Friday, February 24, 2012

jumaat lagi..

jumaat.
sayang jumaat..
maaf saya memang tak pernah ada tajuk khusus untuk setiap entri saya. saya tak pandai buat tajuk. sebab banyak sangat cerita sampai terbabas dari tajuk.selalu dah macam tu. :)


pagi tadi suami dah bertolak ke Temerloh. kesian dia, hajat hati tak nak pergi sebab kesian kat isterinya yang penakut ni tinggal sorang-sorang kat rumah. endak tak endak isterinya ambil keputusan..nak balik kampung lah abi! nak round the world dengan mak. mak dah berhajat nak shooping lagi kat Nilai..makan-makan kat umbai melaka..hehehe..sodap-sodap!


semalam masak apa pun tak tahu. bukak peti sejuk ada ikan bawal. mertua mintak buat kari bawal campur bendi. hah, buat lah tanpa fikir serbuk kari ikan tinggal seco'et je! santan pun seco'et jugak!hah, ambik ko terus jadi tak sedap. entah rasa apa pun tak tahu. sampai tak tahu nak kategorikan apa masakan hari ni.  boleh pulak sy terlajak letak air asam jawa. rasa nak meraung dalam dapur. taubat berpeluh-peluh nak kasi rasa seimbang balik. tengok jam dah pukul 12.35tgh..kejap lagi suami nak balik makan.uwaaa!!tolong-tolong!


eh nampak pulak ada susu cair. hah, letak je lah sikit.alhamdulillah. masa suami balik sebelum dia masuk rumah dah cakap siap-siap gulai hari ni tak sedap langsung. minta maaf bagai lah! kalau rasa dia teruk jangan marah semua lah! tapi bila dia makan alhamdulillah, walau kari ku tak jadi dan rasa masam ala-ala asam pedas tapi boleh dimakan. sedap pulak bila dah makan dengan nasi.huhuhu!..


pengajarannya,lepas ni kalau nak masak kene tengok bahan-bahan kat dapur dulu. kalau cukup baru boleh masak. kalau tak pandai tu banyakkan meng'google laa.  :)


kari ikan campur bendi


ikan kerisi goreng

sayur kobis goreng

eh, ini sarapan saya pagi semalam.
isy-isy-isy....

semalam.
kita cuba lah lagi
=)

okey lah. nak siap-siap kemas rumah. kejap lagi nak balik kampong ni.
muah! rindu abi   =(

dahlia :: upt ni kalau terkene air dia jadi positif pulak eh. bila kering langsung tak ada. suspen saje!hahaha



2 comments:

  1. hihihi okayla tu masih boleh mkn kan ^^

    ReplyDelete
  2. Betul ke kalau kena air upt tu jadi positif? Cz baru td my fren first time nak guna upt ni dia celup 2x dalam urine, sbb tak tau baca result haha.. ada faint line lah, but still rasa lucu cz mcm buat teh boh jer kan nk celup byk kali :-) takper, kita ni usaha lagi ya.

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...