Friday, February 17, 2012

ini lah percaturan hidup..

salam semua..

terima kasih semua sebab sudi comment. comment anda semua menenangkan saya. supaya saya kuat, sekuat-kuatnya! tak terbalas rasanya baik budi akak-akak sekalian.tenang hati berkongsi rasa dengan anda semua. kami baca sama-sama kerana nasihat dan ucapan anda semua kekuatan buat kami.

suami dah tidur. lepas saya bagi makan ubat demam tadi dia terus solat selepas itu minta saya urutkan kepala. kepala dia sakit, strees sangat katanya. saya urut bahu dan kepala sampai dia tertidur. bila tengok dia lena saya rasa sedih sangat.tidur dengan muka penuh masalah. kenapalah semua ni terjadi. lepas satu-satu dugaan datang menguji. dugaan tu boleh lagi ditempuhi tapi rasa terkilan tu yang buat saya rasa teruk sangat!


salah saya ke? tapi semua dah berlaku. terlajak semua dah. ini lah percaturan hidup. hidup ni kalau buat main pun tak apa rasanya,semua akan mati jugak. tapi tak boleh cakap macam tu, sah-sah tak berjaya dalam hidup. insyaallah saya akan terus berjuang untuk kehidupan kami moga kuat lah saya lepas ni..
tolong.............

tak tahu nak cakap. kesalahan apalah yang saya buat, saya betul-betul diuji. tak pernah rasa terduduk macam ni. rasa tertekan macam ni, rasa down macam ni. siang malam sentiasa memikirkan masa depan selepas ini. apa akan terjadi pada minggu hadapan. perginya suami, kemana pula saya selepas ini? apa saya nak buat? 


tapi suami menenangkan saya, supaya bersabar. saya tahu dia lebih teruji.apatah lagi bakal berjauhan dengan isteri dan keluarga. meninggalkan saya untuk saya belajar berdikari semula disini. dia pula bakal meneruskan hidup ditempat baru tanpa sesiapa.

saya harap ada sinar kebahagian yang sebenar dalam hidup kami selepas ini. dulu kami diuji dalam kesenangan dan sekarang kami diuji dalam kesusahan pula. semoga kami kuat.kuat dan kuat!

"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"

wahai suami, 
minta ku jangan pernah lupa pada Allah swt walau sesaat masa, setitis air mata mu dan sekelap tidur mu...
 berdoalah sayang,berdoalah...
ayang sayang abi..


dahlia :: upt negatif. terus makan ubat demam dan ubat batuk. sekarang demam dah okey. suami pulak sambung...

8 comments:

  1. semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan dan rezeki mu aida.. tersentuh hati ini membaca coretan kamu kali ini.. sungguh ujian Dia mengatasi segala kekuatan yang kita ada.. Mohonlah agar kekuatanNya diberikan kepada kita sepanjang perjalanan kehidupan ini.. Ada kalanya kita rasa kita telah membuat keputusan yang betol namun Dia mencorakkan yang lain dari apa yang kita fikirkan kerna Dia melihat ada ssesuatu yang lebih baik untuk kita di hadapan sana.. bersangka baiklah dengan ALLAH S.W.T.. serahkan diri kepadaNya.. minta petunjuk sebaik-baik jalan.. insyaallah..

    ReplyDelete
  2. faham apabila berjauhan dgn keluar ga @ yg tersayang tu mcm mana...bertabahlah..insyaAllah ada hikmah disebalik ujian ini. Allah tau kekuatan & tahap kesabaran hambaNya menghadapi dugaan ini. Mungkin utk masa sekarang kita x tau & x nmpk, insyaAllah satu hari nnt, kita akan sedari bahawa setiap apa yg Dia telah aturkan, ada sesuatu yg Dia tau itu adalah yg TERBAIK untuk kita,..

    x yah stress2 ok..nnt kesihatan plak terjejas..dugaan demi dugaan, cuba lawan dengan kekuatan semangat korang suami isteri.

    Insyallah nnt akan dipermudahkan segalanya... ;)

    ReplyDelete
  3. kita harap awak tabah, kuat, kental hadapi ujian Allah...
    jgn cepat mengalah n putus asa
    Allah sayang awak, kita semua
    InsyaAllah... ada jalannya...
    ada bahagia menanti...
    Sabar banyak...
    saya sayang kamu...
    walaupun di alam maya ini...

    ReplyDelete
  4. Dahlia, setiap masalah tu mesti ada penyelesaiannya. Jangan mengalah ok...Allah memang suka menguji hambaNya...

    ReplyDelete
  5. sabar yea aida,saya tau..saya dapat rasa apa yg awak rasa.letih sudah diuji dengan sedikit putus asa untuk berusaha..saya sendiri begitu,diuji dengan perkara yg diluar dijangkaan kita.sabar yea aida,biarkan ia berlalu dengan penuh rasa redha.Allah tak kan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.percaya dan redha pada ketentuannya,tak guna menyalahkan diri sendiri yg akhirnya menjerat perasaan kita.kuatkan semangat awak,berdoa dan berdoalah.setiap kesulitan pasti ada kemudahannya:)

    ReplyDelete
  6. sabar yea aida,saya tau..saya dapat rasa apa yg awak rasa.letih sudah diuji dengan sedikit putus asa untuk berusaha..saya sendiri begitu,diuji dengan perkara yg diluar dijangkaan kita.sabar yea aida,biarkan ia berlalu dengan penuh rasa redha.Allah tak kan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.percaya dan redha pada ketentuannya,tak guna menyalahkan diri sendiri yg akhirnya menjerat perasaan kita.kuatkan semangat awak,berdoa dan berdoalah.setiap kesulitan pasti ada kemudahannya:)

    ReplyDelete
  7. Insya-Allah ada hikmahnya...baca surah al-insyirah banyak2... moga ditenangkan hati & dilapangkan fikiran...Take care.

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...