Monday, March 19, 2012

happy birthday to ME..

 

alhamdulillah. hari ni birthday saya yang ke-24tahun. muda lagi dulu target nak kawen masa umur 24tahun lah konon. tapi disebabkan jodoh dah sampai awal makan kawen masa umur 22tahun..belum ada anak. tengah usaha lah ni. nasib baru 24tahun ada masa lagi ni....

kenangan 3tahun lepas,
malam tadi terus teringat masa zaman study di utara. malam birthday, kawan-kawan n adik angkat bawak saya jalan-jalan sampai ke songhkla thailand. memula tu seronok lah ada ber'birthday party.lepas tu naik kereta dan jalan-jalan sampai tepi pantai di Songkhla. sampai sana je terus menangis sebab takut.hahaha!!..kesudah dapat sejam je duduk tepi pantai. menangis semahu-mahunya sebab takut. saya rasa jauh sangat dengan family. jauh sangat dengan jitra dan jauh sangat dengan KL....itu adalah kenangan semasa birthday yang paling saya tak dapat lupakan.

hari ni. 
birthday saya yang ke 24thn. tak ada apa-apa yang best. tak ada mintak apa-apa dari sesiapa.macam biasa, setiap awal pagi saya kumpul baju kotor untuk dibasuh. masak untuk makan tengahari..erm,mungkin hari ni saya masak best sikit koooot? atau pun saya cadang nak buat puding jagung special hari ni.hehehe!! atau pun nak makan luar je dengan suami tengahari ni.best jugak eh?

walau hati saya tengah hot. malam tadi puas saya tahan mengantuk. tunggu dia balik dari operasi. dia balik tepat jam12tengahmalam. ingat dia nak kejar saya sekurangnya cium dahi ke. tapi BOLA yang dia kejar dulu. melangok depan tv sampai pagi. tak wish ponnn...dah lah petang tu saya hot jugak dengan dia. kesudah sampai ke pagi saya hot dengan dia.erghhhhh.....

dia LUPA,
akhirnya lepas dia masuk office pagi tadi baru dia sms. sedangkan pagi tadi masa dia pergi kerja, saya tunggu je dia wish birthday kat saya. tapi tak ada apa-apa yang berlaku.saya rasa dia baru tengok calendar lah! atau tak buat reminder. tak apa..tak apa.nanti birthday dia saya pun nak buat-buat tak tahu jugak.


mintak yang bukan-bukan?
lah, saya tak pernah mintak yang bukan-bukan dengan suami saya. setiap tahun tak ada apa yang saya dapat. cuma saya minta dia sayang saya sepenuh hati dia. itu pun dah alhamdulillah.

isyh, tercemar mood sweet 24 saya hari ni......!

13 comments:

  1. hepi busday Dahlia!
    ala... muda lagi
    nikmati masa muda kite dgn cemerlang
    jaga diri n kesihatan
    muga dirahmati dan diberkati Allahswt...

    ReplyDelete
  2. It's ok dahlia sayang... We all kan ada.. Happy Birthday yunk! Semoga panjang Umur, murah rezeki, cun selalu bebeh !!

    *lagi 10hari besday ida pulakkk* heee~~

    ReplyDelete
  3. eppy besday dahlia syang...semoga dimurahkan rezki sentiasa...sentiasa...amin..

    ReplyDelete
  4. aida, happy birthday to you...bestnye sambut birthday...Yg ker berapa nih?

    Semoga mengecapi kebahagian di dalam hidup dan alam rumahtangga. Dikurnikan kesihatan yg baik dan selamat dunia akhirat. Ameen.

    ReplyDelete
  5. happy besday!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    semoga sentiasa diberkati oleh Nya.... :)

    ReplyDelete
  6. happy birthday dahlia... :)

    akak cari facebook dahlia, tak jumpa pun...eh, lupa nak bgtahu, akak pun duduk kat kuantan. kerja kat HTAA. haha...

    anyway, many happy returns ye dik!

    ReplyDelete
  7. Happy dahlia~
    xpe jgn cdey2 yer,fhm perasaan dahlia cmne sb kta sm..huhu

    Semoga panjang umur,dimurahkan rzki dan semoga dikurbiakan kesejahteraan idup disamping orang yang tersayang..

    ReplyDelete
  8. saalm ulangtahun dahlia.. semoga dilimpahi rahmat dan rezeki dari Allah, dan semoga dilindungi oleh Allah sentiasa.. take care yea dear, ceria-ceria selalu.. (^-^)

    ReplyDelete
  9. Happy BirthDay---Moga Berbahagia SelamanYaaa---
    Mudanya Dier----Insyaallah akan dapat Rezeki yang diminta nanti--Rajin2lah BERDOA

    ReplyDelete
  10. happy besday dahlia!!muda lagi rupanya=D

    ReplyDelete
  11. terima kasih semua..
    haah. saya muda lagi. baru cecah 24tahun.badan je besar, usia muda lagi =)

    Mrs.H :: kak, aida dah tukar nama facebook. aida musliha hashim. jgn lupa add yer.

    ReplyDelete
  12. selamat menyambut ulang tahun kelahiran yg ke 24..semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan lagi rezeki dariNya.

    ReplyDelete
  13. Peh...msa stdy dlu kwan2 slalu clbrate, beli kek, wt surprse bagai...tu la kngan yg ada..skrg xde dah mcm tu, nk srnok2 bagai...hehe

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...