Saturday, March 31, 2012

ape-ape ntah..........

salam.


hari ni penat betol lah. semalam sebelum balik rumah mertua, saya dah siap berkemas. siap mop lantai 2round okey (pagi dan petang). basuh bilik air depan dan belakang. vakum dan menyudahkan kain baju yang dah berbulan-bulan tak terusik tu dengan melipat dan sangkut dalam almari. saya rasa lah kan, hilang 2kilo lemak saya semalam. punya lah gigih!


tengahari tadi kiteorang balik lah rumah. masuk je kereta dalam garaj, jiran sebelah rumah (suaminya) terus menyapa kami. terkejut gak, sebab saya pun dah rupa minah endon yang baru sampai dari seberang.suami lar yang melayan dengan penuh perasaan. katanya semalam blackout.habis satu taman ni terputus bekalan elektrik..ook,sebab senja semalam kat kuantan hujan ribut. jadi elektrik lama tak ada..ooh, terima kasih lah banyak-banyak..


ermmm, bila saya masuk je dalam rumah.too dia, air membanjiri dapur dan hampir nak bergenang ke ruang tamu. rupanya ais  peti sejuk dah cair dan melimpah ruah! kiteorang ada dua peti sejuk. satu tu yang biasa-biasa tu..yang satu lagi tu freezer besar.hat yang buat letak ayam 100 ekor tu.hehehe...adoi!naik darah ..naik..naik..naik tinggi!


dah feeling nak demam. rasanya sampai rumah nanti terus nak loncat atas katil je atau nak rendam lama-lama dalam bilik air sebab cuaca tersangat lah panas! kebetulan kaki kanan saya pulak tergeliat masa kat rumah mertua.sakit sangat! naik dah urat-uratnya. tapi bila tengok dapur dah macam tasik titiwangsa tu terus laaaa...rasa nak berenang-renang je celah-celah kerusi meja tu kan!ditambah pulak, orang tu tak nak tolong saya mengemas.erm, memang macam amah indon!serius! kesian saye basuh peti sejuk oldschool tu dengan penuh kasih dan sayang..ditambah pulak nak mengelap lantai dapur yang berkecah.mop satu rumah, basuh pinggan, basuh longkang belakang rumah.dan disertai dengan membebel..akhirnya saya tersadai kepenatan depan tv.oh noooo..


lani tengah layan afc (asian food channel) sambil buat blog.disebabkan hati ku masih meluap-luap geram. saya telah menghabiskan 2biji buah oren yang super sedap. malas nak pelawa orang tu, sebab dia dah habiskan setengah biji buah tembikai tanpa mempelawa saya! dah makan tak nak pulak basuh pinggan.sabar je lah den  =)


dan sebagai denda.orang tu kene urut kaki saya malam ni. nak berjalan pun payah dah ni cik jah. terhenjut-henjut tak tentu pasal. meow-meow depan rumah saya ni pon gelakkan saya.tak pasal-pasal saya cuti sapu daun kering kat laman rumah petang ni.jadi saya gantikan dengan bergosip dengan aunty indian sebelah rumah ni sambil teman dia basuh laman rumahnya yang baru saja dicemari kaca aquarium yang baru tergolek dari landasan...  =)


kiri kanan kiri!
nyoww-nyoww 

1 comment:

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...