Wednesday, May 30, 2012

kaki bengkak

salam..


saya perasan sejak seminggu dua ni kaki saya cepat berisi. masa dia nak bengak tu tak kira masa, tapi selalunya waktu hujan.sebab masa tu lantai sejuk. kalau bangun pagi saya jalan terhenjut-henjut sebab tapak kaki sakit,pergelangan kaki pun macam ketat nak melangkah. lani betis pulak menarik-narik.


dulu masa zaman sekolah saya duduk asrama. bila waktu prep kaki saya selalu bengkak. mula-mula tak perasan,lama-lama saya rasa lain terutama kalau pakai selipar.selipar jadi tak muat.kakaka. oh,dari situ saya tahu kaki saya alah dengan lantai simen.hehe.sejak tu saya pakai selipar bulu-bulu dalam bilik prep.kadang-kadang sarung stokin.hehehe


semalam, lepas balik dari makan malam. kaki saya lenguh sangat. terus saya tadah air paip dalam besen lepas tu campur dengan air panas.saya letak pulak garam kasar.rendam kaki dalam tu. sambil tu urut-urut kaki.


perasaanya...
rileks dan syook ooo.lega lah sikit buah betis saya dari menarik-narik. bila air dalam besen dah sejuk.lap-lap kan dengan kain. pun masih terasa lenguh.haih!..saya ambil minyak panas urut-urut kaki pulak. okey lah sikit.


 panas oo..
perit kulit kaki. 

 ini dah okey sikit.panas lagi..
tapi redah je..

 berisi tak?
lepas puas rendam-rendam.
angkat kaki,lap-lap dengan kain..
sambil tu urut-urut dengan penuh kasih sayang.

lepas rendam.kasi kaki berlunjur rileks.
itu masih lenguh.ya allah lenguhnya..


dalam ahli keluarga saya. abang saya ada penyakit berkaitan buah pinggang ni. lama dah dia sakit ni sejak umur dia awal 20an lagi.masa tu dia kene tahan wad sebab kencing kotor .sekarang ni kaki dan muka dia selalu bengkak. tapi gaya macam orang tak ada penyakit. tiap-tiap minggu main motor scrambler panjat segala bukit kat negeri sembilan nun...

note : eh.eh..hari ni bangun pagi breast saya dah mula sakit.nak sensetif lah tu.tak lama lagi period lah kot..

Tuesday, May 29, 2012

makan je.tak payah pantang..

salam..


hehe.makan je tak payah pantang sangat. rasanya berbulan jugak saya pantang makan-makan ni. banyak saya jauhkan demi kesihatan yang baik. tapi tidak berjaya. bulan ni lepas ambik clomid terus selera makan naik membuak-buak. hasilnya saya naik 3kilo dari bulan lepas.sarapan pagi kadang-kadang makan nasi. tengahari nasi..malam wajib makan nasiiii. kalau tak makan..emosi.emosi sangat.heheheehehe..


 Buah tanjung.
ini manisan orang kelantan. kuih ni di perbuat daripada kuning telur itik,tepung,gula. rasa dia manis! tapi sedap gak.

 kesukaan saya dari zaman politeknik lagi.
mak sedara cikmat bagi

 ini saya suka

ini lagi suka!
[maaf ibu-ibu mengandung]


huh, kejap lagi ni saya nak ajak cikmat keluar makan malam lah. nak masak tak ade selera pulak.hehehe.besok nak puasa ganti. harap perut kempis..

cerita balik kelantan..

entry semalam, hari ni baru post=)


salam ..


isnin dah ye? ingat kan cikmat nak sambung cuti lagi sampai hari ni..tapi dia sangat menyayangi cuti ye kawan-kawan. jadi malam tadu pukul11.30 bertolak dari kelantan.saya pujuk balik pagi ni je,lepas subuh ke..sebab kiteorang penat. mengantok satu hal bila jalan jauh ni.umm,dah dia nak sangat balik kuantan malam tadi,saya sebagai isteri mengikut sajor la.sebenarnya saya tak puas lagi dok kampong.sebab rumah nenek cikmat sangat best. dalam kawasan zon bebas cukai,dikelilingi kedai makan yang best-best, tempat shooping yang murah, bersebelahan dengan thailand..maunya saya tak nak balik.


malas nak cerita panjang-panjang..saya buat point je eh!



