Sunday, February 5, 2012

kencing kotor

salam ahad!


seronoknya hari-hari cuti kan? tak payah pikir pasal kerja dan kerja.cuma pikir macamana nak mengemas rumah je lani. almaklum orang baru lepas pindah rumah.heee..


semalam, tidur rumah mertua. bangun je subuh tu tetiba perut aku sakit rasa cam dah masuk angin.haih, tak kan lapar dah kot. tak apalah..lepas subuh tu aku try kopi O dengan keropok ikan. konon nak bagi kenyang la supaya perut tak meragam.


dalam setengah jalm lebih kurang tu perut aku dah okey sikit. dalam pukul 9pagi baru la perut aku dapat makan nasi lemak.makan lah sampai aku tersandar kekenyangan.!


tapi bila dah nak tenghari tu aku rasa perut aku kat bahagian ari-ari sakit sangat! rasa mcm nak period je. pulak tu yang aku perasan 10minit sekali je nak buang air kecil.hah,sudah! ni mesti kencing kotor!!!!


sehari tu aku sakit perut. tak ada mood langsung nak lawa-lawa sebab sakit gila. benda ni jadi sampai lah tengah malam..dari 10minit sekali terus jadi 10saat sekali. siap da keluar macam benda coklat-coklat lagi. tak sure la apa dia, samada darah ka...pasir ka..apa ka..sebab dari pagi camni kan?


aku pun dah tak larat nak ulang bilik air, terus ajak suami ke klinik. sampai sana je orang punya lah ramai. pergi pulak cari klinik lain, syukur ada satu klinik ni tak ada pesakit. terus masuk bilik doktor.


cerita punya cerita, doktor tu tolak aku suruh g hospital. sebab aku dah demam dan sakit pinggang. dia m pun tak berani nak tanggung risiko katanya. bagusnya doktor ni...


...
sampai je hospital. terus daftar kat  kaunter emergency . masa tu ramai la orang. cam biasa aku kene tunggu lama untuk pemeriksaan.sama lah lamanya menunggu masa kes aku gugur dulu pun kat hospital ini jugak. darah dah menjejeh turun baru nama kene panggil.erghh! masa tu air kencing aku dah makin banyak keluarkan benda coklat dan makin kerap. aku rasa cam nak duduk dalam toilet je!


sampai dalam pukul 9.00pagi..jumpa doktor selepas 45minit menunggu.dari pukul 11.00mlm-2.00pagi pun masih menunggu result dari makmal.punya lah lama oiiii!!..laki aku pun dah mengantuk. orang pulak, makin pagi makin ramai yang datang kat emergency ni.


rasa cam dah tak leh tahan sangat, kencing aku pun okey.sebab aku bantai minum air botol banyak-banyak. terus jadi baik.haa, maka kami pun pakat dua laki bini..'kita balik je lah abi'...penat lah nak tunggu.


sampai rumah je, dlm pukul2.45pagi hospital call suami.katanya diorang panggil banyak kali tapi tak masuk bilik doktor. hahaha, lantak pi laa. tapi hari ni kene datang hospital semula.huwawaaaa!!!malasnya.!

















2 comments:

  1. macam mana result doktor? jaga kesihatan.. saya pun tengah tak sihat, demam... huu

    ReplyDelete
  2. t.care sis..ce try amalkan minum air barli..wat sendiri lbh afdal gitu..hikhik..dulu maria pnh kena kencing kotor..time sakit sibuk la mcari ubt..xsakit sampai lupa da kt ubat..last2 ..batu karang sudah..uwaaa....

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...