Thursday, March 15, 2012

mengeluh...

sejak saya berenti kerja ni. masa banyak dihabiskan dirumah. jadi mak dara yang super seksi dan meletop dirumah. bangun pagi je sengeh-sengeh tengok kain baju yang perlu dicuci, pinggang mangkuk yang tak bercuci yang ditinggalkan si suami malam tadi selepas menonton perlawanan bola sepak hingga ke subuh tadi, meninjau si comel bendi dan rakan-rakan di halaman rumah. bertanya kabar dah keluar kepala belom??..teruja sangat bila dah nampak tunas. subur sangat sayang kami ni! menyapu, mop, sidai baju,masak dan bla-bla-bla..penat jugak jadi suri rumah ni ya? tapi hati belum puas duduk rumah. suami tidak memaksa, sama ada nak sambung bekerja semula atau tidak.


setidak-tidaknya bila saya tidak bekerja..dia dapat balik makan bila waktu tengahari. balik dari kerja, dia dapat merasa meehun goreng atau pun pisang goreng buatan bini nya. tak payah susah-susah buang rm2 secawan teh tarik. ye dak?..kat rumah kan ada.heeee..


semalam due date kawan saya. tapi bayinya belum terasa nak keluar. baru nak acah-acah.ermm, kalau lah ada rezeki saya dulu mungkin saya sekarang ni sedang menanti detik nak bersalin. saya dan suami mesti sedang berkampung dihospital. maklum lah saya ni ada asma.sedut oksigen puas-puas dulu baru selesa nak bersalin. entah lah, tak baik sebenarnya mengingat perkara yang dah lepas. tak bagus untuk jantung saya. suami saya suka bermain-main dengan perasaan saya. mentang-mentang saya lambat mengandung suka-suka dia saja nak kawen lain. kawen je lah.kalau saya malang, perempuan yang nak kawen dengan dia pun 100x malang.hahaha. itu lawak kasar kami. kasar pun jauh disudut hati saya sangat kecil hati. kecil sangat! rasa nak bungkus kain baju lari balik rumah mak.hahahaha!!


saya bukan tak pernah mengandung.PERNAH. tapi tak ada rezeki. anaknya tak kuat. saya nak buat macamana?saya pernah kata dengan suami, kalau saya tahu sepanjang hidup saya ni tak akan ada anak. saya tak akan berkahwin dan tak akan sesekali jatuh cinta dengan sesiapa. tapi ini lah rahsia Allah. ini lah tujuan DIA. ini lah kehidupan. nak tak nak kene lah kita tempuh. anggap je lah 'belum anak ada' kita ni sebagai penyakit. setiap penyakit mesti ada ubatnya.ye dak?setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. saya sakit hati bila, semua menuding jari pada perempuan bila kita tak dapat beri mereka cahaya mata. ehhhhh, berdosa mempertikai kerja Allah swt. tidak semestinya masalah hanya pada perempuan. benihnya nan subur datang dari mana?....


kalau asyik merokok.berkepul sana sini macamana nak dapat benih yang baik-baik.yang berkualiti tinggi? itu belum kira makanan kegemaran mesti nak manis-manis. suka order KFC,mcd..suka icecream. sejak balik dari berurut hari tu. saya paksa suami makan folic asid sama dengan saya. saya mkn dia pun mesti join. berkali-kali saya pesan, jangan merokok depan saya. nak merokok sila pergi 15meter dari saya. tu sebab lah saya selalu sakit sejak akhir-akhir ni. sedut udara berpenyakit dari suami sendiri.erghh, sabar je lah..


sekarang ni saya kerap jatuh sakit. setiap pagi,selesai sarapan pagi saya perlu makan ubat 7biji sekali makan. kalau tak kene gaya saya terpaksa sedut gas oksigen dihospital. tak mengapalah. ini lah nasib saya. berkali-kali saya minta maaf pada suami kerana kerap kali menyusahkan dia. saya memang macam ni. sejak dari zaman anak dara. saya kerap sakit. zaman bekerja pula saya kerap mc..sekarang tidak bekerja pun sakit lagi.


eh, okey lah. petang ni nak ke hospital melawat kawan saya tu. kot-kot dah bersalin boleh saya tumpang ambil gambar sekurang-kurangnya. kalau nak anggap anak sendiri tu tidak lah kot. itu anak dia. bukan anak saya. saya tak menyumbang apa-apa pun pada dia.heeee..

minggu depan birthday saya. muda lagi, baru 24tahun. usia perkahwinan baru 1tahun 5bulan. tak ada apa yang hendak dikejarkan. saya sendiri belum puas jadi budak-budak hingusan. tapi saya masih berangan-berangan hendak bersalin semasa hari jadi saya,dapat saya ucapan tahniah berganda-ganda dari kawan-kawan.hehehe.kalau macam tu saya kene conceive pada JULAI nanti.eh, lamanya nak tunggu :)




dahlia :: apalah yang aku merepek ni =)





6 comments:

  1. Sabar ye kak.. Kwn ros dia xpregnt sbb hubby dia merokok.. Mmg kaki rokok sgguh.. Apa2 pun itu semua rezeki allah kan... Akk sabar ye, ada kwn ros g dia xconceive 3thun, tp bila dh lekat jarak dekat2 :) sonok dgr ... Akan ada rezeki kak.. Dikros doakan yer,,

    ReplyDelete
  2. aduh..muda lagi kamu...
    itu la..bile baca entry ni ade yg betol nye..
    moga ada keajaiban utk aida n husband bila tiba masa dan waktu yg sesuai. itu kan rahsia Allah

    ReplyDelete
  3. hye Dahlia, lame tak singgah sini...
    hepi busday in advance...saya pun cam dahlia juga, saya dah patot sgt conceive,,,harap ada rezeki tahun ini... moga Dahlia sentiasa sihat dan dilindungi Allah...

    ReplyDelete
  4. aida...

    byk bersabar ye....akak pon stress mcm aida jugak...mmg perokok tegar suami kita ni....alahai!!...smpi 1 tahap tu akak suruh suami akak kawin lain....huk..huk..huk..

    ReplyDelete
  5. bab2 rokok nih pun sama..
    saya dah penat sebenarnya nak menangis2 bila mintak hubby berenti mokok... sbb check kat Gynae, dia Ok..sayang yg x OK..

    mak mentua ape lagi, asal dengar hubby batuk2, dia makin sedih... ntah bile nak berenti..

    janji masa bujang dulu, nak berenti time akad nikah.. bila dah akad nikah, nak berenti klu ade anak nanti..

    ni dah 6 thn x ade anak.. agaknyer dia tunggu dia dpt anak dari bini baru agaknyer kot.. huhuhu..

    penat..penat..penatt sangat...
    tggu jer laa bln 5 nih kot2 dia berhenti mcm yg dijanjikan baru2 ni..

    klu x, agaknyer saya kne melalak selang 2-3 bln sekali supaya dlm tarikh tu dia x mokok...bila setat mokok balit, saya kena melalak balik..

    mampu..??

    ReplyDelete
  6. hey, nice blog, stay strong, but most importantly be positive!

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...