Tuesday, April 10, 2012

nak kurus..

salam semua,
semalam saya ajak cikmat comel pi pasaraya. tujuan utama nak cari buah-buahan untuk stok makan malam. ye lah sekarang ni saya dah tak makan nasi waktu malam. lapar tu akan kurang bila saya makan roti kosong 2-3keping dengan buah-buahan. so malam tadi kami borong sebakul buah..


ini semua sebab cikmat dah ugut saya. kalau saya gemuk  dia nak kawen lain.hahaha, kawen lah cikmat kalau berani. dapat kawen dengan orang obesiti baru tahu. saya ni kira okey lagi lah ni, berat 70kg dengan ketinggian saya ni okey lah tu. tapi cikmat nak saya yang dulu. masa mula-mula dia kenal saya.


amboi cikmat! 
kalau sekeping macam tu tak dapat lah derrrr. dulu berat saya cuma 62kg.jawabnya saya memang tak tanak nasi lah. makan lah megi sehari sekali. roti sekeping sehari. hah, itu diet masa zaman study yer cikmat! zaman study dulu memang makan bercatu. pastu saya ni kerap berdancing tu pasal pinggang saya  ramping. kalau sekarang ni cikmat tak bagi dancing lagi dah.jadi cikjah akur.hehehe..


padahal cikmat tu tidak lah kurus mana. cuma saya boleh kata cikmat ni berisi orangnya. disebabkan badannya besar dan tinggi jadi cikmat kelihatan macam bodyguard cikjah yg gorjes ni je o.O


hari-hari cikmat kutuk saya. kata saya gemuk dan pinggang tak ada shape langsung! jadi saya berjanji akan menjadi kurus dan kembali gorjes macam dulu. nanti bila saya dah kurus dan cantik! saya tak nak dah jalan dengan cikmat.hahahaha..baru padan muka!


eh, berbalik pada cerita buah. masa tengah pilih buah tu..cikmat belikan saya sebiji buah delima (kulit merah). terkejut sangat bila tengok harganya.rm5.00 sebiji. ada lah besar penumbuk budak darjah enam. mahey nye! memula saya tak nak tapi cikmat kata, ambil lah..nanti tidur malam mengigau nak buah delima pulak.yeay!


saya ni tak pandai makan buah delima.  jadi cikmat kata, makan je biji-biji dia tu. memula rasa pelik . tapi bila dah 2-3 suap tu saya rasa biji delima ni ada rasa macam walnut lah!sedap sangat!!dulu masa balik kampong cikmat kat rantau panjang. kiteorang borong buah delima (kulit kuning) dengan banyaknya. sampai saya boleh sedekah kat kawan-kawan.harganya sangat murah. cuma rasanya ada masam-masam sikit la. tak sesedap delima kulit merah ni.


cikmat yang perasan dia sangat kurus.

hooneymoon

hehehe..
jangan tertipu!
ini gambor 1thn 6 bulan yang lepas

2 comments:

  1. ComeLnyer dier--
    Biasa laa tu dahlia--Sue nie bila kena ngan Mr Hubby-selalu dok Ukur Pinggang laa... apa laaa...GERAM rasa--dulu-berat bawah 60...skrang dah terover 60...maka-kena jugak beleter pasai saiz body----insyaallah Tiba masa nanti nak usaha jugak bagi bawah 60 balik...huhuhu

    ReplyDelete
  2. tak pe kak sue..
    aak dah pregnant sekarang ni. tak jaga badan pun tak pe.ada reason...

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...