Wednesday, February 29, 2012

provera 5mg

selamat pagi semua..
hari ini saya akan balik ke kuantan. rindu dah kat suami ni. udah lah semalam kene sengat tebuan. nasib baik sempat ke klinik. tak pasal-pasal saya muntah dan lalok sepanjang malam.huhuhu..

semalam saya dah telan ubat turun period. kebetulan akak batik pink tanya, saya makan ubat jenis apa.ok, meh la nak cerita. kalau saya tak datang period atau dah lewat sangat..biasanya saya akan ke klinik kerajaan berdekatan. dan diorg akan bekalkan saya ubat provera 5mg makan 2biji sehari untuk 5hari saja. biasanya period saya akan turun kurang dari masa seminggu selepas makan ubat tu.

dulu ada juga dapat ubat yang kene makan selama 21hari. tapi saya tak nak dan pulangkan semula pada doktor. sebolehnya saya minta doktor bagi saya ubat yang hanya perlu makan selama 5hari saja.sebab saya memang nak cepat.hehehehe...

itu je lah kot. saya memang bergantung pada ubat turun period setiap bulan. pernah jugak nekad tak nak makan ubat turun period tapi period tak jugak turun-turun. 2 bulan lepas saya amalkan epo selama sebulan dan alhamdulillah period saya turun ontime sampai cd35. tapi bulan lepas saya dah tak amalkan epo lagi sebab badan saya naik mendadak!.ermm, sampai sekarang ni period saya tak ada tanda nak turun.huhuhu...sedihnya. rasanya bila dah period ni saya kene amalkan semula epo ni sampai waktu subur je kot. nasib la saya ada terbaca dalam entri kak hikari pasal kesan epo setelah 3bulan....maaf kak nurul hikari.saya copy paste ayat akak dalam blog. untuk dikongsi bersama.....

katanya..
"epo ni makan sampai hari subur je.. boleh juga diteruskan sampai haid seterusnya TETAPI hanyalah jika confirm kita TIDAK preggy... coz kalau preggy (dah lekat) selepas ovulasi ketika ni, it may cause your uterus to contract dan ini akan menyebabkan keguguran pada kandungan.."

saya dah nak balik kuantan ni. mak pun ada bekalkan saya madu lebah tualang untuk saya makan dengan serbuk debunga kurma yang MIL saya bagi tempohari. nekad saya bila dah period nanti......
  • saya nak joging sekurang-kurangnya 3minggu sekali untuk kurangkan berat badan dan buang toksik    dalam badan.
  • berdiet untuk kami suami isteri.
  • amalkan epo sampai waktu subur je..
  • serbuk debunga kurma +madu 
  • ber'babydance sehari sekali...huhuhu!!....

ok. tata.....

dahlia :: kalau ada cara lain. share lah dengan saya ye. saya pun nak cuba jugak =)


7 comments:

  1. aida x penah try ke jamu almira?keluaran mak dara,saya penah tgk dlm fb jamu mak dara..saya sendiri pun x penah try sbb period ok je cme x tetap tarikh je.

    ReplyDelete
  2. take care Dahlia...
    semoga ape yg kite usahakan, ada hasilnya..InsyaAllah..........

    ReplyDelete
  3. takut kan duk makan ubat turun period je...

    sama pengalaman la kite ni.. period degil.. hehe..

    hope lepas ni last la aida makan tau.. ada rezeki pulak nanti... amin..

    ReplyDelete
  4. saya juga ada pernah makan epo ni,tapi x kosisten.haha..then x makan da..
    awak cuba cari vitex..saya dapat emel ni dari sorg kakak yg ttc selama 5 thn then dia amalkan vitex..saya pon x jumpa juga vitex ni..ssh nak cari.dia suplemen macam epo juga tapi kesan dia lagi tinggi dari epo.

    tapi its a gud thing 2 eat EPO.stabilize kan hormon awak dear..saya pon ttc gak ni.2y da.penah skali amik ubat turun period,tapi saya serik da nak makan.

    oh ya,pasal babydance sekali sehari,saya penah terbaca yg if nak conceive,kena selang sehari if nak bbydance..:)

    oke la pjg plak komen ni

    ReplyDelete
  5. psstt.. larat ke nak baby dance tiap hari.hikhik ^-*

    dear, sy tergoda juga nak try vitex yg macam ratu komen... ada juga saja2 usha kat farmasi tp tak jumpa.. ingat lepas appoinment dgn dr bln 3 nanti baru decide nak makan ke tak..

    ReplyDelete
  6. yani dah try cari vitex tu kat farmasi di melaka...susah nak jumpa la. kalau ade pun, farmasi minta order dulu baru boleh dapat.

    ReplyDelete
  7. salam..
    apa kata cuba produk Forever Living..?
    jemput ke penawarsihat.blogspot.com
    Insya Allah, setiap permasalahan kesihatan ada ubatnya

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...