Saturday, April 28, 2012

transfer..

salam.


semalam cikmat balik dari kerja bawak sehelai surat. saya memang sensetif sikit bab surat-surat ni. tapi dalam hati tau dah...PERMOHONAN PEMBATALAN PERPINDAHAN KE P_S_E_N KT TIDAK DILULUSKAN dari makcik pengarah ternama negara.gagaga.


tak apa lah darling. kita duduk je kat situ. orang lain pun lebih jauh kene pi. kita ni dekat je. bersyukur lah u tak kene transfer ke sabah serawak.ha..kalau u kene transfer sana memang i buat ulat sagu tu ulam.makan lah kita hari-hari o.O


nampaknya lepas ni susah lah cikjah nak on9 macam sekarang ni. sebab semalam kiteorang google map tempat tu. mak aiih, penuh kehijauan.dok dalam ladang kelapa sakit kita nanti yer cikmat =) .kalau saya jarang on9 tu maknanya tempat tu tak ada line P1 lah tu..


sekarang ni saya dah terbayang rumah kampong yang berlaman luas. ada kebun yang luas. ada pokok rambutan, durian,pisang. sebab cikmat dah patah hati dan beli rumah kat sana pulak. maklum laa murah kot. boleh saya continue bercucuk tanam.haih,sedihnya nak tinggal tanaman kat laman rumah ni. tak sempat kami nak rasa hasil, tuan dia pulak kene pindah....


saya tak risau pasal kene duduk dalam hutan ke hapa. sebab kampong mak saya pon dalam hutan [ehh,yeke?betui laaa..] dah biasa dah ambil air dari sungai. timba perigi bagai. petik pucuk paku, makan pucuk ubi semua lah!biasa dah..cuma kesian kat cikmat sebab jauh dari best friend for ever dia lah. paling cikmat risau sangat kalau tempat tu tak dapat astro. memang nangis lah dia tak dapat tengok sport.


hehehe..sebenarnya tempat tu tidak lah seperti yang saya katakan. malaysia dah maju. setiap rumah dah ada bekalan air,api. cuma tempat yang cikmat kene pi tu sedikit pedalaman.20kilometer dari pekan. tempat kerjanya 10km ke jalan besar.nak ke tempat kerjanya tu kene melalui kebun kelapa sawit [eh, macam keje ladang je suami ku]. memang pusat serenti ni kene duduk dalam hutan. bagus untuk orang yang kene tahan. buat jahat,dok dalam hutan.kan...


sekarang ni kiteorang bluur lagi. sebab pusat tahanan tu tak ada elektrik pun lagi [dengarnya lah]. belum beroperasi lagi. kuaters ada, tapi belum siap. maklum la tempat baru. jadi kami kene pi sana seawal boleh sebab nak cari rumah sewa untuk princess nama cikjah o.O .


princess cikjah gorjes









1 comment:

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...