Saturday, February 11, 2012

sembang sabtu :)

salam sabtu.
hari ni suami tak ada kat rumah, ada kerja kat office..so ada can la aku nak main komputer lama-lama sambil jalan-jalan ke blog kawan-kawan.jalan secara senyap-senyap je. kerja rumah semua dah siap, tunggu nak masak je pukul 12tgh kang baru lah boleh mula. sekarang ni masa nak rehat-rehat :)


hari ni masih tidak menunjukkan nak turun paeriod atau 'apa-apa'..tahap kesihatan badan pulak macam tu jugak. masih batuk kahak dan semput.mungkin sebab aku tidur dalam keadaan sejuk kot. sebab suami malam-malam tidur mesti nak bukak kipas laju-laju.sampai semput dada bila bangun pagi. ya allah, dugaan apakah ini :(


rasanya lepas ni aku tak sanggup nak makan ubat turun period lagi kot, kecuali lah kalau dah 2bulan lebih tak datang bulan.tak sanggup pulak rasanya nak menyiksa badan dengan makan benda tajam-tajam ni. biarlah dia turun secara semulajadi..


macam bulan lepas dia buat kejutan. turun period tepat pada cd35.wahh, seronok sampai senyum sampai ke telinga. ini semua gara-gara amalkan EPO secara konsisten. tapi bulan ni dah tak makan EPO sebab badan naik mendadak oo. tak larat rasanya menanggung rasa lapar yang berpanjangan.hehehehe..


perasaan nak buat rawatan kesuburan tu belum ada lagi. sekarang ni usia perkahwinan pun baru 1tahun 4bulan. nak buat rawatan pun belum ada rezeki lebih lagi rasanya.  tak mampu lah kami nak buat rawatan yang mahal-mahal tu. orang susah macam kami ni usaha tenaga je lah. minum susu kambing ke..makan buah kurma ke..babydance 3kali sehari ke.kikiki!!tapi kalau ada rezeki yang lebih, tentulah kami nak ke hospital untuk dapatkan rawatan dari pakar.


apa pun tawakal saja lah. doa siang malam. dulu beriya nak duduk sama, duduk sebumbung. lani dah termakbul walau salah seorang terpaksa beralah lepaskan kerjaya tetap sebagai penjawat awam.dan sekarang ni usaha nak anak pulak.kene usaha kuat!




dahlia :: rindu pulak dengan johore bahru.semalam teringin nak makan donut J.Co yang kat city square tu. tapi kat kuantan tak ada. so nak ubat rasa rindu, suami bawak jalan-jalan kat pasar malam je.senyap sekejap.hehehe

J.co Donut
nak sampai rasa nak menangis!

4 comments:

  1. meh datang jengah blog kiter k... i put ur blog in my bloglist... ;-)

    ReplyDelete
  2. salam. awk org JB yer? saya pun org JB tapi dok n keje kat penang.. beralah sbb xmo pjj hihi. xpe, InsyaAllah xlama lg ada tu rezeki nk jd ibu.. saya pn ttc 1thun 7bulan br lekat.. :)

    ReplyDelete
  3. dahlia.. nk makan donut ajakla cik suami g ECM.. kat situ ade donut ala2 yg dahlia nak hehehhe...(nkh)

    ReplyDelete
  4. dahlia.. nk makan donut ajakla cik suami g ECM.. kat situ ade donut ala2 yg dahlia nak hehehhe...(nkh)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...