Saturday, March 31, 2012

ape-ape ntah..........

salam.


hari ni penat betol lah. semalam sebelum balik rumah mertua, saya dah siap berkemas. siap mop lantai 2round okey (pagi dan petang). basuh bilik air depan dan belakang. vakum dan menyudahkan kain baju yang dah berbulan-bulan tak terusik tu dengan melipat dan sangkut dalam almari. saya rasa lah kan, hilang 2kilo lemak saya semalam. punya lah gigih!


tengahari tadi kiteorang balik lah rumah. masuk je kereta dalam garaj, jiran sebelah rumah (suaminya) terus menyapa kami. terkejut gak, sebab saya pun dah rupa minah endon yang baru sampai dari seberang.suami lar yang melayan dengan penuh perasaan. katanya semalam blackout.habis satu taman ni terputus bekalan elektrik..ook,sebab senja semalam kat kuantan hujan ribut. jadi elektrik lama tak ada..ooh, terima kasih lah banyak-banyak..


ermmm, bila saya masuk je dalam rumah.too dia, air membanjiri dapur dan hampir nak bergenang ke ruang tamu. rupanya ais  peti sejuk dah cair dan melimpah ruah! kiteorang ada dua peti sejuk. satu tu yang biasa-biasa tu..yang satu lagi tu freezer besar.hat yang buat letak ayam 100 ekor tu.hehehe...adoi!naik darah ..naik..naik..naik tinggi!


dah feeling nak demam. rasanya sampai rumah nanti terus nak loncat atas katil je atau nak rendam lama-lama dalam bilik air sebab cuaca tersangat lah panas! kebetulan kaki kanan saya pulak tergeliat masa kat rumah mertua.sakit sangat! naik dah urat-uratnya. tapi bila tengok dapur dah macam tasik titiwangsa tu terus laaaa...rasa nak berenang-renang je celah-celah kerusi meja tu kan!ditambah pulak, orang tu tak nak tolong saya mengemas.erm, memang macam amah indon!serius! kesian saye basuh peti sejuk oldschool tu dengan penuh kasih dan sayang..ditambah pulak nak mengelap lantai dapur yang berkecah.mop satu rumah, basuh pinggan, basuh longkang belakang rumah.dan disertai dengan membebel..akhirnya saya tersadai kepenatan depan tv.oh noooo..


lani tengah layan afc (asian food channel) sambil buat blog.disebabkan hati ku masih meluap-luap geram. saya telah menghabiskan 2biji buah oren yang super sedap. malas nak pelawa orang tu, sebab dia dah habiskan setengah biji buah tembikai tanpa mempelawa saya! dah makan tak nak pulak basuh pinggan.sabar je lah den  =)


dan sebagai denda.orang tu kene urut kaki saya malam ni. nak berjalan pun payah dah ni cik jah. terhenjut-henjut tak tentu pasal. meow-meow depan rumah saya ni pon gelakkan saya.tak pasal-pasal saya cuti sapu daun kering kat laman rumah petang ni.jadi saya gantikan dengan bergosip dengan aunty indian sebelah rumah ni sambil teman dia basuh laman rumahnya yang baru saja dicemari kaca aquarium yang baru tergolek dari landasan...  =)


kiri kanan kiri!
nyoww-nyoww 

Thursday, March 29, 2012

wajar tak pregnancy announcements?

salam semua..


semalam syok betul berforum kat ratuhati. feeling betul meluah kepedihan hati dan segala pendapat yang tak seberapa ni. banyak info yang boleh diguna pakai. kalau saya tahu lah betapa seronoknya ratuhati tu dari dulu lagi saya dah register.hehe.kesian-kesian ketinggalan zaman..ramai gak jumpa akak-akak blogger dalam forum ratuhati tu ye.tak sangka.hehehehe.....


Hari ni rasa nak cerita pasal pregnant announcement. patut tak kita announcement kat facebook yang kita dah mengandung?kat facebook tau, bukan kat blog. kalau kat blog segelintir saja yang tahu kot? tapi blog saya ni kene sorok-sorok sikit sebab ramai silent reader..ramai stalker. mereka ni semua dari kalangan kawan facebook jugak. kawan masa zaman study dulu..jiran sekampong..musuh ketat.eh!sori....


saya ada kisah sakit hati pasal pregnant announcement ni. masa saya postif tahun lepas, saya happy sangat.!maklum lah dah menunggu lama. saya pun tulis kat facebook.."6weeks.alhamdulillah..doakan kesihatan kami"..sebab masa tu saya demam teruk. teruk sangat!..saya tak fikir pun kat facebook ni ada ramai yang tak berkenan dengan tindakan saya tu! walau pun saya tak tulis 'yahooo!aku pregnant' atau 'bestnyaaaa pregnant.ko ada?'...atau apa-apa je lah. tapi tetap ada yang tak suka.


bila nak masuk 3bulan.saya gugur. saya menyepi 2minggu sebab berpantang dirumah mertua. saya tak bukak blog dan facebook pon. suami jauhkan saya dari internet supaya saya dapat berehat. bila habis mc hospital saya pun naik kerja. dengan hati yang berbelah bagi dan badan tak sihat (kepala pening akibat dari kurang rehat) ada yang mengadu pada saya. ada kawan-kawan office mengutuk saya dari belakang. katanya kalau awal mengandung jangan bagi tahu orang.nanti tak jadi malu. macam dia tu! terima kasih pada yang mengadu pada saya tu. saya menangis.sedih sangat hati saya. tapi disebabkan bekerja satu office, saya buat baik balik pada orang yang bercakap tu. dia mengandung pun masa 5weeks dah heboh satu office. saya tak ambil kisah.cakap lah apa nak cakap...


bila saya bukak faceboook. ada kawan yang bagi kata-kata semangat. sekurangnya bersabar dan cuba lagi. tapi ada tu pulak kata dengan saya 'lain kali jangan suka sangat'..sumpah yang ini paling saya sakit hati. sekarang ni orang yang kata 'lain kali jangan suka sangat' tu tengah mengandung. saya tak pulak berdendam nak sakitkan hati dia ke apa, biarlah..kadang-kadang manusia ni tak sedar apa yang mereka katakan.betul? jadi biarlah dia menikmati saat-saat indah masa tengah pregnant...


