Tuesday, March 6, 2012

kebun-durian-sicomel

haih!..mengeluh jap.
sejak berkahwin dengan orang tak suka durian ni. selera aku pun makin memberontak nampaknya.sedih jap!sok-sek-sok-sek..


aku hantu durian okey. dulu masa belajar jauh-jauh (tidak lah jauh mana,jitra je)..kalau musim durian mak mesti suruh abah cari buah durian kat kampong orang asli yang dekat dengan rumah. durian kampong memang super power. rasa dia tak macam durian siam yang bila-bila masa je kita boleh makan. eh, tetap lah rasa durian tapi tak sesedap durian kampong yang berbuah ketika musimnya.gituew...


pulak tu. kadang-kadang kawan abah saje je datang rumah bagi 5-6 biji durian yang gugur kat dusun diorang atau kat laman rumah. dapat makan free-free je kan? baik sungguh hati orang kampong. kadang-kadang tu ada seguni rambutan lah..cempedak 2-3 buah..biasalah orang kampong uall, kat dusun diorang tu banyak samgat buahnya kalau dah sampai musim. sampai tak termakan.dari dimakan binatang tu baik kutip bagi kat jiran-jiran sekampong kan?


best lah kalau dah musim buah. tapi family aku tak ada kebun buah. tapi kalau kebun getah ada lah. ada jugak niat suruh emak n abah buat dusun se'ekar dua..tanam buah-buahan untuk anak-anak cucu nanti. tapi tak endak, ada tanah je tanam getah.adoi..mak kata kalau nak makan sangat pergi je bandar atau tepi-tepi jalan tu banyak dusun buah. sebut je,semua ada.kadang tu berlori-lori buah sampai. alah, yang itu tak best!kan.....


tapi kalau kat kampong uwan best! dusun buah uwan tepi sungai je. dulu masa kecik, selalu g mandi sungai dengan kawan-kawan.kadang-kadang dengan sedara-sedara yang balik dari KL. orang bandar mana ada semua ni..so masa tu aku lah kepalanya mandi sungai. puas mandi sungai panjat pokok rambutan pulak. makan rambutan atas pokok tu terus. dah kenyang turun lah.hehe...


hari tu pergi pasar malam nampak pulak orang jual durian. eee,bestnya! tapi dah nampak muka si hubby pun dah semacam. aku pun cepat-cepat jalan sebelum ada yang pening kepala. hubby ku tak makan durian okey.ruginya..melepas satu nikmat dunia.huhuhu..


dulu masa duduk asing rajin jugak beli durian kat JJ. yang dah siap kupas n letak dalam polisterin tu. balik rumah simpan dalam peti sejuk.amat sedap makan bila sejuk yer kawan-kawan. tapi bila tak sempat nak makan dan hubby pulak balik JB memang haru lah. terutama bila dia terrrrr'buka peti sejuk.bau semerbak durian yang terpengap dalam peti sejuk tu buat dia terpening kepala.hahaha!! huwahuwahuwa..maaf suami ku comel.


dan sekarang ni. jarang dah aku makan dorian. tak mengapalah. dia okey je kalau aku makan. cuma malam tu aku tak dapat lah nak cium-cium bagai.no baby dance..pening kepala katanya =)


haih..rugilah awak....



thanks cik google



2 comments:

  1. hahaha..terbalik la kita..noora yg selalu ckp mcm tu kat en.asben kalau dia nak makan durian,petai or ape2 yg berbau..no cium2,no BD..hehe

    ReplyDelete
  2. my hubby suka gak makan durian..lagi2 tempoyak plus petai...pernah saya ugut dia, kalo dia makan tempoyak plus petai...sorry la..no kiss...dan no romen2..

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...