  • seawal subuh pekan rantau panjang dah busy yer.bunyi motor dah berdesup-desup depan rumah.

  • rumah nenek cikmat dalam kawasan zon bebas cukai. dulunya bahagian depan kedai runcit,sekarang ni sedara cikmat buat butik beg dan baju-baju.murah tau!datang yee..

  • sebelah rumah ada makcik jual nasi air@bubur ayam sedap! saya suka kerabu meginya.makcik tu kata tak pedas, tapi bila saya makan ya allah, berdesing telinga.

  • tak payah serabut kepala nak buat sarapan pagi. sebab kat sini ada banyak kedai makan. makcik2 dan kakak2 awal pagi lagi dah berniaga jual sarapan pagi. nak keluar pakai baju kelawar pun tak ade sapa kesah...depan rumah je!

  • eh..bukan sarapan pagi je!ada gerai thailand yang beroperasi 24jam kat pekan rantau panjang.kalau lapar pukul4-5pagi tu boleh je order tom yam dari tingkap rumah.hihihi..

  • selera makan saya naik membuak-buak! sehari adalah 5-6kali round pekan tu cari makan-makan.ada je yang saya nak makan. gerai nasi air makcik sebelah pun saya ulang banyak kali.hehehe...tak payah pakai selipar pun boleh, order kat tingkap je...

  • balik kali ni kiteorang tak shooping apa-apa. tapi banyak habiskan masa dengan makan..makan..makan je!sebenarnya saya lah kuat makan tu..

  • anak-anak sedara cikmat semua comel gebu tembam. sampai rasa tak nak balik kuantan.

  • dulu kiteorang masuk Golok naik bot kat belakang rumah nenek ni jer... tapi kali ni masuk ikut pintu depan.pakai border pas.

  • akhirnya saya dapat makan pulut mangga. tapi sayangnya kedai tu buat tak sedap. kuah nya cair. tak ape lepas ni saya cari lagi kat sana.mesti ada yang buat sedap!

  • dulu dapat makan pulut ayam. tapi kali ni cari tak jumpa. eh, bukan tak jumpa.jumpa! tapi masa jumpa tu perut memasing dah penuh. tak boleh sumbat lagi dah.lain kali lah. walau saya kecewa...

  • kelantan dah rasa bahang pilihanraya. kat mana-mana je ada bendera. sampai ada yang besar bumbung rumah.besar tuuuu.......

  • kat sana ada banyak gerai kecik-kecik tepi jalan yang jual air tuak@nira kelapa. balik dari kenduri rumah kawan cikmat di kota Bharu saya minta cikmat beli segelas. saya nak rasa seteguk saja.erm...rasanya masam+manis. tapi saya tak leh telan. bau dia pun saya tak boleh. mungkin sebab tak biasa minum kot. tapi tengok cikmat minum tak cukup-cukup. o.O

  • kat pekan rantau panjang ni ada banyak surau. selang 500meter ada lah surau. so tak ada alasan terlupa nak solat.manalah tau syok bershooping sampai terlupa solat lak ke..

  • duduk 2hari saya dah pandai kecek klate.walau tak bagus mana. tapi boleh laaaa...

  • golok sangat panas okey. tetiba tekak jadi haus semacam masa round bandar dia. berenti minum kat stesen keretapi..order teh O ais.peh,,pekat dan manis. terus saya rasa nak membuang.emm, bagus lah tu. xpayah makan ubat sembelit lagi.hehe. terus keluar Golok, membuang kat rumah je.dekat kan...?hehahhaa

  • saya terliur tengok buah laici.besar-besar dan murah. tapi tak sempat nak beli sebab dah nak balik sangat.

  • baru ku tahu..masa menghadiri kenduri kawin kawan cikmat.saya tengok pengantin datang terus masuk rumah. saya ingat ada pelamin kat dalam..rupanya diorang bergambar dalam bilik tidur dengan tetamu dulu. kawan saya kata (aina)..kat sini memang macam ni.oooo..

