Tuesday, March 20, 2012

sebagai kenangan..

takut la. sekarang ni musim culik-culik budak pulak. eh yeke? tidak, sekarang ni dah tak ada musim dah. sepanjang tahun ada-ada je kes. nasib saya tak jadi polis kalau tidak mesti penat kan? cuma saya dapat jadi adik ipar abang polis je..hehehehe....


hari ni HOT kat hot FM pasal kes culik kat Taman Tas, kuantan. Adeh, dekat jugak ni dengan rumah. takutnya. Jiran sebelah kiri rumah balik kampong bercuti 2minggu sempena dapat MC sebulan (kaki dia patah) habis semua anak bini dia bawak pi balik. udah lah sunyi je kat area rumah ni. jiran sebelah kanan pulak indian. okey lah cuma kalau diorang satu family pergi kerja memang sunyi sepi je rumah ni. 


saya pun dah tak berani nak sidai-sidai baju atau jenguk kebun kat depan rumah bila waktu orang pergi kerja. nak buat semua kerja tu kene tunggu lepas suami balik kerja atau balik makan tengahari. takutnya kot-kot saya pulak kene culik. lepas tu jual kat Thailand.kesian family saya nanti...


sebenarnya,
hari terakhir saya di JB dulu saya pun ada mengalami pengalaman ngeri. ngerinya sebab diorang main parang. ingat nak belasah pakai kayu macam dalam filem tu. tapi rupanya parang yang diorang pegang. masa tu saya dah jerit-jerit dalam kereta. menggigil sangat! sebagai saksi pertama saya terus kaku dalam kereta. takutnya kalau diorang tetak kereta saya atau bawak saya lari.erm...nasib baiknya selang beberapa saat baru ada beberapa kereta n motor datang. diorang buat bunyi hon kuat-kuat. saya yang terkaku ni kembali okey dan terus cabut lari dari situ.


saya ikut kan nak je cerita kat blog tapi takut sangat. kot-kot lah orang tu baca blog saya terus dia cari caya.oh noo! ada yang nasihatkan saya buat report polis. ada jugak yang suruh saya buat tak tahu je. maklum lah mafia-mafia ni jangan dibuat main. malamnya tu saya tak dapat lelapkan mata. punya lah saya takut. takut sangat kot-kot ada orang ceroboh kuaters n masuk rumah saya masa tu. udah lah kuaters tu tak ada pengawal keselamatan. senang-senang je orang nak keluar masuk. nama je kuaters kerajaan. syukur alhamdulillah, walau tak cukup tidur malam tu tapi nyawa saya selamat. besoknya terus bungkus kain baju cepat-cepat n balik kuantan. sepanjang jalan saya fobia dengan kereta waja silver flat J. 


bila dah nampak muka suami. terus hilang perasaan takut dan curiga.dah sebulan lebih peristiwa berlaku. selalu baca dalam surat kabar je.akhirnya sebagai tanda kenangan di sana saya dapat menyaksikan aksi orang main tetak-tetak depan mata saya sendiri. ya allah...dunia sekarang dah tak ada nilai kasih sayang. ...




cer teka saya nak masak apa hari ni?




3 comments:

  1. sekarang ni mmg xselamat kat mana2 pun. kena selalu hati2 kan.. hmm reni nak masak kari eh? letak terung tu hihi.

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...