Monday, April 30, 2012

aku tak desperate.

salam.


hari ni saya tak berapa sihat sebenarnya. semalam menyambut kedatangan best friend 4ever berjimba sampai tengah malam. pulak tu kene hujan lebat sampai demam saya hari ni. malam tadi dah lah sakit perut, pagi ni pulak asyik terbersin je sampai menggigil badan. balik dari buat urusan dengan JPJ terus ke pejabat POS.habis selesai, balik rumah tarik selimut. rumah tak sapu, pinggan tak usik, dapur pun tak berasap. tadi call cikmat suruh bungkus saya nasi.memang tak larat u...


seminggu kebelakangan i hati saya cepat memberontak. tak tahu pasai pa, biasalah nak pms kot. cikmat kata,asal malam je merajuk!malam je merajuk.hehehe..


sesuai dengan mood tak baik kebelakangan ni,saya tetiba teringat kata-kata seorang rakan. rakan tak rakan sangat lah. bukan best friend 4ever. agak longkang jugak. walau dia tak mention nama saya. tapi saya tahu,itu saya!


katanya seolah-olah saya terlalu desperate sangat nak beranak. sampai cemburu sana sini.eh,yeke??..saya tak pernah cakap dengan sesapa melainkan dalam blog ni.[ lain lah uall baca dan terasa] .kalau betullah ada kawan-kawan saya terguris dengan kata-kata saya.saya boleh kata satu je ...'saya tak pernah menjemput sesiapa pun untuk baca blog ini' ok?


saya tahu,anak itu rezeki Allah taala. kerja Allah taala. tau dah..


tapi jangan lah kata saya ni desperate pulak. terasa hati ni. sebab saya usaha, berhempas pulas nak anak. boleh pulak kata saya ni desperate. seolah-olah saya ni jahil tak tahu kerja Allah taala.wahh....mulut anak dara o.O


baik lah. saya malas nak kata apa-apa sebab nanti ada pulak yang terasa.tersentap sana sini. kang dikatanya saya ni ttc desperate.haha.xpe, u all tak kawen lagi kan??..semoga berjaya nanti.


salam..

sambung study. berjauhan kembali??

salam..


hari ni saya dan cikmat kene sakit perut. memulas-mulas sampai traffic jam kat toilet. berebut walau pun ada dua toilet. biasalah lebih selesa yang cangkung dari duduk [mak org kampong,xreti nak duduk-duduk]. tengah malam tadi macam terdengar je cikmat merungut sakit perut-sakit perut pi toilet. pagi ni pulak saya sambung shift pagi.erghhh...


rasa sebab kami pi makan gulai kenduri lah semalam. lauk dia memang sedap.tip top meletop-letop! kami makan memang tak hengat apa dah. ngap-ngap.dap-dap..


[tutup cerita sakit perut]


hari ni tadi saya pi JPJ. ada hal sikit. dalam kereta cikmat bukak mulut suh pi sambung study.sambung belajaq nun di Jitra,kedah. macam dulu-dulu balik.


erm, saya teringin jugak nak sambung study balik. tapi sayangnya nak tinggal kan buah hati pengarang jantung jauh-jauh. nanti sorang sempadan singapore-sorang sempadan thailand. tapi cikmat yang offer suh sambung. katanya dia sanggup. kalo ada rezeki dia pun nak menyusul sambung study kat UUM Sintok atau USM Penang. leh teman i..hehehe..


emm..akan ku fikirkan semula. lama tak lama sangat la, 3tahun jugak. jenuh lah lepas ni tahan rindu.kan?


baby?
rasanya kami kene stop dulu fikir pasal baby. tak sanggup rasanya nak study sambil mengandung. kang buat susah kat kawan-kawan je. dah lah suami jauh [ehh, tetiba berangan o.O]


tapi, kalau dah rezeki siapa lah kami untuk menolak. ada rezeki alhamdulillah. syukur kami pada Allah swt.




em..camne ni ye?rasanya kene uruskan hal cikmat dulu yang kene transfer tu dulu. dah selesai semua, awal tahun depan lah sambung study. lagi pun permohonan dah ditutup.




tata...



semalam my best friend 4ever mai kuantan
kami bawak pi jalan-jalan Teluk Cempedak.
sambil dok gosip hal semasa

Sunday, April 29, 2012

kuning?

saya tak suka kuning sejak dari kecik lagi!
masa sekolah rendah saya pilih rumah sukan kaler MERAH
masa sekolah menengah saya pilih kaler HIJAU

saya tak suka kaler kuning.
selain menyakitkan mata..
warna kuning tak sesuai untuk kulit saya.
dalam almari saya tak ada sehelai pun tudung atau baju kaler kuning
melain dapat baju free dari DIGI

cuma
masa berkerja dulu
uniform saya kaler OREN pekat!
nasib tak kuning jugak!



syukur my family tak suka warna kuning
kalau tak??
habis baju anak-anak.langsir, cat rumah kaler kuning menyala.
kereta pun kuning gamaknya gagagaga

tapi cikmat suka kuning.
kami bakal bermusuh masa pilihanraya nanti kot?
maklum la cikmat suka HIJAU
tapi saya suka........











o.O















saya  suka PINK =)

love pink..love pink..love pink




tak tahu sejak bila saya sukaaa PINK kaler.
habis baju kurung kaler pink
tudung pun banyak kaler pink
dapur rumah saya pun kaler pink

masa kawen pun saya pilih PINK
[ ehh,ske hati aku ler..]
bantal bucuk pun pink =)

blog pun saya kasi pink putih
supaya ada kedamian disitu..


kalau boleh!
saya nak senduk pink, periuk..sofa..katil..
pinggan pun semua nak pink kaler.


cuma saya tak suka kereta kaler pink.
rasa cam jambu sangat pulak!

i love pink.
muah-muah!