dan..
saya pernah kecil hati dengan kata-kata seorang rakan. masa pertemuan tu, saya baru sebulan baik dari pembedahan membuang ketulan fibroadenoma dan baru sebulan lebih baik dari keguguran. emosi saya tak baik sepenuhnya lagi.. dia komen sikit lah pasal facebook. katanya
'benci tengok kawan-kawan kau yang ucap takziah kat wall fb kau tu, anak kau belum bernyawa lagi pon'...huh, tak apalah. masa tu saya terkejut jugak bila dia cakap macam tu. betul jugak apa yang dia cakap. tapi tak sepatutnya cakap macam tu depan saya.kasar bunyinya. kesedihan saya tak dapat dikongsi dengan sesiapa. termasuk dia.sejak tu saya mula geram.


itu cerita saya. saya nekad, lepas ni kalau saya ada rezeki saya tak nak share dah dalam facebook. ramai yang mendokan kehancuran hati saya dari kebahgiaan saya.agaknya lah! hanya suami,keluarga terdekat, kwn blog dan seorang wakil kawan pejabat dulu sudah cukup. bagi saya mereka tidak mendatangkan kemudaratan dalam hati saya. selagi boleh simpan,saya simpan berita gembira ni.ceh....


saya tak pernah cerita pada sesiapa pun kisah ni. rasanya luka lama berdarah kembali kot =) cool..cool..cool.senyum sikit...eh, kan comel.


dahlia :: kalau ada yang terasa hati.minta maaf banyak-banyak lah ye.tak sengaja.

Monday, March 26, 2012

bermain dengan perasaan..

sejak setahun kawen, kiteorang laki bini dah mula fobia dengar ada kawan-kawan nak kawen. bila dengar je ada wedding invitation sure hati rasa tak sedap. ingat saya je, rupanya suami pun berperasaan yang sama. tapi tidak lah seteruk saya kot..


buat masa ni hampir semua kawan-kawn yang berkahwin selepas kiteorang, semuanya dah mengandung. dan dah ada baby. sungguh subur mereka..tak payah tunggu lama-lama. inai kat jari pun berbaki dah tulis kat wall fb sekurang-kurangnya 'alhamdulillah...' dari situ kiteorang dah dapat agak. yes, ada berita gembira. bunting pelamin lah tu. ya allah, dalam hati ni.........macam biskut diramas-ramas..


pernah jugak..my kawan bunting pelamin. baru je balik honeymoon terus lekat. dia tidak lah menghebohkan.senyap-senyap je.tapi saya dapat agak. masa tu mengadu dengan hubyy sambil air mata menjurai-jurai. baju ni lembab sapu air mata. merajuk tak nak makan. merajuk sampai tak nak onfacebook, tak nak sakit hati punya pasal. tapi pikir sampai bila lah saya ni nak merajuk. nak marah siapa sebenarnya? diri sendiri?...jadi perlahan-lahan memaafkan diri sendiri. perlahan-lahan menerima 'ya, bukan rezeki kami lagi'...


dulu setahun lebih PJJ dengan suami. keadaan ni boleh terima lagi sebab ada alasan. jarang jumpa dan sibuk dengan kerjaya tu sebab tak dapat conceive. sekarang ni dalam masa 2bulan saya berhenti kerja banyak jugak saya dengar khabar gembira dari kawan-kawan. tak apalah, bulan ni kami anggap kami baru saja kawen. kalau ada rezeki maknanya saya bunting pelamin.wahh! harapan tinggi tak tinggi tu  :p


dulu ada jumpa kawan lama. dia dah kawen pon belum ada anak. katanya dia merancang. sebab masih muda nak ada anak. nak pikul tanggungjawab sebagai ibu/bapa ni susah.xpuas enjoy berdua lagi. nak enjoy pun payah nanti kalau ada baby. pulak.! saya tak tahu dia merancang macamana. yang pasti dia tak mengandung lagi sampai sekarang.erm, tak apalah..itu hak dia nak anak atau tidak. mungkin dia tak fikir 'susahnya nak dapat anak, bila kita betul-betul nak'..


ingat tak dulu saya ada keluarkan post pasal kawan office saya yang 5tahun ttc??..awalnya suami dia minta merancang. sebab nak enjoy berdua. lama jugak merancang. hampir 2tahun kawen baru terasa sunyi. masa tu baru usaha nak baby...sila baca sini  .... sekarang ni, dia kata kene merancang semula.sebabnya anak keluar setahun sorang pulak.tapi kalau rezeki lagi lepas ni, dia n suami terima.....


itu lah dia. fobia dengar orang kawen, bunting pelamin dan merancang. apa pun kiteorang berdebar-debar je tunggu kawan suami yang baru kawen 3minggu lepas nk umum berita bunting pelaminya pulak. versi apakah kali ni?sabar..takut..sabar..takut.hehehe..


ini bukan luahan nak berperang atau tidak puas hati.mencemburui itu perkara biasa.betul? dah jadi kerak dalam hati tapi tidak lah sampai berbekas sampai bertahun lamanya. tidak! cukup sehari semalam je kot sebab saya tak macam tu. rezeki mereka..siapalah kita untuk melebih-lebih menajam perasaan pulak. biasalah orang macam saya ni memang banyak main dengan perasaan...hehehehe..


 
sejuk hati tengok bunga ciptaan Allah ni kan..

 
 

cantiknya bunga dahlia ni.
sebab tu saya suka...

senyum-senyum selalu..


dahlia : hari ni dah tak ber'EPO. sebab hari ni dah ovulate.eh yeke?? (kiraan babycenter) .nyehnyehnyeh! yabedabeduuuuu...muka pun dah berjerwat pasir.berminyak bagai. kalau boleh disapu-sapu jerawat ni bak pasir dilantai cun jugak.lama dah saya sapu kasi bersih..



Sunday, March 25, 2012

tahniah biras ku !

biras saya dah mengandung.
baru comfirm..usia kandungan sekitar 6-7week
insyaallah dapat twin (sebab ada 2 kantung)
seisi keluarga seronok.
rupanya family mertua saya dulu ada yang twin..
jadi tak mustahil gen twin mengalir ke cucu..
seronoknya!!



lepas dah hajat suami nak bagi lepas abang dia dapat anak dulu..
sekarang tunggu giliran kiteorang pulak.
saya ni tak tahu lah macamana
period pun segan nak turun..
sabar je lah.
usaha lagi lah nampaknya =)

dahlia :: breast saya ni makin sakit.sakit sangat!