  • lepas balik kenduri, saya ajak cikmat jalan-jalan kampong dia naik motor. kat sana perempuan yang berkain tak boleh bonceng motor kangkang yer.hehehe.kene duduk sebelah.sopan gitu..saya takut.kot-kot terbalik sebelah ke.nasib cikmat kuat.ye ar..saya kan berat.hehehe

  • jalan-jalan diGolok. singgah banyak kedai. cikmat nak tengok barang.selamba je cikmat tinggalkan helmet kat motor pastu lesap dalam kedai. saya risau kalau hilang.cikmat pulak kata 'alah,orang sini mana pakai helmet'..haah ek! kat malaysia jangan dibiar helmet sesuka hati,kejap je lesap!

  • kita tak pernah nampak askar malaysia operasi sambil pegang senapang [kalau ada pun waktu sambutan hari kebangsaan dengan senapang tak ada peluru] terutama sekali dicelah-celah bandar macam kat Golok ni. tapi kat Golok ni kita akan nampak merata-rata askar thailand yang besar dan tinggi bersama senapang.macam tu jugak polis thailand. sungguh menakutkan. mak sedara cikmat kata,Thailand selalu berlaku kejadian luar dugaan. kadang-kadang bom meletup..kadang-kadang tembak menempak..paling tidak peluru sesat. tu sebab lah..insyaallah.selamat lagi ahli keluarga kami.

  • masa balik kelantan-kuantan.sekitar pukul 3pagi-4.30pagi.cikmat dah tak larat nak drive. mata dia mengantuk sangat. so saya dengan mood nak tak nak terpaksa drive jugak. dari Jalan Jabor-kuantan [rumah]. sangat menakutkan. sebab jalan Jabor tu sangat gelap. lepas tu kabus pun tebal.memutih tak nampak jalan. saya terus teringat kisah kawan cikmat yang tanggalkan cermin tengah sebab takut ternampak apa-apa.hehe.saya tak tanggal tapi tolak naik atas. jadi saya tak nampak la cermin belakang.cermin sisi pun saya tak sampai hati nak pandang.erghh...
  • apa pun semuanya selamat sampai.alhamdulillah.syukur. walau pun masa nak balik tu hati tak sedap. badan tak selesa je......











thailand
>
malaysia

 kompleks Imigresen Rantau Panjang


 cikmat love Rantau Panjang



 kastam Rantau Panjang
nak pi rumah nenek cikmat kene lalu kat sini dulu

 pekan rantau Panjang






ok. itu je lah nak cerita. kalau ada salah silap minta maaf ye. kot-kot tersalah info ke.


note : seminggu dua ni kaki saya kerap sangat membengkak.risau. nanti saya cerita key.


ok.tata..












Friday, May 25, 2012

Balik Rantau Panjang..

salam semua..


hari best,sebab masak sedap!hehehe..tidak lah, hari ni seronok sebab balik Rantau panjang,Kelantan. kampong suami ku omel la. dah setahun 7bulan kawen ni baru sekali je saya balik kampong suami.sebab?


bukan sebab mertua tak sayang ye.heee.keluarga mertua semua dah duduk kuantan. kat kelantan tu ada nenek suami dengan sedara-mara yang lain je. pulak tu dulu saya duduk JB jarang sangat dapat kesempatan balik kelantan.sekarang ni dah duduk sekali jadi cikmat omel tak boleh tinggalkan saya lagi. yahuu,bestnya dapat pi jalan-jalan.


kali ni suami nak balik sebab ada kenduri kawen kawan dia.lepas tu balik tu nanti cadangnya nak melencong ke Raub..tengok rumah.gagaga!! kat kampong saya pun ada wedding kawan tapi maaf banyak-banyak sebab tak dapat hadir.sedihnyaa..[nanti nk buat entri pasal kawen diorang]


ape pun kita layan gambar dulu key. rasa cam loya tekak pulak pandang baju banyak-banyak ni. nak perginya 2-3 hari je tapi mengemas bagai nak rak.emm,time tu jugak la nak jahit seluar koyak la, manik jubah tertanggal la.itu lah,ini lah.baju kurung tak muat la,tudung tak ada la. rasa time tu jugak nak pi shooping baju kurung baru n tudung.hahaha.


