Thursday, April 12, 2012

cd8 : Joging

salam semua..


saya sangat teruja menunggu hari-hari subur. sekarang saya banyak membaca entri dari blog kawan ttc kita yang dah berjaya tu untuk rujukan saya. perjalanan dari hari pertama ambil clomid sampai terjumpa ewcm dan opk positif.semalam saya beli opk. masih tak tahu lagi nak guna masa bila. 3hari lepas habis clomid atau 2hari sebelum ovulasi?...


semalam joging dengan cikmat. sebenarnya kawan cikmat yang ajak,..kawan dia ni pulak bawak wifenya,aina (pengantin baru) mula-mula malas nak pergi, banyak alasan saya bagi kat cikmat. sebab saya malu nanti saya mesti tinggal kat belakang. tapi isy..tak baik buat orang berharap dengan kita. tak apalah, semalam saya joging satu round dengan cikmat..lepas tu satu round dengan aina (kawan baru saya).


mula-mula tu jalan je sampai setengah dari tasik. tasiknya besar okey. dah puas berjalan cikmat suruh saya berlari pulak. erghh, penat gak lah! cikmat pun macam buat-buat steady je depan saya.kahkahkah!!..tapi risau jugak bila tengok dia berlari. sebab 2tahun lepas cikmat pernah tercabut kepala lutut masa tengah joging. takut saya kot-kot tengah lari tetiba cikmat tergolek. ya allah, jauhkan benda tak elok tu.


lepas tu dia lari sorang-sorang..tinggalkan saya dan saya lari dengan isteri kawan cikmat tu. biasalah kalau orang pempuan joging. dapat pulak kalau dua-dua malas.. memang jalan-jalan sambil bergooosip je lah.hehehe..


habis joging kiteorang minum-minum pulak. cikmat order roti kosong 2keping dengan teh tarik. saya tak makan cuma order milo panas lepas tu cuit-cuit sikit roti kosong cikmat tu. aina kawan saya tu order mee goreng, suaminya pulak roti canai kosong 2keping sama macam cikmat.


bulan ni, insyaallah saya akan berusaha jaga pola pemakanan saya. saya cuba jauhkan dari makan masakan berlemak dan berminyak. dan banyakkan makanan yang berebus. nak jaga badan..dan senang conceive jugak. cuba jugak lah keluarkan peluh sekurang-kurangnya dengan berkebun =)


sebenarnya saya masih bluuur dengan cairan kenyal yang turun masa cd7 hari tu. malas nak pikir panjang, saya tak cakap pun dengan cikmat. nasib malam tu cikmat kacau saya tidur.hehe,sekurangnya saya tak terkilan sangat.opsss..transparent sangat kah ;)









2 comments:

  1. hehehhe--sabo jer laa ngan dahlia nie...
    OPK tu bli byk ker?...nanti masa CD10 bleh dah nak Test---Time dier 12tghr-3pm pastu 1 time lagi kul 6pm(jika terlepas)........Check tiap2 ari sampai CD16---Jika tak dak jugak...Try pulak OPK masa CD21-CD27.....ini cuma saranan jer....suhu ada buat?.....CD21-27.. buat OPK jika suhu naik dan blum datang Cik P---sebab sue dulu CD26 baru OPK BF+ve........n then jangan lupa Ber BD selama 3 hari yer----insyaallah kita berusahaa.. semuanya adalah ketentuanNYA....

    ReplyDelete
  2. jog ni bagus tuk kesihatan dear,,pastikan 2 3x setiap minggu.yg penting kene rajin ..iyer dak??

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...