Saturday, March 17, 2012

bawang putih

dah 2 hari saya mengamalkan makan GARLIC  3000mg softgel capsules dari Naturalife. bagusnya selepas makan tu badan akan mengeluarkan angin yang banyak. siang malam saya asyik mengeluarkan angin dari atas dan bawah. perut buncit saya pun ada kurang sikit.sukaaaaa..

semalam saya meng'google. saya baru seminggu dua ni je suka bawang putih. kalau tidak sebelum ni saya cukup benci. yelah, bau dia busuk. rasa pun tak sedap. tapi dia ada banyak sangat khasiat. masa saya sakit-sakit hari tu, saya ambil selabu bawang putih dan panggang atas bara api. lepas tu makan macam tu je. pedas jugak lah, tapi nak sihat punya pasal.saya redah je! tak pun saya cicah dengan madu. lepas makan tu saya minum air banyak-banyak.hehehehe...

paling penting bawang putih nie ada khasiatnya yang tersendiri dalam soal kesuburan dan kehamilan.bawang putih mempunyai satu mineral semulajadi yang dapat dan diyakini boleh mengurangkan kadar keguguran apabial anda hamil kelak.ia juga mengandungi vitamin B6 yang dapat menjaga keseimbangan hormon anda dan dapat dijadikan imunisasi yang baik.

nak cerita pun banyak sangat khasiatnya.apa kata kita semua sama-sama meng'google. saya baru je tahu ni, akak yang mengurut badan saya hari tu suruh saya amalkan makan garlic. nasihatnya lagi, pil ni kalau boleh makan dalam bentul softgel. kalau yang tablet biasa tu bahaya untuk jangka masa yang panjang. sebabnya kandungan dalam teblet itu adalah campuran kapur dan bahaya untuk buah pinggang.oooo,ok! banyak ilmu yang saya dapat dari akak yang mengurut badan saya minggu lepas. maklum lah orang hospital kan. walau pun hati saya sedih,sebab dia kata saya tak subur tapi saya sabar je lah. orang tengah period kan masa tu mana nak suburnya....

jangan lupa google pasal bawang putih ya. saya mengamalkan pun sebab selalu demam, angin banyak dalam badan. pulak tu saya ni baru je buang ketulan di breast, jadi harapan saya garlic ni dapat membantu saya supaya ketulan tak datang semula..dan niat saya nak kurus jugak ehehehe...

okey lah. lepas ni saya nak balik kuantan semula. lepas ni susah dah saya nak online macam biasa. entri baru pun mungkin hujung bulan ni je keluar.apa pun doakan saya berjaya bulan ni yer! tak sabar pulak bila tengok baby kawan saya semalam. comel. nasib dia keluar awal dari perut mummy dia, maka sempatlah saya melawat.

ok. tata

dahlia :: malam tadi abah belikan saya pil jamu cina. katanya bagus untuk penyakit asma  macam saya. say amalas nak layan tapi nak ambil hati, saya telan 2biji.isyh, abah..abah...


1 comment:

  1. Hye dahlia,jumpe lagi... Oh,,saya baru taw khasiat bwg putih, terima kasih info ini.. Boleh la saya dpt kan nya... Kt farmasi mesti de jual kan, oh, better yg softgel ekk.. Baiklah... Thx again.. Usaha tgga kejayaan kan...

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...