Tuesday, May 29, 2012

cerita balik kelantan..

entry semalam, hari ni baru post=)


salam ..


isnin dah ye? ingat kan cikmat nak sambung cuti lagi sampai hari ni..tapi dia sangat menyayangi cuti ye kawan-kawan. jadi malam tadu pukul11.30 bertolak dari kelantan.saya pujuk balik pagi ni je,lepas subuh ke..sebab kiteorang penat. mengantok satu hal bila jalan jauh ni.umm,dah dia nak sangat balik kuantan malam tadi,saya sebagai isteri mengikut sajor la.sebenarnya saya tak puas lagi dok kampong.sebab rumah nenek cikmat sangat best. dalam kawasan zon bebas cukai,dikelilingi kedai makan yang best-best, tempat shooping yang murah, bersebelahan dengan thailand..maunya saya tak nak balik.


malas nak cerita panjang-panjang..saya buat point je eh!



  • seawal subuh pekan rantau panjang dah busy yer.bunyi motor dah berdesup-desup depan rumah.

  • rumah nenek cikmat dalam kawasan zon bebas cukai. dulunya bahagian depan kedai runcit,sekarang ni sedara cikmat buat butik beg dan baju-baju.murah tau!datang yee..

  • sebelah rumah ada makcik jual nasi air@bubur ayam sedap! saya suka kerabu meginya.makcik tu kata tak pedas, tapi bila saya makan ya allah, berdesing telinga.

  • tak payah serabut kepala nak buat sarapan pagi. sebab kat sini ada banyak kedai makan. makcik2 dan kakak2 awal pagi lagi dah berniaga jual sarapan pagi. nak keluar pakai baju kelawar pun tak ade sapa kesah...depan rumah je!

  • eh..bukan sarapan pagi je!ada gerai thailand yang beroperasi 24jam kat pekan rantau panjang.kalau lapar pukul4-5pagi tu boleh je order tom yam dari tingkap rumah.hihihi..

  • selera makan saya naik membuak-buak! sehari adalah 5-6kali round pekan tu cari makan-makan.ada je yang saya nak makan. gerai nasi air makcik sebelah pun saya ulang banyak kali.hehehe...tak payah pakai selipar pun boleh, order kat tingkap je...

  • balik kali ni kiteorang tak shooping apa-apa. tapi banyak habiskan masa dengan makan..makan..makan je!sebenarnya saya lah kuat makan tu..

  • anak-anak sedara cikmat semua comel gebu tembam. sampai rasa tak nak balik kuantan.

  • dulu kiteorang masuk Golok naik bot kat belakang rumah nenek ni jer... tapi kali ni masuk ikut pintu depan.pakai border pas.

  • akhirnya saya dapat makan pulut mangga. tapi sayangnya kedai tu buat tak sedap. kuah nya cair. tak ape lepas ni saya cari lagi kat sana.mesti ada yang buat sedap!

  • dulu dapat makan pulut ayam. tapi kali ni cari tak jumpa. eh, bukan tak jumpa.jumpa! tapi masa jumpa tu perut memasing dah penuh. tak boleh sumbat lagi dah.lain kali lah. walau saya kecewa...

  • kelantan dah rasa bahang pilihanraya. kat mana-mana je ada bendera. sampai ada yang besar bumbung rumah.besar tuuuu.......

  • kat sana ada banyak gerai kecik-kecik tepi jalan yang jual air tuak@nira kelapa. balik dari kenduri rumah kawan cikmat di kota Bharu saya minta cikmat beli segelas. saya nak rasa seteguk saja.erm...rasanya masam+manis. tapi saya tak leh telan. bau dia pun saya tak boleh. mungkin sebab tak biasa minum kot. tapi tengok cikmat minum tak cukup-cukup. o.O

  • kat pekan rantau panjang ni ada banyak surau. selang 500meter ada lah surau. so tak ada alasan terlupa nak solat.manalah tau syok bershooping sampai terlupa solat lak ke..

  • duduk 2hari saya dah pandai kecek klate.walau tak bagus mana. tapi boleh laaaa...

  • golok sangat panas okey. tetiba tekak jadi haus semacam masa round bandar dia. berenti minum kat stesen keretapi..order teh O ais.peh,,pekat dan manis. terus saya rasa nak membuang.emm, bagus lah tu. xpayah makan ubat sembelit lagi.hehe. terus keluar Golok, membuang kat rumah je.dekat kan...?hehahhaa

  • saya terliur tengok buah laici.besar-besar dan murah. tapi tak sempat nak beli sebab dah nak balik sangat.