dulu kemas baju sendiri je.
lani kene pikir baju cikmat sekali.
sepetot-baju kecik semua nak pikir..
o.O


baby bendi omel dah berbuah.
2minggu lepas mereka berbunga..
lani dah berbuah.
semoga gemuk-gemuk macam saya.

okey.
tata

Thursday, May 24, 2012

perut buncit

salam..


hari ni dah cd berapa ntah. malas dah nak kira. period masih tak kunjung tiba.ermmm....sedih betul la bila kita ada masalah dengan period ni kan? macam-macam hal tertangguh. perut pun jadi buncit tak agak-agak! sekali pandang macam 4-5bulan mengandung dah. betul..tak tipu! saya nak keluar rumah pun segan. cikmat pun mengeleng kepala. apa nak buat, bukan saya minta....

3bulan lepas kawen.
perut dah mula memuncit.
agak-agak ni dah berapa bulan?
hehehe..

kalau period saya lewat, memang perut saya akan kembung. kadang-kadang jadi tegang tak tentu arah. terutama waktu petang bawak ke malam. banyak sangat angin dalam badan kot. kalau nak keluar rumah tu lah paling malas,sebab baju semua nampak perut bulat. segan sangat! nak berjubah sentiasa macam tak kena gaya pulak. jadi saya buat tak tahu je lah.


semalam dengan hari ni perut saya tegang sangat! terik! 2hari saya pakai skirt dengan blaus.itu pun tetap nampak perut buncit dan bulat. segan sangat! badan okey je, dari belakang nampak kurus tapi bila tang tepi!!..menonong ke depan.bukan saya tak perasan orang pandang perut saya. tapi nak buat macamana. nasib la tak ada yang tanya dah berapa bulan. kalau tak, malu saya nak jawab.kan?..


teringin nak joging tapi masih nak jaga perut, kot la ada budak dalam perut ni tak kan nak pi joging jugak.betui dak? [perasaan je tu] padahal tak ada pun.hehehe. itu belum lagi perasaan nak melompat tali skipping, lumur krim mustajab lah,minuman diet lah. sit up lah, nak pi gym lah..itu lah,ini lah.huhuhu.sedihnya!


walau pun perut saya buncit. tapi tadi cikmat kata "ayang nampak comel lah bila gemuk"...SUKA!! kakakaka


omel tak?
[gambar ulang tayang]


tapi...rindunya masa dulu =(




Tuesday, May 22, 2012

kerabu epal

salam..

semalam saya jalan-jalan kat blog akak ni . saya terliur tengok kerabu mangga dia.nampak sangat sedap! jadi hari ni saya buat kerabu epal.kebetulan jugak,saya ni hantu kerabu.lagi berkobar-kobar nak buat.


kerabu yang saya buat ni banyak bahan.saya suka kalau lauk nampak meriah.selera sikit nak jamah. kuah dia saya letak gula+cuka sikit. nak pedas letak cili potong.nyummy...kalau nak sedap lagi. letak la udang celur atau pun sotong celur ke.lagi sedap! pastu tabur kacang tumbuk.[resepi: copy kat google je]


...
semalam balik dari kampong,emak saya bekalkan seekor ayam kampong dah siap salai. jadi hari ni saya masak lagi  masak lemak cili padi.[itu je saya pandai hehehe]. bukak peti sejuk nampak ada pegaga masa saya shooping barang dapur dengan MIL minggu lepas.nampak cantik lagi tak rosak pon.so saya campur la gulai ayam tu dengan pegaga.sedapnyaaa..kalau ada kerisik,terus saya buat rendang ayam.lagi sedap!


gambar nampak tak mengiurkan sebab malas nak edit bagai. tapi sedap! okey lah.selamat menjamu mata o.O hehehehe..

 kerabu epal

epal hijau+tomato+bunga kantan+daun ketumbar
cili padi merah/hijau.
perah limau nipis
taburkan kacang tanah tumbuk kasar
cuka sikit+gula
gaul sebati
lepas tu mamam laaa...  =)

gulai ayam kampong campur pegaga





72kg

salam..


