Wednesday, March 14, 2012

setelah beberapa hari..

salam semua!


dah 2 minggu tak update entri. saya pun dah rasa macam katak bawah pempurung. lepas ni jarang dah saya update entri. kesempatan yang ada ni pun sebab saya balik ke kampong. suami OT ke Bentong. jiran sebelah rumah balik kampong 2minggu. jadi saya pun balik kampong jugak lah! takut dok rumah sorang-sorang masa musim cuti sekolah ni.sunyi je...






9.3.12
period


10.3.12 (emergency HTAA, kuantan)
jangkitan kuman dalam paru-paru dan sesak nafas.saya sesak nafas lebih dari 24jam. sepanjang malam tak boleh tidur dan keputusan x-ray menunjukkan ada sedikit jangkitan kuman pada paru-paru. saya tidak ditahan ke wad kerana tidak demam. cuma saya sekarang ni bergantung pada ubat hospital. besok atau lusa kene ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan rutin.(entri ini akan menyusul kemudian)


11.3.12
berurut dengan seorang pakar jurupulih perubatan HTAA. suami yang ajak pergi. ni pun sebab kawan dia yang beriya suruh saya try urut dengan akak tu. saya kalau ada orang belanja, nak aja..hehehe. katanya saya dah boleh buat rawatan dimana-mana klinik pakar puan. saya dinasihat mengamalkan garlic pearl. dia kata nak tentukan tahap kesuburan seseorang hanya pada garis panjang pada bawah pusat.kalau terang suburlah...kalau pudar, tak berapa suburlah!yeke? saya sedih bila dia cakap macam tu. dia siapa nak kata saya macam tu. apa yang boleh saya buat,hanya berserah pada Allah. Allah yang menentukan semua rezeki saya.dia apa tahu?? balik dari berurut saya menangis dalam kereta. saya tak nak cakap dengan suami. biarlah saya saja yang tahu..!!!balik dari berurut, saya muntah-muntah sampai tengah malam.batuk tak henti-henti.sampa isaya lembik dan nak pengsan. habis tenaga, saya pun tidur sampai tak ingat apa-apa =(


13.3.12
belum kebah sesak nafas saya dah buat-buat sihat berjimba dengan family ke bukit gambang. main air sampai puas dengan hubby. sampai tak ingat dunia. tapi sebelum pergi tu saya dah tersalah makan ubat. termakan ubat pecah kahak 8mg untuk 6 biji. sedangkan saya perlu makan ubat tu 1biji/3kali sehari sahaja tapi saya sempat muntahkan setengah dari 6biji tersebut.huh! akibatnya,kurang dari setengah jam saya lalok dan lembik. nasib tak da apa-apa nasib mulut tak buih-buih.huhuu..


14.3.12
balik kampung.hari ni saya dah cd6. masih ada sedikit-sedikit period yang turun. bagus lah..


tata.jumpa lagi =)


dahlia :: hari ni saya mandi limau.di sertai niat dan bacaan ayat suci. saya ada baca dalam blog sorang kakak ni. tak apalah. sekurang-kurang saya segar dan rasa terhindar dari syaitan.

7 comments:

  1. Jangan Sedih2 Dahlia---Biaq la dia nak cakap Per...Yang Menentukan Allah swt.....Dahlia dah usaha dan Doa .. itu yang TERBAIK.....Insyaallah DIA tahu yang TERBAIK buat Dahlia---Jaga diri.... bagi sihat btol2.....ye...

    ReplyDelete
  2. take a good care Dahlia..orang tak tahu apa yg Allah tahu..Doa byk2 k..

    ReplyDelete
  3. sedih jugak..sapa dorang nak tentukan..emm..jaga diri k dahlia=)

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh ye dahlia..take care

    ReplyDelete
  5. Get well soon dear dahlia.. take care yea? abaikan je apa orang nak kata.. semua tu Allah yg tentukan.. manusia ni je yg kadang lupa, suka-suka buat andaian sendiri..

    ReplyDelete
  6. moga kita dikurniakan zuriat satu hari nanti..amin

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...