Tuesday, April 24, 2012

cd21 - demam & panas

salam semua..


cuaca sekarang ni memang tengah panas kan? hari tu balik kampong 3 hari.. adik saya yang lelaki tu demam panas. menggigil-gigil satu badan. 2kali ke klinik minta ubat. mula-mula ke klinik swasta lepas tu ubat tak jalan..pergi pulak klinik kerajaan eemm, dah okey kot. sebab saya yakin dengan klinik goment. ubatnya dah bagus-bagus berbanding dulu.


pagi sebelum saya balik kuantan melawat nenek saya pulak. lah,demam rupanya nenek. tak selera makan. hanya makan biskut dengan air suam. saya rasa badanya,panas! saya belikan coolfever lepas tu cepat-cepat tepek kat dahi. petangnya saya pergi tengok nenek lagi, alhamdulillah dah boleh bangun. tapi tekak tak nak makan lagi..


malamnya tu. anak sedara saya pulak demam [afrina] . malam tu buat kerja sekolah sambil menangis.sokseksoksek tersedu-sedan. bila kita suruh berhenti buat kerja sekolah dia tak nak..takut kene rotan kat cikgu. lagi pun dia penolong ketua kelas. malu nanti kawan-kawan tengok. biasalah budak darjah satu..


malam tu jugak badan saya pun panas. nak makan panadol saya tak mahu. kalo boleh di elak,saya elak kan. jadi malam tu ada 3 orang tidur di ruang tamu dalam demam dan kepanasan. dah macam wad kat hospital. doktornya mak saya lah. keluar kedalam melumur air asam jawa kat kiteorang [time kasih mak..]..


semalam saya balik kuantan. cikmat dah rindu sangat katanya. dalam kereta saya dah sediakan sebotol air masak dan sekotak tisu. saya alahan hidung. panas sangat tak boleh..sejuk sangat pon tak boleh. kalau tak akan bersin sepanjang jalan.


sekarang ni dah seminggu saya gatal hidung,mata dan asyik bersin. seksa jugak tapi nak buat macamana. ujian allah..


kejap lagi kang saya nak keluar cari kedai permata hijrah kat kuantan ni. nak beli ubat titis hidung tu. bagus! nenek saya pun pinta lagi sebotol. sejak habis ubat titis hidung tu saya dah tak beli lagi. sebab dah jarang kena gatal hidung. sekarang ni dah datang balik, kene lah cari penawar...


malam tadi saya ajak cikmat pi cari scott emulsion. untuk kekuatan antibodi. saya kan suka demam. tak kena cara demam lah. kalau zaman bekerja dulu saya lah yang paling top kalau bab demam kat office. biasanya saya akan mc dan terus balik rumah. kalau tidak, jiran sebelah meja saya akan join sekaki demam selsema dan bersin-bersin o.O



dahlia : ada sesapa tahu tak.. suplemen apa yang bagus untuk kekuatan antibodi?? yang sesuai untuk orang yang suka demam macam saya ni =)


terima kasih.tata..













3 comments:

  1. semoga dahlia cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  2. Try amalkan Buah Oren atau Vit C....kesan dier memang lambat sket tapi mungkin jika diamalkan akan sihat tanpa selsema untuk tempoh yang lama...

    Moga cepat SEMBUH

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...