bagaikan mimpi. saya harap semua ni mimpi buruk.tolong lah! saya mimpi badan saya naik 12kg dalam masa 1tahun 7bulan perkahwinan.ergh..ingatkan mimpi tapi betul-betul.mencikk!!


masa saya kawen dulu berat badan saya 61-61kg je. dalam tempoh perkahwinan ni berat badan naik sampai jadi 72kg. risaunya..


hari ni saya cadang nak joging. sebab lama dah badan saya tak berpeluh. sebelum ni [sebelum kawen] saya pernah jadi montel. berat badan naik jadi 67kg. tapi sebulan sebelum wedding tu bulan puasa. saya puasa sungguh-sungguh. masa berbuka pun saya tak makan mana. nasi goreng sepinggan cukup la.kadang-kadang buka dengan burger je. air sejuk saya tak minum langsung.


sekarang ni dah montel sikit. cikmat pun selalu kata 'comelnye demok saya ni'..saya pun dah tak kecik hati,sebab memang saya demok pun.comel ape??


sembelit!
lagi satu masalah saya,saya dah ada sembelit pulak sekarang ni.susah betol nak membuang. semalam mak saya kirimkan saya ubat sembelit yang beli kat farmasi. rasanya kurang jalan lah.tak tau nak buat camnaaa..!!


cd49.
saya tak period lagi. dah cd 49 hari ni. upt pun tak tau dah berapa batang saya cuba.semua negetif. tanda nak turun period langsung tak ada. saya pun malas nak fikir apa-apa. saya buat tak tahu je. makan je apa depan mata.hehehe..tu sebab badan naik.


malas jaga makan.
saya dah minum milo ais. jeruk dah telan sebiji dua, meggi pun dah jadi sedap sekarang ni, burger, acar nenas,icecream..uhhh,sedapnya!semua sedap! lama tak lama jugak saya mengelak makan benda macam ni.sekali dapat makan tu, tuhan je tahu!


suka tengok the biggest loser.
rasa bersemangat sangat!

zaman poli/2008

masa jadi makcik goment.
omel tak? kurus kan..
2009

dating dengan cikmat.
masa ni berat badan 59kg rasanya..
2010

2012

minggu lepas!

ummm..dah lah! geram pulak tengok gambar masa kurus dulu!gagagagaga....

Sunday, May 20, 2012

sebab mertua tak suka katanya...

salam ahad. 


hari ni ada cerita kelakar.kelakar tak hingat...lucu sangat!
macam ni ceritanya..


dulu saya dan cikmat PJJ (perkahwinan jarak jauh) 1tahun 2bulan.cikmat di kuantan saya pulak kat johor bahru.lepas tu ada lah sorang budak ni,ala budak-budak sangat lagi. budak baru lepas berenti kerja mcd.kata saya PJJ dengan suami ni sebab....mak mertua tak suka saya!tak suka sebab saya tak boleh mengandung o.O


okey.itu satu hal lah kan.lagi satu saya tak kenal budak ni!! sape kau?yang saya tahu, saya berkawan dengan mak sedara dia je.pastu 3minggu lepas saya gaduh lah sikit dengan maksedara dia tu.maksedara dia tu kawan saya masa sekolah dulu.lor..


mak sedara dia lah kata kat saya 'belajar tinggi-tinggi tapi duduk rumah, baik tak payah belajar kan?' hehehe.


pastu pasal budak tu yang menfitnah saya tu.saya pun pelik. apa ke bodoh sangat kata saya PJJ dengan suami sebab mak mertua tak suka saya.


u all.kalau u all ditempat saya apa yang u all buat?? buat masa ni saya gelak-gelak je.malas nak layan. tapi jenis budak ni suka menyebarkan fitnah. saya memang malas nak layan tapi tu laa.merenyam-renyam je rasa nak bagi setepek kat muka dia.


walau apa pun,mak mertua saya sayang semua menantu-menanti dia. love-love.peluk-peluk lagi tau.sampai hati dia kata saya duduk asing dengan suami sebab mertua tak suka saya.pastu tak suka sebab saya belum mengandung.lagi lah lawak wei..mertua ku rileks je,tak pernah bukak cerita pasal mengandung pun....ko pulak over!


