Sunday, April 1, 2012

cik mat..cik mat...

salam selasa..


sebenarnya hari ahad hari tu beg duit dan telefon saya hilang.diatas kecuaian cikmat kesayangan.geram sangat!


camni ceritanya,
ahad hari tu abah,mak dan adik saya yg bongsu datang rumah. saja buat lawatan mengejut dan kerinduan yang teramat kat saya dan cikmat katanya.kami ni pun kelam-kabut lah memasak makan tengahari. bila dah makan dan rehat 3-4jam tu abah pun kata dah boleh balik ni. sebab besok adik saya tu nak sekolah. lagi sekali saya dan cikmat kelam kabut bersiap nak hantar mereka sampai ke jalan utama.


dalam kelam kabut tu,saya yang tengah pegang beg duit dan telepon ni pun bagi lah barang tu kat cikmat dan tutup pintu gril. cikmat pun ambil dan letak atas enjin kereta myvi. kat tepi wiper tu. lepas tu terus pi salam-salam dengan mertuanya...


10minit. myfamily pun dah selamat ke jalan utama.kami pun dah planning nak ke bandar.jalan-jalan ambil angin petang. tetiba baru saya teringat kat beg duit dan telefon. cikmat pun kelam kabut kata beg duit letak kat celah wiper.huh! masa tu cool lagi. sebab dalam beg duit tak da singgit pon! tapi dokumen penting macam kad bank..ic..kad kawen.mula lah saya cuak.


kami pun pusing kat sepanjang perjalanan kami keluar tadi. dah lah kat kawasan rumah saya ni ada 3 roundabout.jenuh nak pusing 3 roundabout ni cari telepon n beg duit. paling merisaukan saya masa tu sepanjang perjalanan ada ramai geng Nepal dari kawasan kilang berdekatan ni keluar ke kedai. bila call telefon dah tak dapat. masa tu dah syak ada manusia ambil dan senyapppp je!


setengah jam berlalu. cikmat pun keluar sensorang naik motor. pi carik dengan muka serba salah. cikjah kat rumah dah macam singa lapooor.hari pun makin gelap dan hujan lebat. cikmat pun pulang. cikjah tak nak cakap apa dah, terbayang balai polis je!


tetiba telepon cikmat berbunyi. tetiba jugak muka cikmat berubah.saya ingat balai polis call, mana tahu peronda polis tu jumpa barang saya ke? ataupun abg nepal yang reramai tadi call ke..


cikmat terus ajak keluar. saya pun dah mula pening kepala sebab kene hujan. marah pun iya jugak. cikmat kat sebelah dah mula gedik. happy lah konon tu sebab beg duit n telefon saya dah dijumpai.


rupanya beg duit dan telefon ada sorang abg ni jumpa kat roundabout depan rumah  kami ni je. masa dia jumpa tu, anak dia yang nampak ada benda pink bersepai n beg duit seketui atas jalan. dia pun tunggu kat tepi roundabout tu dalam 5minit gitu kot-kot ada orang cari, tapi tak boleh lama sebab hari dah nak hujan.jadi abg tu pun bawak balik rumah dulu barang saya. nak hantar kat rumah saya pun jauh, sebab ic saya masih beralamat nun kat negeri sembilan. jauh jugak lah, 5-6km gitu jarak rumah dia dari lokasi.


bila dah jumpa abang tu.ambil barang dan pergi.ajak belanja minum tak nak pulak. dalam perjalanan pulang, terfikir apa lah saya nak bagi kat abang tu dan keluarga ek? atas kejujuran dan prihatinnya beliau. saya pun terbayang kfc.ya kfc untuk anak-anaknya.......


cikmat suka sangat sebab barang saya dah jumpa. cikjah pun mula bukak buku leter sampai ke bandar. tapi hati sejuk bila cikmat kata mengidam kfc.erm...dia memang suka makan kfc. jenuh saya nasihat dia jangan makan kfc. tapi nak jugak! saya nak makan chicken rice shop,lagi lama saya mengidam nak makan tau. tapi dia nak jugak kfc kesayangan dia tu.emm,layan kan je lah.


malamnya tu saya panas badan sebab kene hujan. cik mat betul lah sayang ni =)


sekian terima kasih













4 comments:

  1. kenapa lelaki susah sangat nak pantang makan fast food? my hubby pun sama..gila mcd..kita blh je tahan tapi kalau dia...menggelupur kalau tak dapat makan...hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmm..
      tak tahu lah. suami saya ni suka kfc.hari-hari pun tak apa.lagi dia suka. itu belum kira minum yg manis-manis lagi tu.bangun pagi kalau ada pepsi dalam peti sejuk dia minum yg itu dulu.air masak jarang nak minum..entah lah, tegur kang marah cikmat saya tu..heeee

      Delete
  2. nasib baik jumpa...jarang orang dah jumpa brg cam tu nak bg balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.
      memang lucky betul nasib saya. cuma telefon lah bersepai.
      beg duit cantik lagi. kalau dia tak pulangkan, entah macamana lah nak buat.kan....

      Delete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...