Thursday, March 22, 2012

my kebun

jangan tak percaya. kiteorang pun ada kebun.sekangkang kera je. buat tanam sayur sikit-sikit. janji lepas makan dua laki bini okey lah tu. dari dibiar laman rumah ni naik lalang baik saya tanam benda yang berfaedah.


suami saya suka bawak saya jalan-jalan ke bandar ikut jalan shortcut yang melalui kawasan perumahan cina. apa yang saya perhatikan, mereka cukup rajin bercucuk tanam. tak dapat atas tanah. dalam pasu pun jadi lah! disusunnya pasu-pasu comel tepi longkang dan tanam lah segala sayur mayur. macam emak saya. tanam pokok terung dalam longkang yang dah tersumbat dek tanah. depan rumah kat kampong saya tu ada tebing tinggi. dari dibiar lalang tumbuh meliar, jiran-jiran  kat situ tanam pokok cili, ubi kayu, serai, kunyit, halia disepanjang tebing tinggi tu. sejuk mata memandang. dah macam kat cameron higland pun ada.hehehe..nanti saya ambil gambar.


ini biji peria katak. kami laki bini suka makan. 
samada buat gulai atau buat goreng berlada pun syok. saya ambil bijinya dan keringkan.lepas tu campak je kat tanah.

ini tunas halia.

biji kacang botol. pun saya ambil biji dan keringkan.

...................................................

serai. saja saya beli segamgam!
suami kata nak buat apa banyak-banyak?
haa, ini lah faedahnya. saya rendam dalam air kasi keluar akar
lepas tu tanam macam gambar kat bawah..

yeay! dah tanam. moga cepat besar dan gemuk-gemuk tau.
.......................................................................

ini biji peria katak tadi. baru keluar tunas.

ini hasil selepas 2minggu.
peria katak tadi dah keluar pokoknya.
tapi lepas ni kene cari kayu untuk dia menjalar lah pulak.
................................................................................


cili.saya jemur dan keringkan.
lepas tu campak je kat tanah.

lepas 2mnggu. dah keluar pokoknya.
yeay!
.......................................................................

ini barisan pokok bendi kesayangan saya.
biji benihnya saya beli di kedai rm2
senang sangat nak tanam. tanam je biji benihnya dalam tanah.
siram jangan lupa 
lepas tu tunggu jelah dia keluar tunas.
..........................................................................

bawang ni dah lama kot.sampai terkeluar tunasnya.
saya tanam dan harap-harap dapat saya merasa daun bawang segar dari depan rumah =)


yang ini daun bawang tadi.selamat dah saya tanam.
tapi rasanya tak sesuai tanam atas tanah macam  ni.
nanti petang kang saya korek semula dan tanam dalam polybeg
atau pun dalam bekas botol air yang dipotong dua.
cun kan?
....................................................................................

pokok pandan ni mertua saya yang bagi..
dah 2minggu jugak saya tanam
serius. tak pandai tanam. 
tu yang rupanya macam ekor ayam je tu.
kikiki


tada!
dulu laman rumah ni penuh dengan lalang.
lepas tu saya beli cangkul dan gondolkan semuanya.
terung telunjuk saya belum keluar tunas lagi.
 halia baru tanam. kunyit pon join sama.
harap-harap hubby tak terpijak.hehehe

seminggu lepas saya beli betik di Giant. besar dan manis sangat. hubby kata, sedapnya kalau dapat rasa buah betik yang sedap macam ni lagi. jadi saya keringkan jugak bijinya dan campak je kat tanah.  tadi tengok dah keluar tunas dari bijinya.seronok betul hati ni. tak lama lagi tak payah lah saya bersusah payah nak makan betik sampai ke giant atau kedai buah. petik je depan rumah. mesti lagi sedap dan manis.


dahlia :: tadi baru belajar pasal BBT.seronok jugak ya? tapi kene belajar banyak lagi la pasal ttc =)



entah jadi entahkan tidak..

S.M salim & Shila Majid


tidak mengira manusia,
sama saja.....
di dalam diam ada hati,
ingin bercinta....

org muda menanggung rindu,
org lama menanggung ragam,
carilah......pilihlah.......yg sepadan.....

jika bercinta jangan hanya ikut rasa,
guna akal guna fikiran,
berwaspadalah.........
sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna,
terlajak......tindakan.....merana......

mata bertentangan mata,
bak minyak dsambar api,
janganlah asyik bercinta,
semua kerja tak jadi.

seperkara usah lupa,
memohon izin doa restu,
saudara.....ayah.....ibu.....

berenang-renang di muara,
hati2 dilambung ombak,
dah berzaman asyik bercinta,
entahkan jadi entahkan tidak.......

disebut-sebut pribahasa,
habis madu sepah dibuang,
usahlah begitu hendaknya,
terlanjur....bercinta.......berkekalan....

.......................

 
jadi ke? kalau jadi bila nak langsungnya? dah beduyun ke hulu hilir, seronok benor nampaknya bawak anak dara orang tu weh. geram sebenarnya ni baca kat surat kabor tadi pasal budak yang hilang kat Taman Tas, Kuantan ni. memang kene sangat lah dengan lagu kat atas ni.

pentingkan diri sendiri.sampaikan akal fikiran letak kat tapak kaki. buang semua maruah mak ayah semata-mata nak bersama pakwe tercinta.cinta pak ang. geram seyh.

rasa terkongkong lah konon. tertekan bagai. sedar-sedar lah awak tu umur baru berapa tahun dik oi. nak bercinta apa lah yang dapat masa umur semuda ini? nak kawen sangat dah ka?

memang betui lah apa yang lagu ni dok habaq.. ' orang muda menanggung rindu, orang lama menanggung ragam'..kecewanya! wat penat je saya dok risau-risau dengan hubby. kesian-kesian bagai, rupanya...masyaallah. kesian mak ayah dia.tak tertanggung rasa geram dihati agaknya.

sebenarnya, bukan nak marah apa sangat lah.sebenarnya mata ni dah lama sakit tengok adik-adik saya ni bercinta. berduyun ke hulu hilir. spm tak lepas lagi ni dah gatal. bawak bf/gf balik rumah. nak kenal-kenal dengan family. mintak restu. nak bagitahu kawan-kawan sekolah kononnya..percintaan mereka direstui mak dan ayah.ehhhhhh...

tapi, jadi ke? entah jadi entah tidak! sama lah dengan diri ni.hehehe..dulu zaman sekolah pun handal jugak play-play nye. tapi habis macam tu je. abah garang bak harimau. tak berani nak lebih-lebih. bila dah habis study dan dah ada kerja baru lah berani cari yang betul-betul.itu pun takut bukan main! alhamdulillah, menjadi. kawen dah pun =)

sekarang ni perangai tak sihat itu diwarisi adik-adik saya. tapi tidak lah hebat sangat sampai bawak gf/bf balik rumah. masih terkawal. cuma sesekali terkantoi dating tu memang kene lah dengan saya dan abang yang sulung tu.diorang pun kalau nak cakap lama-lama dgn bf/gf memasing pun tak berapa berani depan saya dan abang. tak payah nak close sangat lah.kiteorang tak sporting.