Saturday, April 28, 2012

transfer..

salam.


semalam cikmat balik dari kerja bawak sehelai surat. saya memang sensetif sikit bab surat-surat ni. tapi dalam hati tau dah...PERMOHONAN PEMBATALAN PERPINDAHAN KE P_S_E_N KT TIDAK DILULUSKAN dari makcik pengarah ternama negara.gagaga.


tak apa lah darling. kita duduk je kat situ. orang lain pun lebih jauh kene pi. kita ni dekat je. bersyukur lah u tak kene transfer ke sabah serawak.ha..kalau u kene transfer sana memang i buat ulat sagu tu ulam.makan lah kita hari-hari o.O


nampaknya lepas ni susah lah cikjah nak on9 macam sekarang ni. sebab semalam kiteorang google map tempat tu. mak aiih, penuh kehijauan.dok dalam ladang kelapa sakit kita nanti yer cikmat =) .kalau saya jarang on9 tu maknanya tempat tu tak ada line P1 lah tu..


sekarang ni saya dah terbayang rumah kampong yang berlaman luas. ada kebun yang luas. ada pokok rambutan, durian,pisang. sebab cikmat dah patah hati dan beli rumah kat sana pulak. maklum laa murah kot. boleh saya continue bercucuk tanam.haih,sedihnya nak tinggal tanaman kat laman rumah ni. tak sempat kami nak rasa hasil, tuan dia pulak kene pindah....


saya tak risau pasal kene duduk dalam hutan ke hapa. sebab kampong mak saya pon dalam hutan [ehh,yeke?betui laaa..] dah biasa dah ambil air dari sungai. timba perigi bagai. petik pucuk paku, makan pucuk ubi semua lah!biasa dah..cuma kesian kat cikmat sebab jauh dari best friend for ever dia lah. paling cikmat risau sangat kalau tempat tu tak dapat astro. memang nangis lah dia tak dapat tengok sport.


hehehe..sebenarnya tempat tu tidak lah seperti yang saya katakan. malaysia dah maju. setiap rumah dah ada bekalan air,api. cuma tempat yang cikmat kene pi tu sedikit pedalaman.20kilometer dari pekan. tempat kerjanya 10km ke jalan besar.nak ke tempat kerjanya tu kene melalui kebun kelapa sawit [eh, macam keje ladang je suami ku]. memang pusat serenti ni kene duduk dalam hutan. bagus untuk orang yang kene tahan. buat jahat,dok dalam hutan.kan...


sekarang ni kiteorang bluur lagi. sebab pusat tahanan tu tak ada elektrik pun lagi [dengarnya lah]. belum beroperasi lagi. kuaters ada, tapi belum siap. maklum la tempat baru. jadi kami kene pi sana seawal boleh sebab nak cari rumah sewa untuk princess nama cikjah o.O .


princess cikjah gorjes









Friday, April 27, 2012

cikjah sakit pinggang ni =(

salam..


jumaat dah ni.yehuuu. semalam cikmat ajak pi beli barang dapur. saya tentu lah seronok sangat.walau pun tengah sakit pinggang. tapi sebelum tu saya request lagi nak makan montot ayam budak sabahan tu. okey,cikmat penuhi lagi. tengah makan datang kawan cikmat n wife dia. tambah lagi sepinggan.ummm...dap-dap-dap-demok-demok la memasing.ngehngehngeh!!


lepas makan-makan kiteorang pi shooping barang dapur kat giant. cikjah biasalah kalau dah nampak giant. tinggal laki kat belakang, menonong sorong troli.huhu..disebabkan saya memang minum susu anmum, saya borong susu 2kotak terus. anmum mahey key. tapi itu lah susu yang saya minum tiap pagi untuk sarapan. best! banyak khasiatnya. yang best, 15 minit lepas minum anmum perut akan memulas.bagus! nak sedap lagi saya campur milo atau susu coklat.ermm...nyummy......


habis berpeluh shooping.kawan cikmat ajak pi makan-makan kat nasi lemak simple kat sebelah MPK.makan depan sungai.fiuuuuu..best!nyaman.cikmat tak pernah bawak saya makan lagi. kebetulan saya tak suka makan nasi lemak. ada jenis nasi lemak yang saya suka makan. biasa kalau nasi lemak tu kering keras, sambal pulak hampeh. memang tak makan lah! tapi nasi lemak simple soodap! ada sambal sotong lagi soodap! sampai rasa nak terlelap cikjah makan.hehehehe..


itu lah kerjanya. makan-makan-makan. tengahari semalam saya buat sup tauhu jepun dengan ayam goreng. hari ni saya rasa nk cuti masak.sebab saya sakit belakang dan pinggang. tak tahu nak salahkan siapa. nak salahkan tilam, cikmat kata tak rasa sakit ape poon.sedap je dia tidur. tapi saya tak selesa. nak salahkan seat kereta.eeehh, nanti marah orang perodua.cantik molek seat nya. nak salah kan sofa? tak kan lah duduk 5minit sekali dah sakit kot?..nak salahkan cikmat?? o.O dosa tau..kakaka..


okey.berenti jap. nak masak lah. walau malas tapi nak wat macamana...
sambal daging dengan sayur campur.
tata =)











Thursday, April 26, 2012

selera tengah sedap.

salam khamis..


wah..,dah khamis lah! besok jumaat. lepas tu sabtu..bestnya hari sabtu. leh rehat-rehat pastu boleh ajak cikmat jalan-jalan. tapi tak jalan snagat la, sebab cikmat dah tak se'sporting dulu. home love katanya. tapi saya ni tak berapa nak love sangat sebab muak dah duduk rumah. mood sekarang ni asyik nak keluar berjalan sajor! pantang cikmat ajak keluar, meloncat terus bersiap.huhuhuwawa!!