  • baru ku tahu..masa menghadiri kenduri kawin kawan cikmat.saya tengok pengantin datang terus masuk rumah. saya ingat ada pelamin kat dalam..rupanya diorang bergambar dalam bilik tidur dengan tetamu dulu. kawan saya kata (aina)..kat sini memang macam ni.oooo..

  • lepas balik kenduri, saya ajak cikmat jalan-jalan kampong dia naik motor. kat sana perempuan yang berkain tak boleh bonceng motor kangkang yer.hehehe.kene duduk sebelah.sopan gitu..saya takut.kot-kot terbalik sebelah ke.nasib cikmat kuat.ye ar..saya kan berat.hehehe

  • jalan-jalan diGolok. singgah banyak kedai. cikmat nak tengok barang.selamba je cikmat tinggalkan helmet kat motor pastu lesap dalam kedai. saya risau kalau hilang.cikmat pulak kata 'alah,orang sini mana pakai helmet'..haah ek! kat malaysia jangan dibiar helmet sesuka hati,kejap je lesap!

  • kita tak pernah nampak askar malaysia operasi sambil pegang senapang [kalau ada pun waktu sambutan hari kebangsaan dengan senapang tak ada peluru] terutama sekali dicelah-celah bandar macam kat Golok ni. tapi kat Golok ni kita akan nampak merata-rata askar thailand yang besar dan tinggi bersama senapang.macam tu jugak polis thailand. sungguh menakutkan. mak sedara cikmat kata,Thailand selalu berlaku kejadian luar dugaan. kadang-kadang bom meletup..kadang-kadang tembak menempak..paling tidak peluru sesat. tu sebab lah..insyaallah.selamat lagi ahli keluarga kami.

  • masa balik kelantan-kuantan.sekitar pukul 3pagi-4.30pagi.cikmat dah tak larat nak drive. mata dia mengantuk sangat. so saya dengan mood nak tak nak terpaksa drive jugak. dari Jalan Jabor-kuantan [rumah]. sangat menakutkan. sebab jalan Jabor tu sangat gelap. lepas tu kabus pun tebal.memutih tak nampak jalan. saya terus teringat kisah kawan cikmat yang tanggalkan cermin tengah sebab takut ternampak apa-apa.hehe.saya tak tanggal tapi tolak naik atas. jadi saya tak nampak la cermin belakang.cermin sisi pun saya tak sampai hati nak pandang.erghh...
  • apa pun semuanya selamat sampai.alhamdulillah.syukur. walau pun masa nak balik tu hati tak sedap. badan tak selesa je......











thailand
>
malaysia

 kompleks Imigresen Rantau Panjang


 cikmat love Rantau Panjang



 kastam Rantau Panjang
nak pi rumah nenek cikmat kene lalu kat sini dulu

 pekan rantau Panjang






ok. itu je lah nak cerita. kalau ada salah silap minta maaf ye. kot-kot tersalah info ke.


note : seminggu dua ni kaki saya kerap sangat membengkak.risau. nanti saya cerita key.


ok.tata..












6 comments:

  1. wahh syok nye kampung camtue... balik kampung sekali dgn jalan2 overseas gitu hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.overseas lah sangat....
      best!

      Delete
  2. uuwaaaa!!!....aida...

    akak dh lama xblk tanah merah....hahaha...I'Allah,awal
    puasa blk sana...akak kalau gi golok naik smpan je yg kena bayar 1hengget tu...smpi sana askar2 thailand check ic kita...ntah ape yg di check...yg paling peting TOTO paling MURAH skali....huhuiii!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dulu akak pi munduk tak? lani dah tak boleh pi sana...sebab peniaga kat rantau panjang ni complain sebab org xramai pi shooping kat pekan RP...

      aida raya RP tahun ni.xtahu lah rasanya mcmana...

      Delete
  3. dh lama sgt x pergi rantau panjang,itulh..risau sbb byk sgt berlaku bnda2 diluar jangkaan.tkut plak nk pegi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm..tak ada apa yang kita nak cari kak kat sana.
      hehehehe.kalau akak tak payah pegi laa..

      Delete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...