Thursday, March 22, 2012

entah jadi entahkan tidak..

S.M salim & Shila Majid


tidak mengira manusia,
sama saja.....
di dalam diam ada hati,
ingin bercinta....

org muda menanggung rindu,
org lama menanggung ragam,
carilah......pilihlah.......yg sepadan.....

jika bercinta jangan hanya ikut rasa,
guna akal guna fikiran,
berwaspadalah.........
sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna,
terlajak......tindakan.....merana......

mata bertentangan mata,
bak minyak dsambar api,
janganlah asyik bercinta,
semua kerja tak jadi.

seperkara usah lupa,
memohon izin doa restu,
saudara.....ayah.....ibu.....

berenang-renang di muara,
hati2 dilambung ombak,
dah berzaman asyik bercinta,
entahkan jadi entahkan tidak.......

disebut-sebut pribahasa,
habis madu sepah dibuang,
usahlah begitu hendaknya,
terlanjur....bercinta.......berkekalan....

.......................

 
jadi ke? kalau jadi bila nak langsungnya? dah beduyun ke hulu hilir, seronok benor nampaknya bawak anak dara orang tu weh. geram sebenarnya ni baca kat surat kabor tadi pasal budak yang hilang kat Taman Tas, Kuantan ni. memang kene sangat lah dengan lagu kat atas ni.

pentingkan diri sendiri.sampaikan akal fikiran letak kat tapak kaki. buang semua maruah mak ayah semata-mata nak bersama pakwe tercinta.cinta pak ang. geram seyh.

rasa terkongkong lah konon. tertekan bagai. sedar-sedar lah awak tu umur baru berapa tahun dik oi. nak bercinta apa lah yang dapat masa umur semuda ini? nak kawen sangat dah ka?

memang betui lah apa yang lagu ni dok habaq.. ' orang muda menanggung rindu, orang lama menanggung ragam'..kecewanya! wat penat je saya dok risau-risau dengan hubby. kesian-kesian bagai, rupanya...masyaallah. kesian mak ayah dia.tak tertanggung rasa geram dihati agaknya.

sebenarnya, bukan nak marah apa sangat lah.sebenarnya mata ni dah lama sakit tengok adik-adik saya ni bercinta. berduyun ke hulu hilir. spm tak lepas lagi ni dah gatal. bawak bf/gf balik rumah. nak kenal-kenal dengan family. mintak restu. nak bagitahu kawan-kawan sekolah kononnya..percintaan mereka direstui mak dan ayah.ehhhhhh...

tapi, jadi ke? entah jadi entah tidak! sama lah dengan diri ni.hehehe..dulu zaman sekolah pun handal jugak play-play nye. tapi habis macam tu je. abah garang bak harimau. tak berani nak lebih-lebih. bila dah habis study dan dah ada kerja baru lah berani cari yang betul-betul.itu pun takut bukan main! alhamdulillah, menjadi. kawen dah pun =)

sekarang ni perangai tak sihat itu diwarisi adik-adik saya. tapi tidak lah hebat sangat sampai bawak gf/bf balik rumah. masih terkawal. cuma sesekali terkantoi dating tu memang kene lah dengan saya dan abang yang sulung tu.diorang pun kalau nak cakap lama-lama dgn bf/gf memasing pun tak berapa berani depan saya dan abang. tak payah nak close sangat lah.kiteorang tak sporting.

sebagai akak dan abang. siapa lagi nak tegur mereka. siapa lagi nak jaga mereka. kita lah kan? saya ni kalau boleh tak nak lah adik saya yang bakal ambil SPM tahun ni bercinta. sebab tak ada faedah langsung yang dapat! membazir masa. saya pun dah lama menyesal. bila fikir-fikir, alah SPM tu senang sangat! tapi akibat lalai, tak ingat nak belajar rajin-rajin. tahap itu je lah yang saya dapat.
 
tegur tetap tegur. saya ni biasalah lah. hati kalau dah hangat kat mana je saya lepaskan lahar yang tengah mengelegak tu. tak kiralah depan mak n abah saya sekali pun. kalau dah sakit mata saya ni memandang ini kan pulak hati yang menyimpan.baik saya lepas. untung nasib lah adik-adik saya tu..

saya harap. adik-adik saya tidak lah sampai nak lari rumah bagai. konon kene culik pastu kene jual kat Thailand. memalukan keluarga. bukan sekampung nanti kecoh tapi satu negara.kalau mereka buat, memang saya bantai.
kuikuikui =)

tata..






5 comments:

  1. budak-budak skg ni,...nak seronok je ek, tgkla mcm yg acah2 kne culik tu..ikut en.boipren kunun...bole plak ilang tensen nye gitu? nak ilang tensen sume tu kau bawak2la berdoa, dktkan diri pd Allah swt..dik oii ade pekdah nye...hadoiiii` semput jah

    ReplyDelete
  2. geram giler..haha boleh x macam tu ;)

    ReplyDelete
  3. tergamak nye budak pempuan 15 tahun ni buata mcm tu sekali....kecian maruah keluarga...konon berlakon kena culik,bile terjadi betol2 baru tahu langit tinggi rendah. cian mak-ayah dia. cian sgt....sanggup seorg ank buat mcm tu tak pikir...ni semua pikir nafsu semata2...

    ReplyDelete
  4. tergamak nye budak pempuan 15 tahun ni buata mcm tu sekali....kecian maruah keluarga...konon berlakon kena culik,bile terjadi betol2 baru tahu langit tinggi rendah. cian mak-ayah dia. cian sgt....sanggup seorg ank buat mcm tu tak pikir...ni semua pikir nafsu semata2...

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...