Saturday, March 10, 2012

Jangkitan kuman dalam paru-paru

Salam.
Hari ke dua me period. Hubby n me balik kampong mertua. Masa balik sana tu me masih terbatuk-batuk teruk. Kali ni me batuk sampai terkencing pulak. Tu yang kene sentiasa pakai pentyliner tu.

Macam-macam cara me buat nak kurangkan batuk. Orang kata madu lebah dengan limau. Me buat tiap hari. Tak jugak okey. Me search kat internet, kata makan bawang putih bakar.okey me pun buat. Sampai terjojol biji mata me makan..pun tak jalan. Ubat batuk hospital dah dua botol.ubat batuk cap ibu dan anak.antibiotik dan dua papan makan punnnn tak kebah.

Sebenarnya me dah 3-4hari semput dan susah sangat nak bernafas. Tapi boleh control lagi lah. Sebab sesak nafas ni datang bila waktu malam je terutama pukul 9malam ke atas. Berlarutan lah sampai pagi kadang-kadang tu. Bila siang okey je..

Disebabkan itu, me terpaksa tidur dalam keadaan duduk. Sandar badan kat kepala katil me pun tidur lah. Itu rezeki kalau dapat tidur. Kalau tidak tu terkebil-kebil lah mata me sampai 1-2pagi.

Masa kat rumah mertua tu. MIL bagi me minum cuka campur dengan gula. Tujuan dia nak pecah kahak dan mengurangkan batuk. Sebab sebelum ni Mil pun pernah batuk berbulan macam me jugak. Paling teruk masa MIL balik dari umrah setahun lepas. Bila minum cuka+gula tu..alhamdulillah.allah perkenankan niat Mil.sembuh lah dia.

Tapi me lain pulak jadinya. Bila minum tu perit jugak lah. Cuka kan. Tajam sangat, sampai ke perut terasa. Tapi me kuatkan semangat dan niat nak cepat sembuh. Setengah jam lepas tu okey lah. Cuma me muntah lah sikit. Bila dah muntah tu lega lah sikit  dada me.

Tapi malam tu me tak boleh tidur. Mungkin sebab sejuk dan tengah tak selesa sebab period. Me sesak dada teruk malam tu. Susah sangat nak tidur. Me tak rasa mengantuk walau sedetik pun.
Bila me tengok hubby kat sebelah tengah lena tidur. Me rasa serba salah sangat nak kejut dari tidur. Tapi masa tu me dah menangis-nangis sebab tak boleh tarik nafas.

Akhirnya, pukul 3pagi me kejut jugak hubby. Me takut nak kejut orang tidur sebenarnya. Tapi malam tu me memang sakit sangat. Nak ke hospital malam tu jugak. Sambil kejut sambil nangis. Dia bangun. Suruh me minum air panas. Suruh me minum ubat batuk, suruh me bla-bla-bla..Sedih sebenarnya, sebab hubby mamai sangat sampai dia tidur balik.

Sedangkan me dah ajak ke hospital. Sebab me nak oksigen. Sebab me dah sakit sangat masa tu. Nak menyebut sepatah perkataan pun pun rasa sakit dan tak boleh.

Jarak rumah mertua dengan hospital jauh sebenarnya. Kalau nak ke hospital pagi-pagi macam ni memang tak berani.nak tak nak me berserah saja pada Allah. Kalau panjang nyawa me hidup lagi lah me. kalau tidak……

Dalam menangis tu, pukul 4pagi baru me tidur. Itu pun tidur duduk dan kepala tunduk kat sofa. Tidur lah me sambil menangis mengenangkan sakit dan ketidak prihatinan orang yang me sayang terhadap me...

Besoknya. Lepas makan tengahari. Me masih sesak nafas. Kiteorang cepat-cepat ke hospital bahagian emergency. Letih dah me ke sini sebenarnya. Sampai kan me kenal setengah dari doctor yang kerja shif kat emergency ni.

Sampai je sana me terus masuk dalam bilik rawatan athma.  Tak tunggu apa dah. Sebab me rasa nak tercabut nyawa pun ada. Bila dah sedut je tu terus rasa lega sangat-sangat. Ya allah….luas betul lubang paru-paru me ni menyedut oksigen. Nikmat betul sedut gas sampai rasa nak tertidur kat kerusi tu.