2hari lepas saya berhajat nak makan montot ayam [tongkeng ayam madu]. sebelum ni saya tak tahu makan. tapi sejak cikmat ajar saya makan, terus jadi ketagih montot ayam madu tu. saya gila kan montot ayam yang kat restoran TAJ yang berdekatan dengan rahmat seafood. budak sabahan yang buat. kuah dan montot ayamnya sedaaap sangat! biasanya kiteorang beli terus je makan dalam kereta. bau dalam kereta tok sah cakap laa.semerbak! saboor je lah...


jadi semalam cikmat penuhi hajat dihati saya. cikmat bagi duit saya pun pi beratur beli. 10cucuk rasa tak cukup je. sebab berebut dengan cikmat demok. rasanya hari ni nak lagi. tapi tak boleh amalkan selalu nanti boleh jadi canser kata kak K jugak boleh jadi demook kata cikmat. =)


lepas makan tongkeng ayam dalam kereta berdua dengan cikmat..kiteorang pergi east coast mall pulak. cikmat nak tengok water filter yang murah-murah. sambil tu saya gesel lagi cikmat nak makan donut bigapple. walau masih merindui donut J.co tapi big apple pun jadi lah! masuk kereta terus ngap satu. sepanjang jalan saya ngap 2 ketui donut. sampai rumah cikmat ngap 3 ketui.eeee,demook lagi lah dia.


okey. selesai. hari ni tak tahu nak makan apa lagi. nak makan ala thai pun dapat dah.! 3malam sudah kiteorang gi makan kat sara thai. ermm..rasanya hari ni saya nak menanam rasa cinta pada satey zul kat Jelita Cafe tu lah!ermm..nyummy! lazat sungguh satey kambingnya. bau hamis sampai balik rumah o.O hehehe. tedap..tedap nyo!


menu minggu lepas.
sayur rebus dengan tauhu goreng rangup
berangin perut tak makan nasi 3hari u.

hari ni makan ayam goreng n sup tauhu jepun

Wednesday, April 25, 2012

emosi sangat!

salam semua.


malam ni saya moody lagi. dah beberapa malam saya rasa nak naik angin. tak tahu pasai pa. sejak cuaca panas ni, hati saya pun panas jugak.

masa balik kampong hari tu air mata saya tumpah sebab sorang makcik ni. kisahnya pasal berenti kerja. ingat sorang je nak membebel pasal berenti kerja tu tapi di sambung pulak kat makcik saya. dah lah saya jadi meluat pulak kat mereka-mereka ni. kalau bukan sebab majlis emak saya, dah lama saya berambus balik kuantan. tinggalkan majlis ilmu tu macam tu je. mungkin adik n ipar saya perasan tapi hati saya ni mendidih tak boleh nak control. kalau budak-budak memang saya cepuuk mulut dia. siapa dia nak menentukan jalan hidup saya? apa kisah sangat ke gaji naik secuput tu? saya tak pernah menonggeng tonggang terbalik minta kerja kerajaan, rasanya anak dia yang tonggang terbalik minta kerja kerajaan.


biar lah. ini keputusan saya. kehendak saya. saya tak suka sesiapa pun menentukan atau membebel apa yang saya buat. ditambah pulak orang tu tak ada kene mengena walau secalit darah pun dengan saya.erghh!


semalam pun emosi. malam ni pun emosi. saya tak banyak cakap cuma diam dan menangis sebab tahan marah. saya tak mengentan sampai hentam pintu atau baling barang dalam rumah kalau marah-marah [isyy..teruknya!] tapi saya diam. membazir lah kalau cakap dengan saya waktu saya marah o.O


malam besok saya tak tahu lah nak emosi pasal apa pulak. kadang-kadang punca nya kene buli je. kutuk saya gemuk gedempol, jalan tak betol dan bla-bla-bla. mula-mula saya senyum je lama-lama rasa nak bagi pelempang pon ada.


tata..



scott emulsion..

dah 2hari makan scott emulsion. alhamdulillah dah tak selsema!.. cuma bila tengah malam kadang-kadang saya terjaga sebab hidung tersumbat.
hehe..macam budak kecik!


suka rasa Scott Emulsion yang perisa oren.ermm...tedapnya! tapi tak boleh makna banyak-banyak. nanti keracunan vitamin. dewasa kene makan 3kali sehari. harap lepas ni saya dapat lupakan segala ubat kapur tu. terutamanya si panadol tu.yaks!..tak bagus amalkan selalu. terutama kita yang makcik ttc ni.. o.O

saya ingat scott emulsion ni hanya untuk kanak-kanak je! sebab iklan dia ada budak-budak. tapi kawan saya syorkan saya amalkan SE ni. murah pun murah.. tak rugi.!

dahlia :: sakit pinggang. adakah ini tandanya cikmat kene beli tilam baru?sabar je lah..








Tuesday, April 24, 2012

hurm.....

rasa nak delete blog yang entah kali ke berapa.....

selamat pengantin baru
puan bean dan encik bean

cd21 - demam & panas

salam semua..


cuaca sekarang ni memang tengah panas kan? hari tu balik kampong 3 hari.. adik saya yang lelaki tu demam panas. menggigil-gigil satu badan. 2kali ke klinik minta ubat. mula-mula ke klinik swasta lepas tu ubat tak jalan..pergi pulak klinik kerajaan eemm, dah okey kot. sebab saya yakin dengan klinik goment. ubatnya dah bagus-bagus berbanding dulu.


pagi sebelum saya balik kuantan melawat nenek saya pulak. lah,demam rupanya nenek. tak selera makan. hanya makan biskut dengan air suam. saya rasa badanya,panas! saya belikan coolfever lepas tu cepat-cepat tepek kat dahi. petangnya saya pergi tengok nenek lagi, alhamdulillah dah boleh bangun. tapi tekak tak nak makan lagi..


malamnya tu. anak sedara saya pulak demam [afrina] . malam tu buat kerja sekolah sambil menangis.sokseksoksek tersedu-sedan. bila kita suruh berhenti buat kerja sekolah dia tak nak..takut kene rotan kat cikgu. lagi pun dia penolong ketua kelas. malu nanti kawan-kawan tengok. biasalah budak darjah satu..


malam tu jugak badan saya pun panas. nak makan panadol saya tak mahu. kalo boleh di elak,saya elak kan. jadi malam tu ada 3 orang tidur di ruang tamu dalam demam dan kepanasan. dah macam wad kat hospital. doktornya mak saya lah. keluar kedalam melumur air asam jawa kat kiteorang [time kasih mak..]..


semalam saya balik kuantan. cikmat dah rindu sangat katanya. dalam kereta saya dah sediakan sebotol air masak dan sekotak tisu. saya alahan hidung. panas sangat tak boleh..sejuk sangat pon tak boleh. kalau tak akan bersin sepanjang jalan.


sekarang ni dah seminggu saya gatal hidung,mata dan asyik bersin. seksa jugak tapi nak buat macamana. ujian allah..


