sangat lagi lah...enjoy lah lagi!itu pun saya dah tersentuh. kenapa kawan-kawan ni susah nak faham perasaan saya?sokongan pun tidak. banyak menghanjing dari memberi kekuatan.kalau u all cakap macam tu baik aku tak payah kawen. sedangkan u all bercakap dengan orang yang dah kawen dah berlaki. kalau aku ni bujang lagi, baik aku pi enjoy siang malam. tak payah cakap camtu pun aku tahu...


stop.
emmmm..nak kemas rumah lah. kang makin banyak saya tulis, makin sakit dada saya.


"ya allah,ampunkan dosa ku. pinjamkan aku kekuatan mu untuk 
hadapi ujian mu ini"






12 comments:

  1. aida,

    mood org berTTCian mcm kita ni sentiasa naik turun, majoritinya berpunca daripada tekanan dari sekeliling kita. ada masa, kita happy dan ok je dengan kehidupan berdua dengan suami. ada masa, kita rasa hidup tak lengkap bila tengok orang lain bahagia dengan anak dan bila orang dok sindir kita.

    yani pun sekarang dah tak berapa berpantang sgt mcm masa mula-mula berurut hari tu. apa yang nenek tu kata jangan makan, yani telan juga sekarang. ntah la, mungkin sebab rasa belum ada apa-apa hasil dan 'letih' berTTC. skrg tapai pun dah cuit, asyik makan nasi goreng cili padi bila makan di luar.cuma belum berani nak sentuh nenas dan rebung.

    nasib la suami masih mampu layan karenah asyik menangis bila timbul isu anak, sementara dia tak jemu dengan mood cemeh isteri dia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak yani..
      entah lah kak. sebenarnya saya ni okey je kalo lambat sikit nak ada baby.sebab kewangan keluarga pun belum kukuh tapi tekanan org sekeliling buat kita ni rasa down sangat...
      cemburi itu dah no.1 ..kan?

      Delete
  2. noora pun makan je..ikut suka..salahkan clomid gak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...
      selera makan sekarang ni menakutkan lah.
      tadi baru je makan burger 2biji.masyaallah..

      Delete
  3. jangan sedih2x.....i 100% sure u akan buat pengumuman "double Line" very soon...dan next year dah ada baby di tangan u.....i pun kes mcm tu jugak...org yg dah mengandung asyik pegang perut i n tanya dah ada ke???? padahal baru misscariage...sedih tau.....i berdoa je...."i am a christian"....skrg baby i dah 3 bulan...rasa terharu tgk muka dia........sooooo...im very very sure dahlia akan mengandung very very soon.... so be ready to enter your motherhood...... Good Luck.....jgn sedih2 yea......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai u..

      tak tahu lah bila pulak i nak umum double line lagi lepas ni. sebenarnya myhubby okey je kalau rezeki dapat baby lambat sikit, sebab kewangan kiteorang pun belum kukuh. tapi tu laa, impian setiap orang yg kawen kan.

      org sekeliling ni bukan faham situasi.kadang-kadang sedih dibuatnya..

      thanks tau.i tak sedih dah..hehe

      Delete
  4. wah..kena makan sireh ea..... sabo yea kwanku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan sireh lah teng. kelu pedas lidah aku ni.sabar jeee..

      Delete
  5. penah gak kena makan sireh ngan putik halia...ermmm. tapi nak wat macam maner kita hanya usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kata salah satu usaha kita. kalau tak berjaya tang ni, kita buat tang lain pulak...kan?>.

      Delete
  6. hati saya pun hati tisu...cepat sgt tersentuh..tp xpe..Allah akan kurniakan rezeki utk kita x lama lagi..semoga kita lebih tabah dan byk bersabar k!

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm.saya jadi mcm ni pun sebab kawan-kawan.
      kita kuat sebenarnya,sama-sama kita bersabar..

      Delete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...