Monday, March 5, 2012

cerita terowong...

gas memasak dah habis. jadi peluang lah aku tak payah masak kan? cakap ngan hubby, kita nak cuti masak hari ni.sebab barang dapur,barang basah n gas dah habis. aku tahu dia memang berhati mulia. jadi semalam dia nak menggembirakan hati isterinya. jadi kami makan luar saja.yeay!xpayah masak...

kedai makan tengahari kiteorang biasalah kalau kat kuatan ni. kedai MA tomyam. berdekatan dengan shahputra village.sebaris dengan kedai Rahmat seafood tu. masakan kedai MA Tomnyam ni memang dah serasi dengan tekak kami. harga pun murah. tuan kedai pun baik ngan kami.hehehe..sambil makan, sambil bercerita lah...

lepas makan tu. hubby ajak jalan-jalan kat Megamall. tak tahu pun ada siri penjelajahan ABPbh. ade artis. orang bapak punya lah ramai. jalan-jalan beli stok pad. maklum la, orang jarang period ni pad jarang ada rumah. jadi semalam i borong pad kat watson. shooping lipstik kat guardian. baca buku kat   kedai buku Popular.bace je!belinya tidak.. lepas tu penat,ajak suami ke Taman Gelora pulak. hajat hati nak lepak pantai yang dah nak sebulan tak tertunai-tunai..

dulu masa zaman study di kolej.
kompleks membeli -belah ini lah menjadi tempat saksi
kerakusan aku n kawan-kawan
bershooping.hahaa


asyik u je nak glemer.
i pun nk glemer jugak.
okey-okey i bagi peluang.


sampai taman gelora. kami duduk -duduk ambil angin sambil mengutuk. dia kutuk badan i...i kutuk badan dia. sebab gemuk. suami kata, i gemuk. sampaikan parking kereta pun nak dekat-dekat je. tak nak jalan jauh, nanti i mengah lah kunun. dia tu tak sedar sebenarnya. perut dah boyot. kalau gelak pipi sekuali lebar.hahha....tengok pulak orang dating. i pangku atas peha u, u picit jerawat i.dan bla-bla-bla...


eh, ternampak pulak pasar malam. hubby ajak jalan kaki je pergi pasar malam tu. pergh, punya lah malas nak jalan.jauh tak jauh mana. tapi malas! pergi pasar malam tu pun xlalu kat port makanan.memang nak elak. sebab tahu dah sure kiteorang tergoda dengan makanan yang sedap-sedap n penuuuh kolestrol tu. so kiteorang jalan kat bahagian sayur/ikan sajor! 

jooom pi pasar malam!


aku beli daging n sayur-sayur. kacang botol seikat,sawi seikat,limau nipis, bendi, terung,peria katak, tomato, daging lembu dan banyak lagi.........hubby pulak, dia biasalah. kalau nampak keropok lekor sure nak rm2. aku pun tergoda. nak jugak! nak air asam boi yang manisss! hubby pilih air tebu. lepas tu beli satar rm4.fuuuh,melepak pulak tepi pantai balik. makan-makan sambil mengutuk orang dating.huwahuwahuwa!!




suka!
tengah suka ni..

dia kata i gemuk. setambung
lepas tu ambil gambar perut je.



marah. dah suka sangat terus jadi sentap. 
biasalah, hubby memang suka membuli wife dia yang lurus bendol ni.
sebenarnya,bosan betol layan orang perasan hensem n kurus ni.
pooorah!

lepas penat buat dosa kering. kiteorang g basuh kereta masuk mesin. kena rm4.okey lah basuh luar je. memula i drive. lepas tu takut pulak kalau-kalau tak dapat control kereta, suruh hubby yang bawak.huhu...lepas basuh kereta, kiteorang ke giant....




high pressure yer..
apa yang pressure nye?
tu ha, air paip yang abang nepal tu pegang punyalah laju.
boleh terbelah peha. kene kereta sakit je bunyinya.
eh, yeke?memandai je..



kat giant, shooping macam-macam. disebabkan diri ni dah nekad nak kurus macam dulu. dan tak tahan kene kutuk....so aku borong buah epal hijau 2bungkus, oren sebungkus,set salad dan sos. betik besar punya! dan ade lah sikit barang dapur yang simple. macam bawang besar, bawang putih,kicap,gula dan lain-lain  =)


sampai je rumah. terus kemas-kemas barang beli tadi. suami ke kedai tukar gas baru. aku pulak terus basuh daging n lumur dengan serbuk  kunyit dan salai. salai atas dapur gas je. sebab rumah aku tak ada tempat nak menyalai macam kat kampong mak tu. kalau nak lagi sedap salai atas para yang guna arang kayu. nak salai daging tak boleh api besar-besar nanti daging hangus/hitam. cukup lah ada asap yang panas dan haba je. itu pun da sedap.aku buat atas dapur gas pun tak hape lah janji salai dan jadi.


malam tadi kiteorang makan salad je. set salad tu ingat ada daun-daun kosong je. rupanya ada 3labu jenis salad. harus lah aku teruja tak hengat! perah limau nipis, potongkan tomato, epal dan picitkan sos salad.aummm.nak sedap lagi makan dengan ayam goreng kosong. ayam goreng tu goreng kecil-kecil. buat macam salad KFC dulu-dulu tu..


dan hari ni.teruja sangat nak masak daging salai. rindu masakan mak. walau bukan mak yang masak aku berselera sangat. tapi sayang, nasi sikit. memang tanak sikit nasi hari ni. yelah, nak diet kan. nasi kene sesenduk sorang je. lepas tu kiteorang meratah lauk sampai kenyang. hubby suka sambal belacan.so memang dah siap ada dalam peti sejuk. aku pulak suka budu. so aku perahkan limau nipis, potong bawang merah dan lada potong.aumm,sedapnya!!


makanan popular orang negeri 9. 
gulai daging salai campor terung pipit

sup sawi. aku suka letak daging.
tapi hari ni saja nk letak fishcake dengan fishball pulak.
tedap!

betik.
setengah jam makan...
suami toilet depan  ..aku toilet belakang.
huwahuwahuwa...

pagi tadi. terajin pulak. tanam serai kat depan rumah. tepi paip. kat situ tanah lembab sikit.okey la. cadangnya lagi nak tanam betik, peria katak, bendi, cili padi..tomato pon boleh. biji semuanya tu jangan dibuang dalam tong sampah. tapi  keringkan dan tuai dalam polibeg atau plastik beras yang dah tak guna tu kan..dah keluar tunas pindahkan dalam pasu atau atas tanah yang dah digemburkan.dapat keluarkan peluh dan duit dapur pun jimat =)

kalau nak tahu. dulu masa zaman sekolah menengah. aku rajin tolong mak tanam sayur mayur sekeliling rumah. tangan mak panas. so aku la yang tolong cucuk batang ubi kayu. semai benih lada. bila dah bekerja ni je malas nak berkebun.

dahlia :: "soal zuriatkan rezeki tuhan.."eman manan dalam cerita hujan malam.astro prima.


2 comments:

  1. wowooot..rindu kuantan...pasar malam terbaik..megamall pun terbaik..tapi tu dulu la..tahun 2003-2006..masa ecm xde lagi..huhu..masa tu megamall paling tiptop..=D

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...