kejap lagi kang saya nak keluar cari kedai permata hijrah kat kuantan ni. nak beli ubat titis hidung tu. bagus! nenek saya pun pinta lagi sebotol. sejak habis ubat titis hidung tu saya dah tak beli lagi. sebab dah jarang kena gatal hidung. sekarang ni dah datang balik, kene lah cari penawar...


malam tadi saya ajak cikmat pi cari scott emulsion. untuk kekuatan antibodi. saya kan suka demam. tak kena cara demam lah. kalau zaman bekerja dulu saya lah yang paling top kalau bab demam kat office. biasanya saya akan mc dan terus balik rumah. kalau tidak, jiran sebelah meja saya akan join sekaki demam selsema dan bersin-bersin o.O



dahlia : ada sesapa tahu tak.. suplemen apa yang bagus untuk kekuatan antibodi?? yang sesuai untuk orang yang suka demam macam saya ni =)


terima kasih.tata..













Sunday, April 22, 2012

usaha bulan ni..

salam semua..


sekadar rujukan...


cd2  : clomid + epo + folic asid
cd3  : clomid + epo + folic asid [pening teruk]
cd4  : clomid + epo + folic asid [moody]
cd5  : clomid + epo + folic asid [moody + joging]
cd6  : clomid + epo + folic asid [panas.sebab cuaca kot..]
cd7  : teruskan epo.


cd12 : hari terakhir epo 
folic asid [me n suami] sampai sekarang....


bulan ni, makan semua belasah. tak pantang apa pun. lagi tak boleh makan saya rasa lagi sedap pulak. balik kampong bedal durian berbiji-biji.sardin.ais. meloncat sana..meloncat sini. tak sedar diri betul cikjah kita...huhuhu..


andai kata lah tak ada rezeki lagi bulan ni. bulan depan saya akan usaha lagi lebih baik dari bulan ni.yeeeay!


good nite n tata =)

Thursday, April 19, 2012

seminggu teragak durian.....

salam semua..


alhamdulillah..akhirnya senja tadi hujan turun. syooknya. tapi sebelum hujan turun, memang badan ala-ala sedang bersauna. hari ni je 4kali mandi. tak tahan badan bila dah berpeluh-peluh kan?..kesian kat anak-anak pokok bendi yang baru nak tinggi kepala lutut tu.cehhhh,sikit masa lagi boleh la kita rasa.


petang tadi ajak cikmat sayang pi Giant. sebab stok buah-buahan dah habis. mulut asyik nak makan je. jadi nak mengelak bertambah berat badan kita makan buah sajor ye..


masa sedang seronok ambik buah itu ini. tetiba cikmat cakap ade durian. saya pusing badan cari buah durian. mana??..eh rupanya dah siap kupas letak dalam polistrin. rm3 ada lah 4-5ulas.ehh..eh..eh..tedapnya.


cikmat memang anti durian. musuh ketat sejak dalam perut mak dia lagi. bila dah besar ni memang tak jadi darah daging lah durian kalau cikmat makan. dia akan muntah semahu-mahunya atau pening kepala sepanjang hari.walau dia makan secalit.walau apa pun,cikmat bertemu jodoh dengan orang suka makan durian.jadi cikmat tak boleh menolak ketentuan Allah swt.hehehe..


dia anti durian tapi kalau ternampak ada durian kat pasaraya dia lah yang rajin tunjuk kat saya. dia tunjuk pastu pergi jauh-jauh o.O  . jadi tadi saya beli lah sikit untuk lepas tekak saya ni. sebenarnya dah seminggu saya teragak nak makan durian. hari tu masa pi pasar saya ada terjumpa gerai jual durian tepi jalan. saya teragak-agak nak berenti kereta. teringin sangat tapi risau kang ada orang yang tetiba tak nak masuk rumah. sebab rumah semerbak bau dooorian.hahahaha..


tadi saya beli. makan pun tunggu cikmat keluar.malam ni cikmat OT lagi.sampai pukul 12tgahmalam. jadi dia keluar je rumah saya pun ngapp seulas. dia sampai simpan depan nun dah habis 5 ulas [bohong sangat..] hehehe...


dan sebenarnya cikmat pening kepala hari ni. badan dia kurang sihat. seminggu ni tiap-iap malam dia kene bertugas waktu malam. badan pun penuh angin dah tu.cian sayang saya tu. saya ada tanya,pening tak kepala bau durian dalam kereta? dia kata tak apa, tapi tak boleh bukak aircond.kene bukak tingkap lah sepanjang jalan...


sebagai upah diatas ke'sporting'an cikmat bau durian saya tadi, jadi malam ni saya tolong dia buatkan teks tazkirah jumaat dia untuk pagi besok. tajuknya saya pilih sendiri 'kelebihan sujud'..


okey tata











tak dapat tidur.panas!

semalam ovulasi.
haih,penatnya BD. sampai menangis-nangis.kenapa lah saya susah sangat sedangkan orang lain tanpa dijangka-jangka dah melekat.emmm....


................
hari ni dah pukul 1.48pagi. cikmat tidur awal sebab kejap lagi kang pukul 2pagi dia nak bangun tengok bola. tapi saya masih tak dapat tidur. sebab?panas oooo...


malam ni saja dah 2kali saya mandi. rasanya kejap lagi pun saya nak basahkan badan lagi untuk kali ke 3. panas sangat! ni haa, hidung pun dah sokseksoksek selsema.leher pun lembap je..huiii,panasnya.!


jiran sebelah pun kata panas. tadi pukul1 pagi saya dengar jiran sebelah rumah keluar ambil angin kat laman rumah dia. panas agaknya...


kipas? tak membantu. tetap rasa bahang.
aircond? saya bermusuh ketat dengan aircond. tengahari je boleh layan aircond ye... o.O


rasanya, tak dapat tidur jugak sebab tadi kami pi layan kopi kat oldtown white coffee kot.. tetiba saya teringin pulak nak minum kopi dia yang sedap tu [sedap ke?boleh la..] lama dah saya pantang benda-benda macam tu.jadi tadi cikmat kebetulan pulak nak cari baju jadi saya pun mana boleh tinggal kat rumah. harus lah ikot. lepas tu request nak minum kopi sejuk.gagaga,tedapnyeee....