sebenarnya bukan duduk asing. tapi duduk jauh.sorang kat kuantan-sorang kat JB.tak kan nak duduk serumah pulak.jauh tuuuu.ngok-ngek betol lah budak ni.


lagi satu,saya tak duduk dengan mertua okey..!kiteorang menyewa rumah sendiri. baru ada privacy.sesuka je kata saya duduk kuantan,serumah dengan mertua..pastu mertua tak suka.dia kenal pun tidak mertua saya.macam..macam..


dah lepas kat blog pun okey dah.biasa lah mulut budak baru habis sekolah.macam pah bedah sikit..kekeke..





Thursday, May 17, 2012

anak tu tak salah kan..

petang tadi mak cakap..
sepupu jauh saya baru bersalin. tapi saya terkejut lah sebab dia dah hampir 1tahun++ menghilangkan diri. suami dalam penjara pun belum keluar lagi. 2 orang anak dia tu, abang long dia ambil dan jaga.ermmm...saya tak nak fikir yang bukan-bukan tapi dah lama dengarnya keluarga sepupu saya tu cari kat KL. tapi tak pernah jumpa. sejak suami dia masuk penjara dia hilang dari rumah. tup-tup muncul semula dengan perut besar.tengah tunggu hari nak bersalin......o.O


saya faham,
masalah rumahtangga akak sepupu jauh saya tu memang teruk.kesian dia. dalam keadaan dia yang macam..suami pulak dalam penjara. anak tak ada orang jaga. itu lah,ini lah...kiteorang pun join kusut.


tadi saya cakap dengan mak saya..
'eh, nak bela lah budak tu.kesian. dia tak salah..'


baby gurl.
saya dah terbayang susahnya bila dia dah besar nanti. tapi saya semangat nak jumpa akak sepupu jauh saya tu. kalau dia tak nak anak dia tu, bagi lah kat saya. jangan bagi kat orang lain. meh saya jaga.tak ape...


Rezeki kita datang dalam banyak cara. andai kata ada rezeki saya bela anak angkat mungkin lepas tu ada pulak rezeki untuk saya. tapi saya pernah kata,saya belum terdesak lagi nak bela anak angkat.ada kan?..


dalam kes ni. saya rasa tak salah saya nak bela anak sepupu sendiri daripada dibela orang lain. yang tak ada pertalian darah langsung.bukan saya je kalau ada sepupu yang lain nak jaga..silakan lah..


akak sepupu saya ni tak cakap pun tak nak anak dia yang baru ni. tapi gaya ada.ada gaya anak tu nanti bagi kat orang.sebab?status anak tu dan keadaan diri akak sepupu saya tu.


emmmm..tak tahu lah nak cakap. kalau cikmat belum bersedia.apa aje lah yang saya dapat buat.belum rezeki kot...



Wednesday, May 16, 2012

rindu cikmat omel..

malam ni tidur dengan anak sedara. lasaknya dia tidur si anak dara ni. melintang-lintang atas tilam.saya tengok pun takot.huhuu.sabar je lah mak ngah kan?..

emm, malam ni rindu cikmat lah.rindu sangat!! sebab sekarang saya dah mengantuk. biasa lah kalau dah sampai waktu tidur tu mesti nak bau ketiak suami ku dulu baru sedap nak tidur.lena sepanjang malam....tak ade mengigau bagai.best...wangi.. o.O

ala macam budak kecik tu... sebelum tidur mesti nak pekena nenen cap tangtung dulu. nak bau ketiak mak dia dulu, baru rasa selamat nak lelap mata.saye camtu laaaa..wahhhhhhhhhhhhh.hahaha.

rindu lah.
dulu masa duduk Jb okey je pulak. em, mungkin sebab penat bekerja di siang hari sampai malas nak fikir pasal rindu.sekarang dah duduk sebumbung, rasa tak lengkap kalau dia tak ada.uwaaaa, rindunyaa.

semoga cikmat dan kawan-kawan dia selamat pergi dan selamat pulang semula ke Kuantan. jauhnya dia operasi kali ni.jenuh acik kene tinggal lama-lama.

