Thursday, May 3, 2012

cuci kereta di DiC Pahang

salam..


ahad lepas punya cerita.
saya rasa kereta saya ni dah bertukar dari kaler hitam kepada kaler kepam/oren-oren. betapa lamanya tak cuci kereta. enjin kereta pun dah macam enjin bersalut coklat. cikmat mengeleng kepala bila saya kata 'ayang tak pandai la nak cuci enjin ni bagai..cantik kat luar cukup laah abi'..seingat saya, sepanjang 2tahun++ saya menjadi tuan kepada kereta saya tu, belum pernah sekali pun saya cuci enjin.ngehngehngeh!!....[xpandai]


kebetulan lagi. sebelum tu kereta habis kene make-up dek monyet-monyet liar masa saya merambu ramba kat pantai Teluk cempedak. bukan kereta saya je, banyak kereta orang yang parking kat parking MPK tu comot momot. bukan takat sampah makanan je yang terabur atas bumbung kereta,air susu pun dia sapu-sapu kat cermin kereta.alahai, saya ingat ada orang dengki ke hapa, tapi nyet-nyet ni yang dengki.alahai,geram je.nasib comel o.O


jadi cikmat ajak pi cuci kereta kat DIC Pahang terus. kedai cuci kereta yang diurus oleh bekas penagih dadah.DIC Pahang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sejak 12 tahun lalu bertujuan membantu penagih dadah di negeri ini untuk kembali ke pangkal jalan.[ ayat copy paste]


kami selalu pi kat sini sebab  selesa.tak panas. ada sofa empuk! lebih empuk dan tengelam dari sofa kat rumah kami okey. kalau tunggu lama kita tak bosan sebab banyak bahan bacaan yang diorang sediakan mcm surat kabar, majalah,risalah mengenai dadah. pastu tak boring jugak sebab diorang bukak radio ala-ala pusat beli belah. kuat okey...daku selalu mengantuk bila menunggu kat sana,angin sepoi-sepoi bahasa ditambah pulak dendangan lagu dari radio diorang.hehehe..




kalau cikjah dahaga lah kan. cikjah tekan je duit kat mesin belakang tu.
pilih je air ape. gedebbuk jatuh! tapi saya tak boleh minum air serupa itu.
bahaya..kita kan sedang ber'ttc



see!
cikmat duduk je dah tengelam.kakaka


upah cuci kereta letak dalam tabung. cikmat kata untuk belanjan harian mereka.untuk bayar bil api+air+makan+minum dan lain-lain

kami nak cuci dalam dan cuci enjin saja. tapi diorang bagi basuh luar sekali. cepat je cucinya tapi bersih!tip-top ! sebab yang cucinya ramai. saya agak-agak dalam 10 orang atau lebih. kereta sampai je, terus dikerumun macam semut dapat gula.

jangan risau apa-apa. sebab mereka bekas penagih. kita sebagai masyarakat prihatin kene terima mereka dan sokong mereka untuk bermasyarakat.eceh.sebagai tanda sokongan saya dan cikmat selalu hantar basuh kereta kat sini.

bayaran untuk cuci enjin+cuci dalam+cuci luar :rm10.
cikmat kata pasai po murah sangat? diorang kata cuci luar tu sebab ikhlas. jadi cikmat bagi extra lebih dari rm10 yang depa mintak. bagus kan mereka?

bersih.kilat kan?
lani saya dah tak bersin masuk kereta.

haaa,enjin dah cantik bersih macam baru keluar kedai u...

okey lah.pening kepala cikjah buat entri panjang-panjang ni.tata..


3 comments:

  1. aa'ah berkilat! nampak muka kite balik, heeee! berbaloi2!! kat sane skali cuci brape RM? kat sini RM10 luar dlm.. tapi ade 8, 9... tapi dlm harga tu la...

    ReplyDelete
  2. Salam kenal.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;)

    ReplyDelete
  3. ros pun susah nak dapat cuci kreta nih.. skali cuci semua habis.. berkilat2 ..hahha

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...