sebagai akak dan abang. siapa lagi nak tegur mereka. siapa lagi nak jaga mereka. kita lah kan? saya ni kalau boleh tak nak lah adik saya yang bakal ambil SPM tahun ni bercinta. sebab tak ada faedah langsung yang dapat! membazir masa. saya pun dah lama menyesal. bila fikir-fikir, alah SPM tu senang sangat! tapi akibat lalai, tak ingat nak belajar rajin-rajin. tahap itu je lah yang saya dapat.
 
tegur tetap tegur. saya ni biasalah lah. hati kalau dah hangat kat mana je saya lepaskan lahar yang tengah mengelegak tu. tak kiralah depan mak n abah saya sekali pun. kalau dah sakit mata saya ni memandang ini kan pulak hati yang menyimpan.baik saya lepas. untung nasib lah adik-adik saya tu..

saya harap. adik-adik saya tidak lah sampai nak lari rumah bagai. konon kene culik pastu kene jual kat Thailand. memalukan keluarga. bukan sekampung nanti kecoh tapi satu negara.kalau mereka buat, memang saya bantai.
kuikuikui =)

tata..






Wednesday, March 21, 2012

cd13

malam tadi cakap dengan suami. 
breast saya ni makin hari makin sakit pulak.
rasa macam nak period.
sensitif kemain.kenapa ya??


saya kenal rasa ni..
ini rasa macam nak datang bulan je.
tak kan lah kot..
baru cd13....
ke nak ovulasi?
wahhh, harapan!!


sejak habis je period hari tu, saya dah memulakan amalam EPO semula. 
3 kali sehari. sebelum sarapan - petang - malam..
lepas sarapan pagi, saya makan 5biji softgel GARLIC dan asid folic sorang sebiji.
bila malam sebelum tidur, saya bancuhkan serbuk debunga kurma+madu untuk saya dan suami.


usaha lain. saya sedaya upaya keluarkan peluh. nak joging atau main tali skipping suami tak bagi. jadi saya gantikan dengan mengemas rumah, mop lantai dan berkebun. buat bersungguh-sungguh!


tapi kan..
ni kenapa ni breast saya ni empuk dan sakit sangat ni??
erggghhh...











kawan oh kawan....

malam tadi tergerak hati nak onn chat kat facebook. saya jarang buat macam tu sebab nanti penuh wall nak berchat dengan saya.cehhhh..biasalah saya ni lebih selesa berjalan senyap-senyap.. bila orang nampak saya sedang on chat apa lagi.tak terlayan saya.cehhh lagi sekali ni!.


seronok jugak layan kawan-kawan malam tadi. ramai yang tanya pasal perkembangan saya. terutama usaha nak dapat anak. saya okey je kalau nak cerita pasal usaha ni.asalkan apa yang saya cerita tu dia faham. usaha saya pun tidak lah canggih mana.ala kadar je. asalkan berusaha..


tapi ada jugak yang tak faham. dah kawen berbulan-bulan pun masih tak tahu apa itu folic asid. sebagai kawan tentulah saya sedih.tapi lagi sedih sebabnya dah kawen tapi tak nak duduk dengan suami. dibiarkan sahaja suami duduk jauh.alasan tak ada kawan. pulak! ruginya...dibiarkan saja suami berulang tiap minggu datang kat dia. saya tanya 'awak kerja tak'...dia tak kerja rupanya.duduk rumah emak ,goyang badan.lorh!lagi lah rugi!


kalau saya jadi dia. habis je kenduri kawen terus saya angkut kain baju duduk dengan suami. tak kira lah ada kawan atau tidak. duduk dengan mertua atau tidak. jauh dari bandar ke apa ke. janji saya duduk dengan suami.isyh, ruginya. terbazir masa berkualiti bersama.apatah lagi hubungan halal ni di ringan-ringankan..erm...sayang-sayang..


sekarang ni dia masih berjauhan dengan suami. kesian suami tiap minggu kene balik rumah mertua nak jumpa isteri. sedangkan isterinya tak berkerja atau terikat dengan apa-apa tanggungjawab pun. kalau  lah dia merasa rasa seperti saya dulu, baru tahu betapa seksanya. tak apa sekarang ni dia kawen pun tak sampai 6bulan lagi. suami tengah larat nak berulang.hehehehe..


apa-apa je lah.janji dia bahagia. saya dah suruh dia beli EPO.suruh dia amakan folic asid jugak. sama jugak lah dengan saya......


sekian terima kasih =)


10.10.10














Tuesday, March 20, 2012

sebagai kenangan..

takut la. sekarang ni musim culik-culik budak pulak. eh yeke? tidak, sekarang ni dah tak ada musim dah. sepanjang tahun ada-ada je kes. nasib saya tak jadi polis kalau tidak mesti penat kan? cuma saya dapat jadi adik ipar abang polis je..hehehehe....


hari ni HOT kat hot FM pasal kes culik kat Taman Tas, kuantan. Adeh, dekat jugak ni dengan rumah. takutnya. Jiran sebelah kiri rumah balik kampong bercuti 2minggu sempena dapat MC sebulan (kaki dia patah) habis semua anak bini dia bawak pi balik. udah lah sunyi je kat area rumah ni. jiran sebelah kanan pulak indian. okey lah cuma kalau diorang satu family pergi kerja memang sunyi sepi je rumah ni. 


saya pun dah tak berani nak sidai-sidai baju atau jenguk kebun kat depan rumah bila waktu orang pergi kerja. nak buat semua kerja tu kene tunggu lepas suami balik kerja atau balik makan tengahari. takutnya kot-kot saya pulak kene culik. lepas tu jual kat Thailand.kesian family saya nanti...


sebenarnya,
hari terakhir saya di JB dulu saya pun ada mengalami pengalaman ngeri. ngerinya sebab diorang main parang. ingat nak belasah pakai kayu macam dalam filem tu. tapi rupanya parang yang diorang pegang. masa tu saya dah jerit-jerit dalam kereta. menggigil sangat! sebagai saksi pertama saya terus kaku dalam kereta. takutnya kalau diorang tetak kereta saya atau bawak saya lari.erm...nasib baiknya selang beberapa saat baru ada beberapa kereta n motor datang. diorang buat bunyi hon kuat-kuat. saya yang terkaku ni kembali okey dan terus cabut lari dari situ.