Tuesday, April 17, 2012

Nilai 3 + pakwe ensem..

cikjah pandangan sisi.
kahkahkah..

dah bertahun cikmat berhajat nak ke Nilai 3. sebelum kiteorang kawen lagi dia dah berhajat.  sebabnya kalau kiteorang balik kampong pon tak berjalan mana, banyak habiskan masa kat rumah je.tengok TV. paling tidak pon pergi pekan bahau,jalan-jalan pi jumpa abang ipar saya yang ada berniaga kat sana.

jadi, hari tu saya cakap dengan mak. menantunya nak pergi Nilai3. okey,mak kata cun. kami  pun berangkat lepas zuhur. mula-mula ingat nak ikut highway PLUS. tapi mak kata mesti serabut dan banyak kenderaan. mahu nanti ada yang sakit hati, jadi kiteorang meraba je ikut highway baru [LEKAS].yes!..alhamdulillah, bahagia hati kami sepanjang perjalanan. jalanya lapang, tak lobang-lobang, tenang, tak banyak kereta dan tak ada rushing2. cuma jalan exit tu jauh sikit la dari lokasi Nilai 3 berbanding kalau ikut highway PLUs yang lebih dekat sekitar 4km.

pergi sana pun tak shopping besar-besaran pon. tapi lebih pada ronda-ronda. cuma saya beli tirai jurai-jurai untuk penghadang ruang tamu-dapur. emak pulak beli set cadar katil bujang untuk adik saya yang lelaki. kotak tisu. lepas tu kiteorang beli pisang goreng rm3,cempedak dan keledek goreng.itu jer...hehehe..

apa yang saya perhatikan. Nilai 3 ni macam bukan kat Malaysia je. kebanyakan yang menjual tu semua orang pakistan. naik pening kepala bila diasak  suruh masuk kedai diorang. mana yang pandai cakap malayu tu memang berbuih mulut ajak kita singgah kedai diorang. kita pun buat-buat senyum je lah. cakap elok-elok kalau rasa rimas.heeee..

tapi diorang ni kalau ada yang hensem tu,hensem betol! tinggi, putih melepak. tak ada rupa pakistan langsung dah macam lelaki Lubanon pun iyer..ala-ala sedara mara Maher Zain..kahkahkah! saya pun cakap dengan mak " mak,cari la menantu sorang untuk dikno.kat sini ramai lelaki ensem"..toitoitoi..merasa mak ada menantu hidung pacak. menantu mak yang ini darah siam je.kemek sikit idungnya :)

saingan memang hebat! tapi sayangnya yang hebat bersaing tu bukan orang kita. kat sana banyak kedai karpet.gudang karpet yang baik punya besar pun ada. kedai jual barang kawen pun banyak! dulu masa saya nk bertunang n kawen, kiteorang memang borong barang hantaran kat NIlai3. murah tu tidak lah sangat, tapi banyak pilihan.pilih je nak yang macamana, semua ada. kedai kain ela pun jangan cakap lah.kain buat langsir pun bergelung-gelung menanti pelanggan datang.

habis pusing kiteorang dah nak balik. kaki saya pun dah lenguh. badan pun dah feeling nak demam. ohh, Nilai3 sangat panas okey. tak tahan badan ku. jadi cikmat continue bawak kereta. cikjah duduk sebelah buat cantik. emak n adik saya kat belakang dah ke laut.penat ooo...balik tu kiteorang singgah makan kat seremban.

dahlia : ahad pagi cikmat dah balik kuatan dulu. jadi saya tinggal sebab ada urusan dengan bank pada isnin pagi. isnin tengahari baru saya balik naik bas. dalam bas saya ditakdirkan duduk sebelah lelaki Lebanon yang ensem. mula-mula saya takut dan rasa nak turun bas je. berdoa banyak-banyak.alhamdulillah okey.pandai cakap melayu dan ramah. lupa nak mintak no.telifon nak bagi kat adik saya...hihihi.



Monday, April 16, 2012

tanggungjawab katanya..

dulu.ada suatu masa, saya terfikir sesuatu. bila habis spm ada ramai kawan saya berkahwin dengan boyfriend pilihan masing-masing. bila dah kawen kawan-kawan saya pun mengandung dan ada anak. sedangkan saya masa tu baru semester2. tengah berhempas pulas dengan study.


saya terfikir. seawal usia mereka [18-20thn] macamana nak menghadapi dugaan rumahtangga. menghadapi ragam anak kecil..kewangan..keluarga dan lain-lain.serius saya kagum dengan mereka. sebab seawal usia itu saya hanya tahu ber'boyfriend dan putus cinta saja.hehehe, saya tak tahu malah malas nak mempertahankan hubungan cinta cintun. bagi saya buang masa..........cehh!


masa saya bertunang. abah telah putuskan kami hanya boleh bertunang 3bulan sahaja! tarikh semua dah siap, tinggal nak urusan pejabat agama saja. itu pun abah saya yang uruskan.fuhh...seawal usia 22tahun saya dah mendirikan rumah tangga yer kawan-kawan. cikmat pulak masa tu 24tahun.


masa tu kelam kabut sangat!..saya menangis malam tu sebab saya takut nak kawen. bukan takut ape, sebab saya tak bersedia apa pun. saya tak tahu pun peranan isteri tu macamana.keluarga cikmat pun saya belum kenal semuanya. ragam cikmat pun saya belum habis hafal.


ada ramai orang kat pejabat kata (yang belum kawen laaa..) takut nak kawen sebab nak pikul tanggungjawab. takut masalah kewangan.takut itu,takut ini. last-last saya pun terbabas takut sama. masa tu saya dah fikir benda yang tak elok saja pasal kawen-kawen ni. tapi saya kene jugak kawen kan?


jadi saya pun berkawan lah dengan orang yang dah berkahwin. mak-mak orang kat pejabat dulu tu..tanya pengalaman. tanya macamana nak hadapi konflik rumahtangga..hekhekhek...masa tu fikir yang baik-baik saja..


