Thursday, May 17, 2012

anak tu tak salah kan..

petang tadi mak cakap..
sepupu jauh saya baru bersalin. tapi saya terkejut lah sebab dia dah hampir 1tahun++ menghilangkan diri. suami dalam penjara pun belum keluar lagi. 2 orang anak dia tu, abang long dia ambil dan jaga.ermmm...saya tak nak fikir yang bukan-bukan tapi dah lama dengarnya keluarga sepupu saya tu cari kat KL. tapi tak pernah jumpa. sejak suami dia masuk penjara dia hilang dari rumah. tup-tup muncul semula dengan perut besar.tengah tunggu hari nak bersalin......o.O


saya faham,
masalah rumahtangga akak sepupu jauh saya tu memang teruk.kesian dia. dalam keadaan dia yang macam..suami pulak dalam penjara. anak tak ada orang jaga. itu lah,ini lah...kiteorang pun join kusut.


tadi saya cakap dengan mak saya..
'eh, nak bela lah budak tu.kesian. dia tak salah..'


baby gurl.
saya dah terbayang susahnya bila dia dah besar nanti. tapi saya semangat nak jumpa akak sepupu jauh saya tu. kalau dia tak nak anak dia tu, bagi lah kat saya. jangan bagi kat orang lain. meh saya jaga.tak ape...


Rezeki kita datang dalam banyak cara. andai kata ada rezeki saya bela anak angkat mungkin lepas tu ada pulak rezeki untuk saya. tapi saya pernah kata,saya belum terdesak lagi nak bela anak angkat.ada kan?..


dalam kes ni. saya rasa tak salah saya nak bela anak sepupu sendiri daripada dibela orang lain. yang tak ada pertalian darah langsung.bukan saya je kalau ada sepupu yang lain nak jaga..silakan lah..


akak sepupu saya ni tak cakap pun tak nak anak dia yang baru ni. tapi gaya ada.ada gaya anak tu nanti bagi kat orang.sebab?status anak tu dan keadaan diri akak sepupu saya tu.


emmmm..tak tahu lah nak cakap. kalau cikmat belum bersedia.apa aje lah yang saya dapat buat.belum rezeki kot...



3 comments:

  1. Dahlia, how are u sayang? i sihat...Alhamdulillah...
    sedih baca kisah ur kak sepupu, harap dia dlm keadaan yg baik...oh, ada baby...kalo u mampu jaga, why not, tapi jgn belakangkan cikmat, kalo dia kata okey..i doakan u, after this can get ur own baby, rezeki dtg pelbagai cara kan...InsyaAllah...take care dear!

    ReplyDelete
  2. klu sepupu tu nak bagi, bela jer laa..mane tau rezeki baby baru tu..

    wife sepupu saya ambik anak angkat jugak, anak orang susah..dah setahun++ kawin x dpt anak, penah gugur sekali..pastu tak lekat2.

    rupa2nya dlm dia decide nak ambik baby tu, wife dia pegnen..so srg dpt 2-2 boy..

    rezeki x kira dlm bentuk ape klu Allah nak bagi..

    x kira ape status anak tu, dia putih bersih..suci.. semoga dipermudahkan semua... ;)

    ReplyDelete
  3. Salam Dahlia.

    Kalau you tak kisah, I nak ambil baby tu if your cikmat tak setuju. Sorry kalau ayat tak kena, tak tau macam mana nak mengayat bagi centik. Email me.

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...