saya ikut kan nak je cerita kat blog tapi takut sangat. kot-kot lah orang tu baca blog saya terus dia cari caya.oh noo! ada yang nasihatkan saya buat report polis. ada jugak yang suruh saya buat tak tahu je. maklum lah mafia-mafia ni jangan dibuat main. malamnya tu saya tak dapat lelapkan mata. punya lah saya takut. takut sangat kot-kot ada orang ceroboh kuaters n masuk rumah saya masa tu. udah lah kuaters tu tak ada pengawal keselamatan. senang-senang je orang nak keluar masuk. nama je kuaters kerajaan. syukur alhamdulillah, walau tak cukup tidur malam tu tapi nyawa saya selamat. besoknya terus bungkus kain baju cepat-cepat n balik kuantan. sepanjang jalan saya fobia dengan kereta waja silver flat J. 


bila dah nampak muka suami. terus hilang perasaan takut dan curiga.dah sebulan lebih peristiwa berlaku. selalu baca dalam surat kabar je.akhirnya sebagai tanda kenangan di sana saya dapat menyaksikan aksi orang main tetak-tetak depan mata saya sendiri. ya allah...dunia sekarang dah tak ada nilai kasih sayang. ...




cer teka saya nak masak apa hari ni?




Monday, March 19, 2012

happy birthday to ME..

 

alhamdulillah. hari ni birthday saya yang ke-24tahun. muda lagi dulu target nak kawen masa umur 24tahun lah konon. tapi disebabkan jodoh dah sampai awal makan kawen masa umur 22tahun..belum ada anak. tengah usaha lah ni. nasib baru 24tahun ada masa lagi ni....

kenangan 3tahun lepas,
malam tadi terus teringat masa zaman study di utara. malam birthday, kawan-kawan n adik angkat bawak saya jalan-jalan sampai ke songhkla thailand. memula tu seronok lah ada ber'birthday party.lepas tu naik kereta dan jalan-jalan sampai tepi pantai di Songkhla. sampai sana je terus menangis sebab takut.hahaha!!..kesudah dapat sejam je duduk tepi pantai. menangis semahu-mahunya sebab takut. saya rasa jauh sangat dengan family. jauh sangat dengan jitra dan jauh sangat dengan KL....itu adalah kenangan semasa birthday yang paling saya tak dapat lupakan.

hari ni. 
birthday saya yang ke 24thn. tak ada apa-apa yang best. tak ada mintak apa-apa dari sesiapa.macam biasa, setiap awal pagi saya kumpul baju kotor untuk dibasuh. masak untuk makan tengahari..erm,mungkin hari ni saya masak best sikit koooot? atau pun saya cadang nak buat puding jagung special hari ni.hehehe!! atau pun nak makan luar je dengan suami tengahari ni.best jugak eh?

walau hati saya tengah hot. malam tadi puas saya tahan mengantuk. tunggu dia balik dari operasi. dia balik tepat jam12tengahmalam. ingat dia nak kejar saya sekurangnya cium dahi ke. tapi BOLA yang dia kejar dulu. melangok depan tv sampai pagi. tak wish ponnn...dah lah petang tu saya hot jugak dengan dia. kesudah sampai ke pagi saya hot dengan dia.erghhhhh.....

dia LUPA,
akhirnya lepas dia masuk office pagi tadi baru dia sms. sedangkan pagi tadi masa dia pergi kerja, saya tunggu je dia wish birthday kat saya. tapi tak ada apa-apa yang berlaku.saya rasa dia baru tengok calendar lah! atau tak buat reminder. tak apa..tak apa.nanti birthday dia saya pun nak buat-buat tak tahu jugak.


mintak yang bukan-bukan?
lah, saya tak pernah mintak yang bukan-bukan dengan suami saya. setiap tahun tak ada apa yang saya dapat. cuma saya minta dia sayang saya sepenuh hati dia. itu pun dah alhamdulillah.

isyh, tercemar mood sweet 24 saya hari ni......!

Sunday, March 18, 2012

apa yang saya buat di rumah?

2 minggu mengumpul gambar.
masak je ambil gambar..
lepas berkemas ambil gambar..
buat tu ambil gambar..
pergi sana ambil gambar
dan ini lah dia..
vavoom!




saya tak pandai masak.
 berkat ada internet kat rumah. 
saya google mcm-mcm resepi untuk makan tengahari.
ayam masak merah ni sedap sangat!

gulai ikan salai ni tak payah google pun tak apa.


salad for abi
kadang-kadang mood tetiba nak diet dia mai..
dengan saya sekali kena makan salad.

peria katak sebelum digoreng @ gulai
hubby suka..saya pun suka.
tapi tak boleh makan selalu. 
tak sesuai untuk yang ada penyakit asma macam saya =(

sup diet kiteorang bila lapar dimalam hari..

kat rumah saya tak ada tempat panggang arang kayu.
so atas dapur gas pun cun jugak eh?

kacang buncis untuk abi.
saya tak suka rasa kacang buncis.
jadi hubby habiskan sorang-sorang.

penimbang dan dumbbell 7kg
itu kawan baik saya dan hubby

baget tak ada lagi nak beli almari tv.
ini adalah hasil kreatif saya dan suami
sementara je ni.jgn ketawa tau...

my sayang sedang berehat..

sofa ni abang ipar yang punya. 
disebabkan dia tak nak lagi..
kami ambil je lah...terima kasih along & k.farah

singapore with LOVE..
myjiran bagi masa kerja kat JB dulu..

ubat sakit kita hari tu.
terputus bekalan ubat habis lah den =)
sekarang ni dah tak bergantung dengan ubat lagi.
sukanya!

anak-anak benih bendi yang dikasihi
cepat sikit membesar yer!
kami tak sabar nak kutip hasil dan agih kat jiran-jiran

dapur ku comel!

serabutnya.


tamat!

dahlia :: nak masuk tidur awal. besok nak masak sedap-sedap!..