dan akhirnya saya kawen jugak! alhamdulillah, seronok rupanya berkahwin ni yer? nasib la saya kawen awal.alhamdulillah, masalah tu memang sentiasa ada. tapi terpulang pada kita nak menanganinya.syukur..


saya buat entri ni sebab 4-5malam lepas ada kawan saya masa study kat poli dulu call. dia pun berperasaan seperti saya.takut nak menghadapi alam rumah tangga katanya.masih tak percaya yang lagi sebulan++ dah nak kawen!..isyh, tak kawen lagi belum tahu. kawen dulu baru tahu..kan?


tetiba saya rindu sangat zaman bujang yang selim ni..


balik kampong saye..

saya n my emak
masa jalan-jalan kat Nilai 3. 
saja pi jalan-jalan, pi wat kenal kat encik mat kita..
kawen dengan orang negeri, tapi tak pernah berjalan kat negeri..
cian dia.

ostajah pilihan..
tengah pilih bantal bucuk untuk letak dalam kereta.


cikmat dan mukhlis. anak pakcu saya yang bongsu.
umur baru 3bulan++..berat dah 7kg okey!

cikmat dan iqbal.
anak abang saya yang bongsu.
gambar ni masa raya tahun lepas.

saya suka sangat upload gambar pastu tag kat facebook cikmat.
biasanya gambar cikmat dengan baby laa..
kengkonon cikmat dah ada baby.
pastu ramai yang tanya cikmat 'dah ada anak ke?'
atau pun 'senyap-senyap je dah ada anak ehh..'
saya suka!feeling sangat....
kononnya saya dapat jugak bagi cikmat anak...
sedangkan belum tiba rezeki kami lagi..

eh.tetiba saya rasa sedih pulak :( 



Sunday, April 15, 2012

mood tak baik ;(

salam semua..


jumaat malam. abang saya buat kenduri doa selamat. jadi saya dan cikmat pon balik kampong petang tu jugak. sepanjang dalam perjalanan balik kampong tu, saya dan cikmat pon berbual supaya cikmat tak mengantuk semasa memandu..


saya seperti yang diketahui umum, malas nak pergi kenduri kendara. tapi disebabkan kenduri ni,kenduri rumah abang sayang saya. jadi tak ada masalah langsung!pi jugak walau saya tahu, nanti saya pasti jadi tumpuan.




cuma, apa yang saya malas....
biasalah kalau balik kenduri kat kampong ni kan?..mak-mak sedara ramai. pastu kita ni glamour dan comel (kahkahkah). mesti jadi tumpuan.apa yang boleh saya kata dengan cikmat.....kita ready je dengan soalan-soalan dari mak-mak sedara kita yang fedas lagi menyengat tu o.O


saya dan cikmat dah ready beberapa jawapan. jawapan harus sama okey.hekhekhek...lolololaalalala..
tak apa lah, mood saya tak berapa baik seminggu dua ni. maaf sangat-sangat kalau saya tak replay msg di facebook dan comment di blog.


saya always nak marah-marah. tidur malam selalu panas.berpeluh-peluh! kadang-kadang pening kepala.ada masa tetiba nak muntah.ada masa jugak perut meragam. kejap-kejap sedih.kejap-kejap gembira sampai nangis2..waarghhhh...gagagaga... ;( 
menci macam ni!....

















Thursday, April 12, 2012

cd8 : Joging

salam semua..


saya sangat teruja menunggu hari-hari subur. sekarang saya banyak membaca entri dari blog kawan ttc kita yang dah berjaya tu untuk rujukan saya. perjalanan dari hari pertama ambil clomid sampai terjumpa ewcm dan opk positif.semalam saya beli opk. masih tak tahu lagi nak guna masa bila. 3hari lepas habis clomid atau 2hari sebelum ovulasi?...


semalam joging dengan cikmat. sebenarnya kawan cikmat yang ajak,..kawan dia ni pulak bawak wifenya,aina (pengantin baru) mula-mula malas nak pergi, banyak alasan saya bagi kat cikmat. sebab saya malu nanti saya mesti tinggal kat belakang. tapi isy..tak baik buat orang berharap dengan kita. tak apalah, semalam saya joging satu round dengan cikmat..lepas tu satu round dengan aina (kawan baru saya).


mula-mula tu jalan je sampai setengah dari tasik. tasiknya besar okey. dah puas berjalan cikmat suruh saya berlari pulak. erghh, penat gak lah! cikmat pun macam buat-buat steady je depan saya.kahkahkah!!..tapi risau jugak bila tengok dia berlari. sebab 2tahun lepas cikmat pernah tercabut kepala lutut masa tengah joging. takut saya kot-kot tengah lari tetiba cikmat tergolek. ya allah, jauhkan benda tak elok tu.


lepas tu dia lari sorang-sorang..tinggalkan saya dan saya lari dengan isteri kawan cikmat tu. biasalah kalau orang pempuan joging. dapat pulak kalau dua-dua malas.. memang jalan-jalan sambil bergooosip je lah.hehehe..


habis joging kiteorang minum-minum pulak. cikmat order roti kosong 2keping dengan teh tarik. saya tak makan cuma order milo panas lepas tu cuit-cuit sikit roti kosong cikmat tu. aina kawan saya tu order mee goreng, suaminya pulak roti canai kosong 2keping sama macam cikmat.


bulan ni, insyaallah saya akan berusaha jaga pola pemakanan saya. saya cuba jauhkan dari makan masakan berlemak dan berminyak. dan banyakkan makanan yang berebus. nak jaga badan..dan senang conceive jugak. cuba jugak lah keluarkan peluh sekurang-kurangnya dengan berkebun =)


sebenarnya saya masih bluuur dengan cairan kenyal yang turun masa cd7 hari tu. malas nak pikir panjang, saya tak cakap pun dengan cikmat. nasib malam tu cikmat kacau saya tidur.hehe,sekurangnya saya tak terkilan sangat.opsss..transparent sangat kah ;)









Tuesday, April 10, 2012

nak kurus..

salam semua,
semalam saya ajak cikmat comel pi pasaraya. tujuan utama nak cari buah-buahan untuk stok makan malam. ye lah sekarang ni saya dah tak makan nasi waktu malam. lapar tu akan kurang bila saya makan roti kosong 2-3keping dengan buah-buahan. so malam tadi kami borong sebakul buah..


