Tuesday, April 17, 2012

Nilai 3 + pakwe ensem..

cikjah pandangan sisi.
kahkahkah..

dah bertahun cikmat berhajat nak ke Nilai 3. sebelum kiteorang kawen lagi dia dah berhajat.  sebabnya kalau kiteorang balik kampong pon tak berjalan mana, banyak habiskan masa kat rumah je.tengok TV. paling tidak pon pergi pekan bahau,jalan-jalan pi jumpa abang ipar saya yang ada berniaga kat sana.

jadi, hari tu saya cakap dengan mak. menantunya nak pergi Nilai3. okey,mak kata cun. kami  pun berangkat lepas zuhur. mula-mula ingat nak ikut highway PLUS. tapi mak kata mesti serabut dan banyak kenderaan. mahu nanti ada yang sakit hati, jadi kiteorang meraba je ikut highway baru [LEKAS].yes!..alhamdulillah, bahagia hati kami sepanjang perjalanan. jalanya lapang, tak lobang-lobang, tenang, tak banyak kereta dan tak ada rushing2. cuma jalan exit tu jauh sikit la dari lokasi Nilai 3 berbanding kalau ikut highway PLUs yang lebih dekat sekitar 4km.

pergi sana pun tak shopping besar-besaran pon. tapi lebih pada ronda-ronda. cuma saya beli tirai jurai-jurai untuk penghadang ruang tamu-dapur. emak pulak beli set cadar katil bujang untuk adik saya yang lelaki. kotak tisu. lepas tu kiteorang beli pisang goreng rm3,cempedak dan keledek goreng.itu jer...hehehe..

apa yang saya perhatikan. Nilai 3 ni macam bukan kat Malaysia je. kebanyakan yang menjual tu semua orang pakistan. naik pening kepala bila diasak  suruh masuk kedai diorang. mana yang pandai cakap malayu tu memang berbuih mulut ajak kita singgah kedai diorang. kita pun buat-buat senyum je lah. cakap elok-elok kalau rasa rimas.heeee..

tapi diorang ni kalau ada yang hensem tu,hensem betol! tinggi, putih melepak. tak ada rupa pakistan langsung dah macam lelaki Lubanon pun iyer..ala-ala sedara mara Maher Zain..kahkahkah! saya pun cakap dengan mak " mak,cari la menantu sorang untuk dikno.kat sini ramai lelaki ensem"..toitoitoi..merasa mak ada menantu hidung pacak. menantu mak yang ini darah siam je.kemek sikit idungnya :)

saingan memang hebat! tapi sayangnya yang hebat bersaing tu bukan orang kita. kat sana banyak kedai karpet.gudang karpet yang baik punya besar pun ada. kedai jual barang kawen pun banyak! dulu masa saya nk bertunang n kawen, kiteorang memang borong barang hantaran kat NIlai3. murah tu tidak lah sangat, tapi banyak pilihan.pilih je nak yang macamana, semua ada. kedai kain ela pun jangan cakap lah.kain buat langsir pun bergelung-gelung menanti pelanggan datang.

habis pusing kiteorang dah nak balik. kaki saya pun dah lenguh. badan pun dah feeling nak demam. ohh, Nilai3 sangat panas okey. tak tahan badan ku. jadi cikmat continue bawak kereta. cikjah duduk sebelah buat cantik. emak n adik saya kat belakang dah ke laut.penat ooo...balik tu kiteorang singgah makan kat seremban.

dahlia : ahad pagi cikmat dah balik kuatan dulu. jadi saya tinggal sebab ada urusan dengan bank pada isnin pagi. isnin tengahari baru saya balik naik bas. dalam bas saya ditakdirkan duduk sebelah lelaki Lebanon yang ensem. mula-mula saya takut dan rasa nak turun bas je. berdoa banyak-banyak.alhamdulillah okey.pandai cakap melayu dan ramah. lupa nak mintak no.telifon nak bagi kat adik saya...hihihi.



6 comments:

  1. salam aida
    betul tu..majority peniaga orang pakistan.herah plak..mane poi nye org melayu..rambang mata lah lau shopping sana. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak..
      entah lah. orang melayu kita da yg berniaga tapi xramai....

      Delete
  2. syok kan gi nilai, syurgaaa utk yg kaki shoping...mcm2 ada..

    pst: Dahlia, dok Kuantan kan? bukan dok Bahau?Tampin?Gemas? coz, my family in Law dok Gemas, kot2 la terserempak, tak kenal kot kan...ehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.kalau nk shooping barang rumah tu boleh la sikit2.tak semua cun kan kak...hehehe

      saya duduk kuantan sekarang ni. family saya duduk batu kikir.

      eh,yeke?? dekat dah tu dengan bahau. nanti kalo terrrserempak, tegur saya kak.hehh

      Delete
  3. uuuiii..lama x g nilai..jeles2!!!..cpt la gaji..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..jom-jom pi shooping.

      make sure pandai tawar menawar.nanti diorang sembelih habis...

      Delete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...