Bukit Gambang waterpark.

hari tu..
walau tengah sakit.tengah sesak nafas tapi tetap tak sedar diri. berendam berjam-jam lamanya dalam air, sikit pun tak hingat kat sakit.


saya dan anak sedara duduk syok atas pelampung.
hubby yang tinggi, duduk dalam air..


masa diorang bukak ombak tu.kiteorang syok gila duduk atas pelambung.
rasa melambung-lambung atas laut je!last-last pelampung kiteorang terbalik!!
kesian anak sedara.nasib hubby cepat-cepat selamatkan dia sebelum lemas,
 saya pulak terkapai-kapai walau sebenarnya air dia paras leher saya jer.
hahaha..


anak sedara + mak + menantunya..

eee..abi suka senyum macam tak ada gigi =)



tapi pagi tu selepas sarapan pagi, saya dah ter'over dos makan ubat. punya lah pening kepala. mengantuk tak payah cakap lah!nasib masa tu cepat-cepat muntahkan ubat sekali dengan nasi goreng yang saya makan. last-last hubby belikan air limau suam. kasi potong kesan ubat.ergg, alhamdulillah.lega lah sikit.



anak wani


suka tengok baby? saya lagi suka! sejuk mata memandang ini kan pula hati kan... kawan saya dah jadi mummy. kalau kira-kira atau ada rezeki dulu mybaby pun duedate nya sekitar minggu ni je. masa tau tu seronok sangat sebab nak bersalin dekat-dekat dengan birthday saya..

tapi tak apalah. saya tak ada rezeki. saya kene usaha lebih lagi lepas ni nak jadi ibu pulak. suami saya pun dah teringin nak jadi abi.walau apa pun saya dah panggil suami saya abi awal dulu lagi...gituw katanya!hehehehe...

Saturday, March 17, 2012

bawang putih

dah 2 hari saya mengamalkan makan GARLIC  3000mg softgel capsules dari Naturalife. bagusnya selepas makan tu badan akan mengeluarkan angin yang banyak. siang malam saya asyik mengeluarkan angin dari atas dan bawah. perut buncit saya pun ada kurang sikit.sukaaaaa..

semalam saya meng'google. saya baru seminggu dua ni je suka bawang putih. kalau tidak sebelum ni saya cukup benci. yelah, bau dia busuk. rasa pun tak sedap. tapi dia ada banyak sangat khasiat. masa saya sakit-sakit hari tu, saya ambil selabu bawang putih dan panggang atas bara api. lepas tu makan macam tu je. pedas jugak lah, tapi nak sihat punya pasal.saya redah je! tak pun saya cicah dengan madu. lepas makan tu saya minum air banyak-banyak.hehehehe...

paling penting bawang putih nie ada khasiatnya yang tersendiri dalam soal kesuburan dan kehamilan.bawang putih mempunyai satu mineral semulajadi yang dapat dan diyakini boleh mengurangkan kadar keguguran apabial anda hamil kelak.ia juga mengandungi vitamin B6 yang dapat menjaga keseimbangan hormon anda dan dapat dijadikan imunisasi yang baik.

nak cerita pun banyak sangat khasiatnya.apa kata kita semua sama-sama meng'google. saya baru je tahu ni, akak yang mengurut badan saya hari tu suruh saya amalkan makan garlic. nasihatnya lagi, pil ni kalau boleh makan dalam bentul softgel. kalau yang tablet biasa tu bahaya untuk jangka masa yang panjang. sebabnya kandungan dalam teblet itu adalah campuran kapur dan bahaya untuk buah pinggang.oooo,ok! banyak ilmu yang saya dapat dari akak yang mengurut badan saya minggu lepas. maklum lah orang hospital kan. walau pun hati saya sedih,sebab dia kata saya tak subur tapi saya sabar je lah. orang tengah period kan masa tu mana nak suburnya....

jangan lupa google pasal bawang putih ya. saya mengamalkan pun sebab selalu demam, angin banyak dalam badan. pulak tu saya ni baru je buang ketulan di breast, jadi harapan saya garlic ni dapat membantu saya supaya ketulan tak datang semula..dan niat saya nak kurus jugak ehehehe...

okey lah. lepas ni saya nak balik kuantan semula. lepas ni susah dah saya nak online macam biasa. entri baru pun mungkin hujung bulan ni je keluar.apa pun doakan saya berjaya bulan ni yer! tak sabar pulak bila tengok baby kawan saya semalam. comel. nasib dia keluar awal dari perut mummy dia, maka sempatlah saya melawat.

ok. tata

dahlia :: malam tadi abah belikan saya pil jamu cina. katanya bagus untuk penyakit asma  macam saya. say amalas nak layan tapi nak ambil hati, saya telan 2biji.isyh, abah..abah...


Thursday, March 15, 2012

mengeluh...

sejak saya berenti kerja ni. masa banyak dihabiskan dirumah. jadi mak dara yang super seksi dan meletop dirumah. bangun pagi je sengeh-sengeh tengok kain baju yang perlu dicuci, pinggang mangkuk yang tak bercuci yang ditinggalkan si suami malam tadi selepas menonton perlawanan bola sepak hingga ke subuh tadi, meninjau si comel bendi dan rakan-rakan di halaman rumah. bertanya kabar dah keluar kepala belom??..teruja sangat bila dah nampak tunas. subur sangat sayang kami ni! menyapu, mop, sidai baju,masak dan bla-bla-bla..penat jugak jadi suri rumah ni ya? tapi hati belum puas duduk rumah. suami tidak memaksa, sama ada nak sambung bekerja semula atau tidak.


setidak-tidaknya bila saya tidak bekerja..dia dapat balik makan bila waktu tengahari. balik dari kerja, dia dapat merasa meehun goreng atau pun pisang goreng buatan bini nya. tak payah susah-susah buang rm2 secawan teh tarik. ye dak?..kat rumah kan ada.heeee..


semalam due date kawan saya. tapi bayinya belum terasa nak keluar. baru nak acah-acah.ermm, kalau lah ada rezeki saya dulu mungkin saya sekarang ni sedang menanti detik nak bersalin. saya dan suami mesti sedang berkampung dihospital. maklum lah saya ni ada asma.sedut oksigen puas-puas dulu baru selesa nak bersalin. entah lah, tak baik sebenarnya mengingat perkara yang dah lepas. tak bagus untuk jantung saya. suami saya suka bermain-main dengan perasaan saya. mentang-mentang saya lambat mengandung suka-suka dia saja nak kawen lain. kawen je lah.kalau saya malang, perempuan yang nak kawen dengan dia pun 100x malang.hahaha. itu lawak kasar kami. kasar pun jauh disudut hati saya sangat kecil hati. kecil sangat! rasa nak bungkus kain baju lari balik rumah mak.hahahaha!!


saya bukan tak pernah mengandung.PERNAH. tapi tak ada rezeki. anaknya tak kuat. saya nak buat macamana?saya pernah kata dengan suami, kalau saya tahu sepanjang hidup saya ni tak akan ada anak. saya tak akan berkahwin dan tak akan sesekali jatuh cinta dengan sesiapa. tapi ini lah rahsia Allah. ini lah tujuan DIA. ini lah kehidupan. nak tak nak kene lah kita tempuh. anggap je lah 'belum anak ada' kita ni sebagai penyakit. setiap penyakit mesti ada ubatnya.ye dak?setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. saya sakit hati bila, semua menuding jari pada perempuan bila kita tak dapat beri mereka cahaya mata. ehhhhh, berdosa mempertikai kerja Allah swt. tidak semestinya masalah hanya pada perempuan. benihnya nan subur datang dari mana?....