ini semua sebab cikmat dah ugut saya. kalau saya gemuk  dia nak kawen lain.hahaha, kawen lah cikmat kalau berani. dapat kawen dengan orang obesiti baru tahu. saya ni kira okey lagi lah ni, berat 70kg dengan ketinggian saya ni okey lah tu. tapi cikmat nak saya yang dulu. masa mula-mula dia kenal saya.


amboi cikmat! 
kalau sekeping macam tu tak dapat lah derrrr. dulu berat saya cuma 62kg.jawabnya saya memang tak tanak nasi lah. makan lah megi sehari sekali. roti sekeping sehari. hah, itu diet masa zaman study yer cikmat! zaman study dulu memang makan bercatu. pastu saya ni kerap berdancing tu pasal pinggang saya  ramping. kalau sekarang ni cikmat tak bagi dancing lagi dah.jadi cikjah akur.hehehe..


padahal cikmat tu tidak lah kurus mana. cuma saya boleh kata cikmat ni berisi orangnya. disebabkan badannya besar dan tinggi jadi cikmat kelihatan macam bodyguard cikjah yg gorjes ni je o.O


hari-hari cikmat kutuk saya. kata saya gemuk dan pinggang tak ada shape langsung! jadi saya berjanji akan menjadi kurus dan kembali gorjes macam dulu. nanti bila saya dah kurus dan cantik! saya tak nak dah jalan dengan cikmat.hahahaha..baru padan muka!


eh, berbalik pada cerita buah. masa tengah pilih buah tu..cikmat belikan saya sebiji buah delima (kulit merah). terkejut sangat bila tengok harganya.rm5.00 sebiji. ada lah besar penumbuk budak darjah enam. mahey nye! memula saya tak nak tapi cikmat kata, ambil lah..nanti tidur malam mengigau nak buah delima pulak.yeay!


saya ni tak pandai makan buah delima.  jadi cikmat kata, makan je biji-biji dia tu. memula rasa pelik . tapi bila dah 2-3 suap tu saya rasa biji delima ni ada rasa macam walnut lah!sedap sangat!!dulu masa balik kampong cikmat kat rantau panjang. kiteorang borong buah delima (kulit kuning) dengan banyaknya. sampai saya boleh sedekah kat kawan-kawan.harganya sangat murah. cuma rasanya ada masam-masam sikit la. tak sesedap delima kulit merah ni.


cikmat yang perasan dia sangat kurus.

hooneymoon

hehehe..
jangan tertipu!
ini gambor 1thn 6 bulan yang lepas

egg white ke?

salam semua..


hari ni dah cd7. maknanya semalam adalah hari terakhir saya telan clomid. alahmdulillah, saya risau sangat kalau terlupa makan. maklumlah, saya ni kalau dah mengantuk sangat terus loncat atas katil je! tak ingat apa-apa dah..


ok.
pertamanya nak tanya sangat-sangat ni. mintak tolong sangat!..


petang tadi masa nak mandi, saya perasan ada lendir putih jernih yang panjang turun masa saya nak shii-shi.saya basuh dengan air pun masih ada. saya cuba tarik pun masih berlendir-lendir & kenyal gitu .


soalan nye, adakah itu eggwhite cervical mucus?


period terakhir saya masa cd5.sedangkan saya sekarang baru di cd7. baru sehari habis telan clomid.saya ambil clomid bersama dengan epo.cycle saya bulan lepas adalah 27hari.baik je cikP kan??..hehehehe..


okey itu je.
tolong .....  =)

Sunday, April 8, 2012

puting beliung..

salam semua..


hari ni mood tak cute lah. start pagi tadi mood terus tak elok. dah lah tidur rumah mertua susah sikit lah saya nak mengada-ngada & konon-konon merajuk kat cikmat. tapi kesianya saya pun tak tahu pasai pa nak cari pasal dengan cikmat dan rasa nak lancarkan  bom kat dia. kesiaaaan cikmat sayang. jadi saya fitnah ini effect clomid je o.O
kikikiki..


mertua mungkin perasan kot, sebab saya jauh-jauh dari cikmat dan tak berapa senyum sangat tengahari tadi. tapi alahai susahnya nak normalkan mood ni! sampai saya kene mandi 3kali dalam masa kurang 5jam.jenuh laaa... mandi lama-lama dalam bilik air pastu merungut dalam hati. marah-marah sampai keluar air mata. tapi tak tahu pasai pa.dasyat lah..macam nak pms..
padahal hari ni dah cd5. period pun dah jadi spotting cair je gitu. cepat betul keringnya. memang lah! tapi nak buat macamana, kami ni sedang berusaha.


tapi itu tak apalah, paling menyayat hati... 
balik dari rumah mertua tadi kereta myvi sayang ku terpancit pulak. dah saya kata dengan cikmat, jangan lalu kat tepi rumah yang baru siap renovate tu. saya seram tengok banyak kayu, batu bata n paku berselerak kat jalan tu.tapi degil.maklum lah jalan pintas. dah lah kami ni baru planning nak pi berkelah kat pantai. hurmmm, memang mood jadi puting beliung terus lah. tak bebel dengan cikmat. benda nak jadi kan? tak baik marah cikmat. cuma redha saja lah.ujian allah nak bagi kereta pancit =(


(tetiba jadi tak redha)
cuma nak bagitahu, sepanjang kereta myvi dibawah jagaan saya, tak pernah pancit. walaupun saya bawak masuk site yang keadaan jalan nya lebih teruk!tapi  bila cikmat pegang terus cikmat lambung.terpancit terus. sedihnya..dah lah baru lepas tukar tayar.
bertambah sedih bila tengok ada sebatang paku dah siap terbenam dalam tayar.arghh.! cikmat harus bertanggungjawab.


okey. itu je lah. maaf lah cikmat sayang. cian cikmat. dia dah keluar dengan kawanya pi carik kedai tayar dihari AHAD ini.hehehe  o.O



Saturday, April 7, 2012

side effect clomid ke?

salam semua..


