Monday, February 13, 2012

surirumah cakap-cakap

morning!!


kerja ke?hehehe,kerja lah rajin-rajin. aku tak kerja, duduk rumah je jadi surirumah tangga. ngantuknya,sebelum subuh dah bangun tidur walau pun malam tadi tak lena tidur sebab suami demam. kejap-kejap dia mengigau.kejap-kejap tarik selimat. bila dia terjaga tu aku tepuk-tepuk je biar dia lena. tak apa tak cukup tidur asalkan dia sihat besoknya.uwaa,ngantuk ni. hari ni suami nak jugak kerja sebab ada buat urin test kat HTAA. bila dia dah g kerja tadi, aku pun siap keluar g joging.erm, badan tidak lah sihat mana tapi semangat tu penting kan.


semalam call mak, saja tanya hari ni dia masak apa? sebab semalam aku masak lemak cili padi ikan tenggiri campur sayur maman. beli hari jumaat hari tu lah, masa jalan-jalan dengan suami kat pasar malam Taman impian nun. bila ternampak sayur maman tu terus teringat emak, sebab ini kegemaran dia. eh, nak beli lah. suami kata dia tak pernah rasa gulai ikan campur sayur maman ni.okey aku pun buat.


bila berbual tu, rasanya konflik antara kami pasal keputusan aku berhenti kerja tu dah okey kot.seronok emak bercerita termasuk lah pasal sayur kegemaran dia tu, sayur maman.  berbual pasal pasar tani kat kampung yang masuk surat kabor..pasar tani mahal&cekik darah katanya. harga seikat kangkung kampung sampai mencecah rm2.0..kat sini baru rm1.0.murah kan. cerita pasal terung,bendi,ikan tenggiri, daging,roti..


....terus masuk cerita pasal barang perabot terpakai. kejutan budaya anaknya ni, sebab tak pernah rasa pakai barang terpakai.hehehe..teruknya aku. barang terpakai pun dapat jugak aku rasa tidur dengan katil Ikea yang tak berbunyi hok-hek-hok-hek. tilam kingkoil tebal 5inci..almari jati 4pintu!..


tidak mewah tetapi sederhana. cukup makan pun kira okey. tak perlu lawa-lawa sebab kita tak mampu. berdoa sajalah semoga hati ni tenang. almaklum, orang dah biasa pegang duit sendiri tetiba tak ada sumber pendapatan dia jadi tekanan.eh, tapi aku okey. faham sangat keadaan sekarang ni. tu sebab biarlah aku yang sakit,jangan suami yang sakit. kalau dia sakit sapa nak cari duit. nak harap aku, tentulah aku ni malas dah nak kerja. :)


suami tak kisah kalau aku nak kerja atau tidak. kalau kerja dapat pegang duit sendiri. dapat beli macam-macam tapi kalau tak kerja agak terbatas sikit. apa yang diberi itu lah yang dapat.rasanya tak apalah, aku nak jadi surirumah je buat masa terdekat ni. cita-cita yang aku idamkan sejak aku bekerja dulu hingga tiada masa untuk keluarga. sekarang ni aku hanya menikmati betapa seronoknya menguruskan keluarga sendiri.hehehehe..(org yg pjj jangan jeles eh)


sekarang ni fokus betul-betul untuk ada anak pulak. dulu alasan sebab duduk asing so susah nak melekat. jadi sekarang ni dah duduk sebumbung, tak ada alasan lagi dah. tak sabar rasanya nak ada anak sendiri, boleh jaga sendiri.tengok pembesaran dia dari awal sampai lah dia besar nanti.


oh anak ku, mana kamu ni. siang malam ibu&abi doa semoga kamu cepat datang dalam hidup kami :)


dahlia :: donut tak dapat makan lagi. hari ni ada keinginan baru iaitu nak buat agar-agar laici.ee,bestnya! 


tata, nak g kedai...

6 comments:

  1. seronoknye jd housewife...kan?..bleh masak2..g kedai...kemas2 rumah..=)

    ReplyDelete
  2. alololo best la.!
    cita-cita paling murni disisi suami..hehehe

    ReplyDelete
  3. Nak jugak jadik housewife.. tapi ida jenis tak reti duduk rumah.. tak boleh tak boley.. kene kerja.. hihihihi

    *salam perkenalan*

    ReplyDelete
  4. bestnya jadi surirumah.. sy pernah kejap sblum dpt kje kat sini. wp penat kemas umah semua tp seronok tgk dpt melayan suami selalu kann? ;)

    ReplyDelete
  5. really...really...jeles la u....
    Arrgghhh...jadi housewife sepenuh masa sgt membahagiakan...tp bile mengenangkan nak membayar duit loan rumah....terus lupakan hasrat itu...

    ReplyDelete
  6. eida : hye eida.salam perkenalan..
    fara :seronok tapi penat sikit lah.hehe
    umaira : hehehe, apa nak buat, pikir 100x kali dulu kalau nak berenti kerja.sy lain,kes berat.hehehe

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...