kalau asyik merokok.berkepul sana sini macamana nak dapat benih yang baik-baik.yang berkualiti tinggi? itu belum kira makanan kegemaran mesti nak manis-manis. suka order KFC,mcd..suka icecream. sejak balik dari berurut hari tu. saya paksa suami makan folic asid sama dengan saya. saya mkn dia pun mesti join. berkali-kali saya pesan, jangan merokok depan saya. nak merokok sila pergi 15meter dari saya. tu sebab lah saya selalu sakit sejak akhir-akhir ni. sedut udara berpenyakit dari suami sendiri.erghh, sabar je lah..


sekarang ni saya kerap jatuh sakit. setiap pagi,selesai sarapan pagi saya perlu makan ubat 7biji sekali makan. kalau tak kene gaya saya terpaksa sedut gas oksigen dihospital. tak mengapalah. ini lah nasib saya. berkali-kali saya minta maaf pada suami kerana kerap kali menyusahkan dia. saya memang macam ni. sejak dari zaman anak dara. saya kerap sakit. zaman bekerja pula saya kerap mc..sekarang tidak bekerja pun sakit lagi.


eh, okey lah. petang ni nak ke hospital melawat kawan saya tu. kot-kot dah bersalin boleh saya tumpang ambil gambar sekurang-kurangnya. kalau nak anggap anak sendiri tu tidak lah kot. itu anak dia. bukan anak saya. saya tak menyumbang apa-apa pun pada dia.heeee..

minggu depan birthday saya. muda lagi, baru 24tahun. usia perkahwinan baru 1tahun 5bulan. tak ada apa yang hendak dikejarkan. saya sendiri belum puas jadi budak-budak hingusan. tapi saya masih berangan-berangan hendak bersalin semasa hari jadi saya,dapat saya ucapan tahniah berganda-ganda dari kawan-kawan.hehehe.kalau macam tu saya kene conceive pada JULAI nanti.eh, lamanya nak tunggu :)




dahlia :: apalah yang aku merepek ni =)





Wednesday, March 14, 2012

setelah beberapa hari..

salam semua!


dah 2 minggu tak update entri. saya pun dah rasa macam katak bawah pempurung. lepas ni jarang dah saya update entri. kesempatan yang ada ni pun sebab saya balik ke kampong. suami OT ke Bentong. jiran sebelah rumah balik kampong 2minggu. jadi saya pun balik kampong jugak lah! takut dok rumah sorang-sorang masa musim cuti sekolah ni.sunyi je...






9.3.12
period


10.3.12 (emergency HTAA, kuantan)
jangkitan kuman dalam paru-paru dan sesak nafas.saya sesak nafas lebih dari 24jam. sepanjang malam tak boleh tidur dan keputusan x-ray menunjukkan ada sedikit jangkitan kuman pada paru-paru. saya tidak ditahan ke wad kerana tidak demam. cuma saya sekarang ni bergantung pada ubat hospital. besok atau lusa kene ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan rutin.(entri ini akan menyusul kemudian)


11.3.12
berurut dengan seorang pakar jurupulih perubatan HTAA. suami yang ajak pergi. ni pun sebab kawan dia yang beriya suruh saya try urut dengan akak tu. saya kalau ada orang belanja, nak aja..hehehe. katanya saya dah boleh buat rawatan dimana-mana klinik pakar puan. saya dinasihat mengamalkan garlic pearl. dia kata nak tentukan tahap kesuburan seseorang hanya pada garis panjang pada bawah pusat.kalau terang suburlah...kalau pudar, tak berapa suburlah!yeke? saya sedih bila dia cakap macam tu. dia siapa nak kata saya macam tu. apa yang boleh saya buat,hanya berserah pada Allah. Allah yang menentukan semua rezeki saya.dia apa tahu?? balik dari berurut saya menangis dalam kereta. saya tak nak cakap dengan suami. biarlah saya saja yang tahu..!!!balik dari berurut, saya muntah-muntah sampai tengah malam.batuk tak henti-henti.sampa isaya lembik dan nak pengsan. habis tenaga, saya pun tidur sampai tak ingat apa-apa =(


13.3.12
belum kebah sesak nafas saya dah buat-buat sihat berjimba dengan family ke bukit gambang. main air sampai puas dengan hubby. sampai tak ingat dunia. tapi sebelum pergi tu saya dah tersalah makan ubat. termakan ubat pecah kahak 8mg untuk 6 biji. sedangkan saya perlu makan ubat tu 1biji/3kali sehari sahaja tapi saya sempat muntahkan setengah dari 6biji tersebut.huh! akibatnya,kurang dari setengah jam saya lalok dan lembik. nasib tak da apa-apa nasib mulut tak buih-buih.huhuu..


14.3.12
balik kampung.hari ni saya dah cd6. masih ada sedikit-sedikit period yang turun. bagus lah..


tata.jumpa lagi =)


dahlia :: hari ni saya mandi limau.di sertai niat dan bacaan ayat suci. saya ada baca dalam blog sorang kakak ni. tak apalah. sekurang-kurang saya segar dan rasa terhindar dari syaitan.

Saturday, March 10, 2012

Jangkitan kuman dalam paru-paru

Salam.
Hari ke dua me period. Hubby n me balik kampong mertua. Masa balik sana tu me masih terbatuk-batuk teruk. Kali ni me batuk sampai terkencing pulak. Tu yang kene sentiasa pakai pentyliner tu.

Macam-macam cara me buat nak kurangkan batuk. Orang kata madu lebah dengan limau. Me buat tiap hari. Tak jugak okey. Me search kat internet, kata makan bawang putih bakar.okey me pun buat. Sampai terjojol biji mata me makan..pun tak jalan. Ubat batuk hospital dah dua botol.ubat batuk cap ibu dan anak.antibiotik dan dua papan makan punnnn tak kebah.

Sebenarnya me dah 3-4hari semput dan susah sangat nak bernafas. Tapi boleh control lagi lah. Sebab sesak nafas ni datang bila waktu malam je terutama pukul 9malam ke atas. Berlarutan lah sampai pagi kadang-kadang tu. Bila siang okey je..