semalam hari ke dua saya makan clomid seperti yang diarahkan doktor. hari pertama makan okey je. tak rasa apa-apa. cuma....


cuma bila makan clomid untuk hari ke 2.. kepala saya rasa pening sangat lah! malam tadi setenagh jam lepas mkn clomid tu kepala pening memang tak leh tahan. sampai cikmat tanya, kenapa saya jalan terhuyung hayang macam tu??.mata mengantuk tapi peningnya sampai rasa gelisah sangat atas katil.


pagi tadi saya bangun tidur pun masih berbaki pening. turun katil terus pegang dinding. memang tak boleh pi lah o.O .weng sangat pagi ni.


hukhukhuk...side effect clomid ke ni? sapa yang pernah makan tu share dengan saya pasal side effect dia boleh tak??..mintak tolong sangat.


terima kasih daun keladi =)

Thursday, April 5, 2012

cd2 :clomid

salam semua..


hari ni cd2. malam tadi saya tidur dalam kesakitan akibat dari senggugut. aliran yang banyak.bangun pagi tengok pad,too dia! macam kapal karam. lama dah rasanya tak karam-karam macam ni. kalau tak, sopan santun bukan main lagi dia.erm, saya pun biasa lah kalau dah ter'peod macam ni berkain batik siang malam. muka berkerut-kerut pulak tu kerja nak bersungut je.pms lah kata kan..hehehehe..


semalam saya dapat comment dari seorang puan anonymous. maaf lah, baru berkenalan tak sempat cikjah nak tanya nama o.O 


dari kata-katanya seperti memujuk saya jumpa doktor. maklum lah setiap bulan saya hanya usaha kecil-kecilan tanpa melibatkan doktor. jadi dah setahun++ ni dah tiba masanya kot saya serah diri kat doktor. saya pun nekad,saya kene buat sesuatu untuk keluarga saya.cehh...


dulu saya ada terdetik nak jumpa doktor. tapi ada seseorang kata pada saya..kalau nikah baru setahun ni ada klinik tak mau layan. jadi sebelum saya tak kene layan saya pun malas lah nak pergi. sedangkan, ramai dah yang seusia perkahwinan saya menyerah diri di klinik pakar..


saya pun nak berterima kasih banyak-banyak pada puan anonymous yang memujuk saya untuk berjumpa doktor. dia pun sedang hamil hasil dari clomid. perkahwinan puan anonymous ni pun sebulan awal je dari saya.jadi...mana tahan cikjah kalau dah kene pujuk. harusss cikjah pergi. tapi kat kuantan ni cikjah tak tahu nk pergi klinik mana.


apa lagi, saya pun pm kak kamariah (geng ttc kuantan)...saya minta tolong sangat pada kak kamariah tunjukkan saya klinik pakar puan.sebab saya tak tahu langsung mana klinik pakar kat kuantan ni. alhamdulillah, kak kamariah bagus orangnya.cepat je dia balas. tapi sayangnya, saya tak jumpa pulak klinik chong, jalan alor akar tu. pening kepala mencari.maklum lah,pendatang baru lah katakan.cikmat pulak kerja. ajak dia jugak kang dikira subahat ajak suami memonteng kerja. last-last saya pergi klinik al farabi.


di alfarabi. saya dilayan dr.aida..(ceh, sama nama dengan saya tu..) scan perut,tengok okey je. tak ada apa-apa tompok hitam, bintik hitam,gelap-gelap ke..alhamdulillah.awak ok.rahim sihat..saya bagi awak clomid makan dari hari ke 2 period sampai hari ke 6. dua hari sebelum cd14 awak dah kene bersama sampai cd16.HARUS BERSAMA. ...baikk, nanti cikjah cakap dengan cikmat =)


nampaknya jus perapat tu cikjah kene simpan dulu lah. cikjah kene fokus kat clomid ni dulu.kang semua nak telan, mengong jadi nya cikjah nanti o.O kikiki...cuma bulan ni saya ambil clomid+asid folid. habis period nanti,terus kan dnegan EPO pulak.yeay!doakan cikjah berjaya bulan ni tau.


50mg


okey. itu je nak cerita. excited telan clomid.laki bini baca pasal clomid malam ni.baik lah,mata dah ngantuk.besok nak bangun awal.cikmat nak pakai baju melayu lip-lap-lip-lap.cikjah kene ion kasi lawa-lawa..tata o.O



Wednesday, April 4, 2012

cd27 : period

salam semua..


pagi tadi lepas kemas-kemas rumah saya perasan ada setompok coklat cair kat seluar dalam. eh, ada lagi ke turunnye..lepas tu terus rasa sakit-sakit pinggang dan perut.adeyh..sakitnya.tak larat nak masak. call cikmat, ajak dia makan luar je lah.


masa tengah makan dengan cikmat. saya rasa tak sedap perut.pinggang ni sakit sangat bawak ke peha.pinggul pun lenguh-lenguh. isyh,saya kenal rasa ni. ini nak period! apatah lagi saya dah rasa basah semacam je kat bawah ni kan..


balik dari makan tadi singgah toilet.bila tengok.banyaknye benda coklat ni turun. lepas tu saya try 'jolok' sikit..ya,ade sikit darah  kat hujung jari.ok,sah dah period!.yahooo..awalnye!....tak pernah hidup cikjah period seawal ini.ini petanda baik. jadi saya dah tak payah makan ubat turun period lagi lepas ni kot.


lepas je tu saya pun cakap dengan cikmat. terus saya ajak cikmat pi beli jus perawan kat kuantan prade. bulan ni saya nak try jus perawan pulak o.O
sebab biras saya tu amalkan jus perawan ni sebulan je,cukup bulan positif! ehh, saya mana tahan kalau bab mcm ni. mesti nak cuba...kita cuba eh.cuba dulu..





apa pun, terima kasih banyak-banyak pada kengkawan blog saya ni. sudi bagi semangat dan mcm-mcm cadangan kat saya. saya tak kisah kalau tak ada rezeki bulan ni. sebab saya nak target bersalin awal tahun 2013 nanti.wahhh, gitu katanya.


berserah pada allah swt.semoga ada rezeki bulan april ni nanti.amin.


dahlia : sakitnye senggugut ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...