Me tak pedulikan langsung hubby yang meneman me dalam bilik tu. Masa tengah syok menyedut gas. Pembantu perubatan (MA) ambil data mengenai me. tekanan darah, jantung dan panas badan.

Bila gas dah habis. Eh, me rasa nak sedut lagi lah. Tak puas nya. Apa pun bunyi kat dada me dah kurang. Me pun dah boleh cakap-cakap n senyum-senyum.hehehe….tak menangis lagi dah. Hubby cakap dengan me, petang ni nak berkebun lagi tak?eh…ofcoz lah. Rindu sangat dengak kebun sekangkang kera me tu.kikiki..

10minit lepas tu nama me kena panggil. Me dapat doctor lelaki berbangsa cina. Baik dan servis dia me suka sangat! Dia cerita mengenai sakit me sangat terang benderang. Mudah sangat me nak faham. Lepas tu me kene buat x-ray paru-paru. Sebab me dah batuk sebulan lebih dah ni.okey tak apalah.

Me pun pergi lah ke unit x-ray dengan hubby. Bila result dah keluar me terus masuk bilik doctor. Masa tu me kena tunggu sekejap kat luar bilik. Sebab doctor nak tengok keputusan x-ray tu.

Lama jugak menunggu kat luar bilik. Lepas tu doctor panggil masuk. Doctor kata, melalui x-ray tu didapati paru-paru me ada sedikit jangkitan kuman. Ia dah terjadi 2minggu lepas lagi!!haaaaaaa...

Doctor terus call wad. Tanya sama ada me kene tahan wad atau tidak. Masa tu me dah cuak jugak. Sebab hal paru-paru ni tak boleh dibuat main-main. Silap haribulan me jalan dulu agaknya. Risau sangat masa tu. Melalui perbualan doctor yang merawat me tu dengan doctor pakar di wad. Jangkitan paru-paru tu sedikit saja. Tapi akan ditahan wad, tetapi disebabkan me tak demam maka me tidak ditahan wad. TAPI….me kene buat check-up setiap kali ubat habis. Seminggu lepas makan ubat yang doctor bekalkan pada me, me kene buat check up rutin di klinik berhampiran.

Lega tak tahan wad. Takut sangat kene tahan wad. Mesti teruk me kene kerjakan nanti. Me ni pun jenuh dah masuk hospital. Lali dah dengan jarum-jarum hospital yang suka cucuk tangan me.Ada-ada je sakit yang me dapat. Hubby kata kenapa tak tahan wad? Lagi pun malamnya tu hubby ada operasi sampai 3pagi. Kot-kot lah jadi apa-apa sapa nak hantar ke hospital? Hurm..tak apa. Jiran kiri kanan me kan da. Tak pun me merempit je ke hospital.heeeeee…

Sekarang ni me kene makan ubat 7biji sehari. Ada yang 6biji sekali makan dan ada yang kene makan 1biji 3kali sehari.penat kan? Me lagi penat. Ada-ada je dugaan yang datang. Tak apalah, yang penting me kene sihat. Baru dapat conceive kan?

2hari lagi family me dari kampong nak datang kuantan. Depa nak mai jalan-jalan rumah kiteorang dan mandi-mandi kat gambang. Hubby kata, me tak dibenarkan mandi atau berendam dalam air kat gambang nanti. Nanti semput susah.huhuhu, me nak jugak!!!!

Dahlia : mengisi entri 2minggu lepas =)



3 comments:

  1. akak dah rasa seksa nya batuk sebulan x ilang2..pastu seksa nye nak bernafas..sampai pg hospital..sbb akak pn ada asma..so mmg tau nikmatnya sedut gas tu..rasa nak bwk blk umah mesin gas tu kan..hehehe..smoga aida cpt sembuh yer..jgn skip mkn ubat tauuu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya tlh membaca coretan anda di ats mgenai jangkitan kuman di paru2, baru2 ni mak sy ada mjlni pmriksaan x-ray krn batuk xbaik2 & doktor mgtakn bhgian "sdikt" pd paru2 mak sy ada jangkitan kuman, maafkan sy, boleh sy tnya, adkh ia boleh sembuh sepenuhnya kembali? maksudnya, hilangkan trus kuman2 tsbt dr paru2? sy sgt risau & sedih bila dpt tahu kptsn doktor tsbt.. sy mohon dpt dikongsikan.. moga anda sentiasa dlm baraqahNYA.. ini email sy taqarrub_ilaihi@yahoo.com

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...