kami nak pindah...

salam..


hari ni cadang nak balik kampong.kampong lagi.sebab suami ku comel outstation 5-6 hari di Merapuh. jauh tu dari Kuantan. so tak nak duduk rumah sensorang saya cadang nak balik negeri sembilan hari ni.


cikmat suruh balik kampong,sebab lepas ni susah dah nak balik kampong. sebab lepas ni kiteorang akan berpindah ke..............


















































JB! o.O

dok..salah..salah...


















kuala Pilah ea..dekat dengan mak!...

eh,makin jauh dengan mak tau..salah!



















Temerloh kan..
dapat makan ikan patin segar..


dok..dok..dok...
tak nok,tak nok..


















Kuala Lumpur kan..iyer.betoooool..
tau dah.

iyer ke? nak duduk KL ke?..













abis tu kat mana?????????















>.<





































































































































































>>>> Raub Pahang lah..
ngehngehngeh!!!..



wah!dapat acik g Genting Highland tiap minggu...


terima segalanya sebab saya tak kerja. campak mana-mana pun boleh hidup asalkan cikmat bawa saya sekali.semua tanggung beres..


cikmat belum dapat surat rasmi lagi dari HQ tapi dah dapat email dari pengarah sumber manusia HQ. semalam cikmat bagitahu, terus saya mula verangan nak ke Genting Highland tiap  minggu.gamoknyaa...banyak duit teman nih yer??...


lepas ni tak nampak laut dah teman. kita layan hutan-hutan sikit la. dekat dengan KL boleh pi jenjalan sana.ecehhh..positif darling.


tak kisah lah kene pi Raub ka..Jitra ka..kuala terengganu kaa...tak apa. asalkan ada cikmat dan line P14G..ken..boleh saya buat entri selalu.





ok.tata..

Monday, May 14, 2012

gulai itik salai

salam.


2 hari lepas,emak saya datang dari kampong. emak saya ni kalau datang jenguk saya mesti bawak macam-macam. dulu masa duduk JB emak saya selalu bawak rendang ayam kampong.kali kali ni mak datang bawak benda lain pulak. ari tu mak bawak itik salai setengah ekor.waaaaa...


terkejut beruk saya bila mak hulur setengah ekor itik nila yang dah siap disalai. besarnyee. saya tak pernah makan itik. masak apatah lagi! mak saya kata, adik-adik kau semua tak nak makan. pelik diorang cakap.lorghh, jadi cikmat pun terliur nak makan masak lemak cili padi itik salai.wahh...


jadi tadi saya pun projek lah. buat je macam gulai ayam. cuma itik ni hanyir dia lain macam sikit.hurm, saya pun banjirkan gulai dengan serai dan buat pedas-pedas.pedas sampai saya sendiri berasap telinga.hehehe..


masukkan itik +lada+serai+kunyit
bukak api.pastu keringkan air dia.

 bila air itik dah kering.
masukan santan + garam secukup rasa + asam keping
saya guna santan kotak [kara]. nak pekat,saya masukkan 2kotak santan.
pastu air untuk cairkan santan..

kacau jangan sampai jadi berketul-ketul..

 see,itik ku sudah hampir masak.

siap!
boleh makan..

saya tak ada pengalaman makan itik. cikmat selalu makan itik. liat jugak daging dia. cikmat kata daging itik ni ala-ala ayam kampong sikit.oooo...cikmat kata sedap.aroma daging salai tu terasa. lain kali kalau balik kampong n9 nak cari ayam salai,itik salai,daging salai,ikan sembilang salai jugak.!

bila saya makan, haah lah.liat sikit daging dia. kulit dia saya dah buang siap-siap.sebab tebal ya rabbi. tak sanggup saya nak makan.heeeee...

orang negeri memang suka makan makanan bersalai. dapat pulak ayam salai dan daging salai. pergh...berpeluh-peluh acik tau!hehehehe..

aida :: tetiba saya teringat jiran saya masa kerja diJB dulu. jiran merangkap officemate saya. dia suka sangat masak lemak cili padi. dulu masa jadi jiran, saya sempat buatkan dia gulai ayam.ummm..rindu dia.