Disebabkan itu, me terpaksa tidur dalam keadaan duduk. Sandar badan kat kepala katil me pun tidur lah. Itu rezeki kalau dapat tidur. Kalau tidak tu terkebil-kebil lah mata me sampai 1-2pagi.

Masa kat rumah mertua tu. MIL bagi me minum cuka campur dengan gula. Tujuan dia nak pecah kahak dan mengurangkan batuk. Sebab sebelum ni Mil pun pernah batuk berbulan macam me jugak. Paling teruk masa MIL balik dari umrah setahun lepas. Bila minum cuka+gula tu..alhamdulillah.allah perkenankan niat Mil.sembuh lah dia.

Tapi me lain pulak jadinya. Bila minum tu perit jugak lah. Cuka kan. Tajam sangat, sampai ke perut terasa. Tapi me kuatkan semangat dan niat nak cepat sembuh. Setengah jam lepas tu okey lah. Cuma me muntah lah sikit. Bila dah muntah tu lega lah sikit  dada me.

Tapi malam tu me tak boleh tidur. Mungkin sebab sejuk dan tengah tak selesa sebab period. Me sesak dada teruk malam tu. Susah sangat nak tidur. Me tak rasa mengantuk walau sedetik pun.
Bila me tengok hubby kat sebelah tengah lena tidur. Me rasa serba salah sangat nak kejut dari tidur. Tapi masa tu me dah menangis-nangis sebab tak boleh tarik nafas.

Akhirnya, pukul 3pagi me kejut jugak hubby. Me takut nak kejut orang tidur sebenarnya. Tapi malam tu me memang sakit sangat. Nak ke hospital malam tu jugak. Sambil kejut sambil nangis. Dia bangun. Suruh me minum air panas. Suruh me minum ubat batuk, suruh me bla-bla-bla..Sedih sebenarnya, sebab hubby mamai sangat sampai dia tidur balik.

Sedangkan me dah ajak ke hospital. Sebab me nak oksigen. Sebab me dah sakit sangat masa tu. Nak menyebut sepatah perkataan pun pun rasa sakit dan tak boleh.

Jarak rumah mertua dengan hospital jauh sebenarnya. Kalau nak ke hospital pagi-pagi macam ni memang tak berani.nak tak nak me berserah saja pada Allah. Kalau panjang nyawa me hidup lagi lah me. kalau tidak……

Dalam menangis tu, pukul 4pagi baru me tidur. Itu pun tidur duduk dan kepala tunduk kat sofa. Tidur lah me sambil menangis mengenangkan sakit dan ketidak prihatinan orang yang me sayang terhadap me...

Besoknya. Lepas makan tengahari. Me masih sesak nafas. Kiteorang cepat-cepat ke hospital bahagian emergency. Letih dah me ke sini sebenarnya. Sampai kan me kenal setengah dari doctor yang kerja shif kat emergency ni.

Sampai je sana me terus masuk dalam bilik rawatan athma.  Tak tunggu apa dah. Sebab me rasa nak tercabut nyawa pun ada. Bila dah sedut je tu terus rasa lega sangat-sangat. Ya allah….luas betul lubang paru-paru me ni menyedut oksigen. Nikmat betul sedut gas sampai rasa nak tertidur kat kerusi tu.

Me tak pedulikan langsung hubby yang meneman me dalam bilik tu. Masa tengah syok menyedut gas. Pembantu perubatan (MA) ambil data mengenai me. tekanan darah, jantung dan panas badan.

Bila gas dah habis. Eh, me rasa nak sedut lagi lah. Tak puas nya. Apa pun bunyi kat dada me dah kurang. Me pun dah boleh cakap-cakap n senyum-senyum.hehehe….tak menangis lagi dah. Hubby cakap dengan me, petang ni nak berkebun lagi tak?eh…ofcoz lah. Rindu sangat dengak kebun sekangkang kera me tu.kikiki..

10minit lepas tu nama me kena panggil. Me dapat doctor lelaki berbangsa cina. Baik dan servis dia me suka sangat! Dia cerita mengenai sakit me sangat terang benderang. Mudah sangat me nak faham. Lepas tu me kene buat x-ray paru-paru. Sebab me dah batuk sebulan lebih dah ni.okey tak apalah.

Me pun pergi lah ke unit x-ray dengan hubby. Bila result dah keluar me terus masuk bilik doctor. Masa tu me kena tunggu sekejap kat luar bilik. Sebab doctor nak tengok keputusan x-ray tu.

Lama jugak menunggu kat luar bilik. Lepas tu doctor panggil masuk. Doctor kata, melalui x-ray tu didapati paru-paru me ada sedikit jangkitan kuman. Ia dah terjadi 2minggu lepas lagi!!haaaaaaa...

Doctor terus call wad. Tanya sama ada me kene tahan wad atau tidak. Masa tu me dah cuak jugak. Sebab hal paru-paru ni tak boleh dibuat main-main. Silap haribulan me jalan dulu agaknya. Risau sangat masa tu. Melalui perbualan doctor yang merawat me tu dengan doctor pakar di wad. Jangkitan paru-paru tu sedikit saja. Tapi akan ditahan wad, tetapi disebabkan me tak demam maka me tidak ditahan wad. TAPI….me kene buat check-up setiap kali ubat habis. Seminggu lepas makan ubat yang doctor bekalkan pada me, me kene buat check up rutin di klinik berhampiran.

Lega tak tahan wad. Takut sangat kene tahan wad. Mesti teruk me kene kerjakan nanti. Me ni pun jenuh dah masuk hospital. Lali dah dengan jarum-jarum hospital yang suka cucuk tangan me.Ada-ada je sakit yang me dapat. Hubby kata kenapa tak tahan wad? Lagi pun malamnya tu hubby ada operasi sampai 3pagi. Kot-kot lah jadi apa-apa sapa nak hantar ke hospital? Hurm..tak apa. Jiran kiri kanan me kan da. Tak pun me merempit je ke hospital.heeeeee…

Sekarang ni me kene makan ubat 7biji sehari. Ada yang 6biji sekali makan dan ada yang kene makan 1biji 3kali sehari.penat kan? Me lagi penat. Ada-ada je dugaan yang datang. Tak apalah, yang penting me kene sihat. Baru dapat conceive kan?

2hari lagi family me dari kampong nak datang kuantan. Depa nak mai jalan-jalan rumah kiteorang dan mandi-mandi kat gambang. Hubby kata, me tak dibenarkan mandi atau berendam dalam air kat gambang nanti. Nanti semput susah.huhuhu, me nak jugak!!!!

Dahlia : mengisi entri 2minggu lepas =)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...