Wednesday, February 22, 2012

hep-hep horey!

salam.


semalam cakap dengan hubby dah cd43. minggu depan entah turun period atau tidak. jumaat ni dia ada program kerja kat Temerloh, naik gunung. siap tunjuk surat arahan okey.maka tinggal lah mak nenek ni sensorang kat rumah. mertua offer duduk rumahnya dulu..tapi terasa nak balik Batu Kikir pulak. sebab hubby tak ada ni tak apalah kalau rasa nak pergi mana-mana. masa ni lah nak balik kampung kan. tengok lah macamana. rasa nak jumpa kawan-kawan, nak hightea dengan depa.


yang itu tak apalah, hari ni rasa nak beli upt. tapi semalam hubby tak bagi beli lagi. tak tahu lah dia tu, baru belanja upt 2-3kali dah kata 'sokmo' nak beli. membazir katanya. betullah tu. benda tu memang mahal. tapi dia tak tahu, dulu masa duduk JB selagi tak period selagi tu lah membeli. semingu kadang-kadang sampai 2-3 kali mengulang ke watsons. agaknya budak kerja watson pun dah perasan muka.haah, watsons je sebab ada upt murah. sekarang ni harga dia RM5 je satu.kebetulan aku ada members card...


sumber :: google
haa, aku suka sangat beli yang ini.

eh, kalau ingat balik. mengikut pengalaman sekejap dulu tak ada rasa nak buat upt pun.walau pun masa tu dah rasa macam nak period/ tanda-tanda megandung. hati kata nak period je. sebab asyik sakit perut dan pinggang semacam je pulak. tak tergerak hati langsung nak buat urin test.mybe sebab masa tu dah kecewa sangat dan tak ada pengalaman langsung merasa tanda-tanda mengandung..umm, rupa dah 6minggu. lorh..

bila tak mengandung. pulun lah beli banyak-banyak upt. sampai satu masa rasa membazir sangat-sangat! bila dah buat tu tenung lama-lama kat test pad tu. ya allah, cepat lah naik double line. hah, sampai macam tu sekali.

..

pagi tadi masa suami siap-siap nak pergi kerja..aku minta izin lah nak keluar ke kedai. tapi tak cakap pun nak beli apa.

aku : abi, nanti kedai dah bukak ayang nak keluar jap tau.
suami : pergi klinik je sayang. tanya doktor.
aku :(dalam hati) ni dah kenapa nak klinik-klinik ni...klinik buat apa b?
suami : pergi check tu lah. tak payah beli-beli.kata je kat doktor, ayg tak turun period.
aku : lorhhh..ayang nak pergi kedai runcit MAZ lah. nak beli serai, santan. hari ni nak buat gulai ayam masak lemak cili padi!adeh suami ku..
suami : muah-muah..

rasa tak tahu lah, entah-entah menyimpang ke watson dulu kot. baru ke kedai runcit beli serai.huhu. dah 3hari ni nenek suami aku duduk sekali dengan kiteorang. kesian pulak kat nenek sebab makan tak berkuah. almaklum kiteorang ni diet. tak makan benda bersantan sangat. cukup sayur campur dengan goreng ikan pun dah sodap.hehehe..

okey lah. nak sidai baju.nak mengemas rumah ni...
tata..

10 comments:

  1. mana tau kali ni rezeki dahlia.. kak fara dulu wat upt pun xde tanda2 preggy atau period. cume awal2 set mind, ada atau xde jgn kecewa hihi

    ReplyDelete
  2. Betul cakap fara tu... Test..Kalau ada rezeki, alhamdulillah.. Kalau takde rezeki lagi, jgn sedih.. terus g check doctor... Takut ada masalah lain pulak kan...

    *sodapnya ayam masak lemak cilipadi!!*

    ReplyDelete
  3. same la, lame tak wat gulai lomak ayam, hahaha.. org Negori ke Dahlia, same la belah my Husband, i org gulai tempoyak, heee~, kalo la kite berjiran, mesti dahlia kirim semangkuk kat saya, hahahaa~ berangan...

    u, hope ade rezeki kali ni, nnt update tau... ape pun, Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. same la kite, dulu masa pregnant sekejap (5 minggu) tu sangsi walaupun upt dh naik 2 line, tp sekarang biler wat upt harap sangat dapt 2 line tu kembali..

    ReplyDelete
  5. semoga ade berita gembira dahlia...:)

    ReplyDelete
  6. eh,cepat2 buat dahlia.i yg eksaited nak tau result dia..hope kali ni rezeki mung..

    ReplyDelete
  7. saya masa tahun 2-3 perkahwinan dulu beli ler jugak nak2 kalo lmbt period..

    skrg dah nak masuk tahun ke-6, dah malas...

    ReplyDelete
  8. dupdapdupdap nak tau result u...hehehe... neway, saye pon dah miss 2 hari ni..2 hari je pon...tapi blom test lagik...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum semua..

    saya tak check lagi..
    terima kasih sangat-sangat!!

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...