Monday, April 30, 2012

aku tak desperate.

salam.


hari ni saya tak berapa sihat sebenarnya. semalam menyambut kedatangan best friend 4ever berjimba sampai tengah malam. pulak tu kene hujan lebat sampai demam saya hari ni. malam tadi dah lah sakit perut, pagi ni pulak asyik terbersin je sampai menggigil badan. balik dari buat urusan dengan JPJ terus ke pejabat POS.habis selesai, balik rumah tarik selimut. rumah tak sapu, pinggan tak usik, dapur pun tak berasap. tadi call cikmat suruh bungkus saya nasi.memang tak larat u...


seminggu kebelakangan i hati saya cepat memberontak. tak tahu pasai pa, biasalah nak pms kot. cikmat kata,asal malam je merajuk!malam je merajuk.hehehe..


sesuai dengan mood tak baik kebelakangan ni,saya tetiba teringat kata-kata seorang rakan. rakan tak rakan sangat lah. bukan best friend 4ever. agak longkang jugak. walau dia tak mention nama saya. tapi saya tahu,itu saya!


katanya seolah-olah saya terlalu desperate sangat nak beranak. sampai cemburu sana sini.eh,yeke??..saya tak pernah cakap dengan sesapa melainkan dalam blog ni.[ lain lah uall baca dan terasa] .kalau betullah ada kawan-kawan saya terguris dengan kata-kata saya.saya boleh kata satu je ...'saya tak pernah menjemput sesiapa pun untuk baca blog ini' ok?


saya tahu,anak itu rezeki Allah taala. kerja Allah taala. tau dah..


tapi jangan lah kata saya ni desperate pulak. terasa hati ni. sebab saya usaha, berhempas pulas nak anak. boleh pulak kata saya ni desperate. seolah-olah saya ni jahil tak tahu kerja Allah taala.wahh....mulut anak dara o.O


baik lah. saya malas nak kata apa-apa sebab nanti ada pulak yang terasa.tersentap sana sini. kang dikatanya saya ni ttc desperate.haha.xpe, u all tak kawen lagi kan??..semoga berjaya nanti.


salam..

5 comments:

  1. sabar ea dear,mereka belum mengalami situasi sebegini..mungkin suatu ketika bila mereka berada ditempat kita baru mereka sedar. orang tau bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. insya'allah kalau dah sampai rezeki kita cepat dengan lambat rezeki tu tetap akan sampai. Amin. Ignore saja si mulut longkang ituhhh..

    ReplyDelete
  2. orang yang tak ada di tempat kita mmg tak tau 'desperate' ke tidak..

    ReplyDelete
  3. ikut suker diaorang ler nak kata per---asal kita bahagia kan!!!

    ReplyDelete
  4. sabar dahlia, sabar! saya tak nak awak tensen2 dengan kata2 org di luar sana... saya pun desperate coz nak tiga tahun kawen... mase usia perkahwinan saya same dgn awak, mmg macam2 kata-kata yg saya dpt n pastinya wat panas tinga n panas hati, nak jumpe sdara mara pun tak semangat, mmg kene tahan, masuk tinge kanan kuar tinge kiri je, jgn pikir kata2 dowang walaupun pedas n perit utk di telan, luahkan je ape yg terbuku dlm hati! saya faham, n setia nak dgr... sabar, sabar separuh dari iman... istighfar...take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak sayang. sabar kak. lama dah saya sabar. dah lama cerita ni tapi saya simpan je. malas nk kecoh-kecoh...

      luv u akak..
      take care.

      Delete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...