Thursday, March 22, 2012

my kebun

jangan tak percaya. kiteorang pun ada kebun.sekangkang kera je. buat tanam sayur sikit-sikit. janji lepas makan dua laki bini okey lah tu. dari dibiar laman rumah ni naik lalang baik saya tanam benda yang berfaedah.


suami saya suka bawak saya jalan-jalan ke bandar ikut jalan shortcut yang melalui kawasan perumahan cina. apa yang saya perhatikan, mereka cukup rajin bercucuk tanam. tak dapat atas tanah. dalam pasu pun jadi lah! disusunnya pasu-pasu comel tepi longkang dan tanam lah segala sayur mayur. macam emak saya. tanam pokok terung dalam longkang yang dah tersumbat dek tanah. depan rumah kat kampong saya tu ada tebing tinggi. dari dibiar lalang tumbuh meliar, jiran-jiran  kat situ tanam pokok cili, ubi kayu, serai, kunyit, halia disepanjang tebing tinggi tu. sejuk mata memandang. dah macam kat cameron higland pun ada.hehehe..nanti saya ambil gambar.


ini biji peria katak. kami laki bini suka makan. 
samada buat gulai atau buat goreng berlada pun syok. saya ambil bijinya dan keringkan.lepas tu campak je kat tanah.

ini tunas halia.

biji kacang botol. pun saya ambil biji dan keringkan.

...................................................

serai. saja saya beli segamgam!
suami kata nak buat apa banyak-banyak?
haa, ini lah faedahnya. saya rendam dalam air kasi keluar akar
lepas tu tanam macam gambar kat bawah..

yeay! dah tanam. moga cepat besar dan gemuk-gemuk tau.
.......................................................................

ini biji peria katak tadi. baru keluar tunas.

ini hasil selepas 2minggu.
peria katak tadi dah keluar pokoknya.
tapi lepas ni kene cari kayu untuk dia menjalar lah pulak.
................................................................................


cili.saya jemur dan keringkan.
lepas tu campak je kat tanah.

lepas 2mnggu. dah keluar pokoknya.
yeay!
.......................................................................

ini barisan pokok bendi kesayangan saya.
biji benihnya saya beli di kedai rm2
senang sangat nak tanam. tanam je biji benihnya dalam tanah.
siram jangan lupa 
lepas tu tunggu jelah dia keluar tunas.
..........................................................................

bawang ni dah lama kot.sampai terkeluar tunasnya.
saya tanam dan harap-harap dapat saya merasa daun bawang segar dari depan rumah =)


yang ini daun bawang tadi.selamat dah saya tanam.
tapi rasanya tak sesuai tanam atas tanah macam  ni.
nanti petang kang saya korek semula dan tanam dalam polybeg
atau pun dalam bekas botol air yang dipotong dua.
cun kan?
....................................................................................

pokok pandan ni mertua saya yang bagi..
dah 2minggu jugak saya tanam
serius. tak pandai tanam. 
tu yang rupanya macam ekor ayam je tu.
kikiki


tada!
dulu laman rumah ni penuh dengan lalang.
lepas tu saya beli cangkul dan gondolkan semuanya.
terung telunjuk saya belum keluar tunas lagi.
 halia baru tanam. kunyit pon join sama.
harap-harap hubby tak terpijak.hehehe

seminggu lepas saya beli betik di Giant. besar dan manis sangat. hubby kata, sedapnya kalau dapat rasa buah betik yang sedap macam ni lagi. jadi saya keringkan jugak bijinya dan campak je kat tanah.  tadi tengok dah keluar tunas dari bijinya.seronok betul hati ni. tak lama lagi tak payah lah saya bersusah payah nak makan betik sampai ke giant atau kedai buah. petik je depan rumah. mesti lagi sedap dan manis.


dahlia :: tadi baru belajar pasal BBT.seronok jugak ya? tapi kene belajar banyak lagi la pasal ttc =)



9 comments:

  1. Dahlia...dh mcm tanam kat farmville plak yani tgk..hehheh...menjadi semua sayuran yg dahlia tanam tu erk?

    ReplyDelete
  2. haah kak..
    saya ni biasalah.kekampongan punya org.haah, menjadi pulak dia.

    ReplyDelete
  3. hehe syabas2...nak ape2 je nanti leh petik blakang umh ;)

    ReplyDelete
  4. meriahh laman umah sis. rajin tanam2 ni. akak dulu rajin tanam kat farmville je hekhek ;p

    da mula bbt? bagus2. akak dulu conceive lepas sebulan berbbt. mungkin juga sbb rezeki da smp. apepun kena disiplin tau. bgn je tdo terus sumbat termometer dulu ^^

    ReplyDelete
  5. syok nyer...Rumah Aida memang da tanah yer?? Untung kan...tak rugi.lanskap pun jadi cantik...Mcm rumah umaira da balconi jer...Ada gak bergarden...tp sikit2 jer..
    Tanam pudina, daun pandan, pegaga, roselle dan pokok buluh...hehehehehe....

    ReplyDelete
  6. waaa sukanyaa..suka gak tanam2 ni..baru lepas dpt hasil bendi..bahagia rasa dpt mkn sayur yg tanam sendiri..heheh

    ReplyDelete
  7. bagusnya aida :)
    best eh mkn fresh2 dari kebun sendiri.
    samo cam mak ayah akak.

    ReplyDelete
  8. wah..terer ah ang aida, yg aku jeles tengok pokok cabai tu... aku tanam xprnah tmbuh... tgan aku ni xdak seni kot,,haha

    ReplyDelete
  9. huhu..seronokkan..
    yang penting niat nak menanam dan usaha lebih sikit. kene rajin siram dan letak baja untuk sayur...

    biasalah saya ni org kampong.dapat duduk bandar ni rasa terkurung pulak tak dapat buat apa-apa =)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...