Sunday, May 13, 2012

Bukit Gambang Water Park II

salam..


mood nak buat entri tengah naik ni. walau dah mula sakit kepala. maklum laa,orang rabun ayam.memang cam gini uall.


semalam kiteorang ke Bukit Gambang Water park [BGWP]lagi. 2 bulan sudah dah pergi dah dengan family abang saya,mak dan adik-adik. meriah tak hingat. cuma hari tu pi masa musim hujan. dapat pulak bawak budak-budak. tapi anak-anak sedara saya ni semangat mengalah orang besar. tengah hujan pun layan....asal dapat berendam dalam air.lepas tu mula la demam memasing.makngah pun tumpang sekaki.


semalam pergi lagi. adik saya yang lelaki tu tak pernah jejak kaki lagi kat sana. kesian pulak, kerja tak ada cuti. maklum laaa kerja dengan abah sendiri.hehehe..jadi hari tu abah saya bagi dia cuti 2hari. 2hari jer...jadi dia nak manfaatkan masa hujung minggu ni melepak dan berambu ramba kat kuantan.


malam sabtu hari tu pi makan kat Sara Thai. nasib sedap dan mak saya suka. mak saya ni cerewet sikit bab makan. lega hati kami..hehehe..lepas kenyang makan, kiteornag pi jalan-jalan kat Teluk Chempedak. tapi sayang, malam tu hujan. kiteorang balik je lah. badan pun dah penat. besok nak pi BGWP pulak.


...


bangun pagi tu,sesudah sarapan. adik-adik dah excited. saya lagii lah! adik saya pakat tak nak mandi pagi. sebab nak rasmikan air kat BGWP jer. lagi pun gambang dengan Bandar Kuantan tak lah jauh mana. dekat jee..


sampai sana tu cikmat jadi kepala. uruskan tiket. tempah pelampung,mak saya kata sewa dua pelampung lah.kang kalo satu korang bergaduh.hehehe....best-best. sewa cabana. sampai sana saya terus lucut kain seluar jeans. sebab dalam tu dah ready seluar mandi.cikmat pun sama.senang.


dalam masa 15minit,kiteorang hilang kat dalam coco beach dia. mak saya rileks-rileks kat cabana sambil baca surat kabor.ngehngehngeh!.sungguh saya happy. malas nak pikir masalah. habis semua game saya try. cuma kat area kanak-kanak tu tidak lah cikjah.!dan ada satu game tu saya kecut tali perut nak pi cuba.


ehsan : google

game ni saya tak berani. ajak lah macamana pun, saya rela duduk bawah jaga pelampung je. cikmat dan dua orang adik saya pi try game ni. cikmat kata nak terkeluar jantung dia.huhu.adik saya yang lelaki tu saya nampak terbang.punya lah laju dia.adik yang perempuan tu dari jauh saya dah dengar dia menjerit.arghhhh!!saya jugak maintain cun melecun kat bawah tu..kekekeke..



ehsan :google jugak
coco beach

ini lah coco beach. tempat ni best.paling dalam seingat saya 1.8m. saya kat 1.5 tu pun dah paras-paras leher jer. tapi cikmat bawak pi jauh.kalau time ombak dia datang.ya allah, bergelora jantung saya.takut sangat kalau pelampung terbalik. tapi jangan risau sebab kat BGWP ni penuh dengan live guard. live guard kat coco beach ni garang tau.senyum pun tidak. kalau ada yang main buas sangat tu memang kene visel la dari tebing tu.hehe..dalam ni lah,cikmat ajar saya berenang.pastu tolak pelampung saya sampai terbalik pastu kepala terhantuk kat lantai kolam. rupanya air paras pinggang saya je. i cikmat malu sampai rasa nak nangis. tapi saya sempat bagi cikmat semut api.hehehe..


 tengah tunggu cikmat uruskan tiket.

 melenggang kangkong

 seronottt sangat dapat pelampung ..



cikmat jalan dengan mertuanya

dua orang budak tak mandi pagi.eee




okey lah.itu je nak cerita. 
tata...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...