Thursday, February 16, 2012

dhuha..

salam semua.


dah khamis kita ya? sejak suami dapat surat arahan semalam, tidur malam tak lena. hari ni terus tak dapat nak bangkit tidur. terlalu memikirkan sampaikan suhu badan naik mencanak. demam semula. apa nak buat. sayang sungguh Allah swt kepada kami, saat kami tak sihat ni dapat pulak berita yang kalau boleh tak nak dengar langsung! rasanya hari ni pemikiran aku lebih baik dari semalam. semalam down betul. berdenyut-denyut kepala kami laki bini. macamana nanti yaa...


sejak aku berhenti kerja ni masa aku banyak dirumah. jarang keluar rumah nak melilau tak tentu hala. mungkin atas faktor duit jugak kot. ada duit keluar,tak ada duit duduk rumah.se'sen pun tak keluar kan?...


hari ni aku nak share pasal solat dhuha. dulu tak tak kenal solat dhuha nak buat apatah lagi. tapi sejak berhenti kerja ni aku ada masa lebih kat rumah. alhamdulillah, baru nak belajar. mertua aku pun selalu pesan buat lah solat dhuha. solat membuka rezeki . dulu aku endah tak endah je. tapi sekarang ada masa lebih ni aku belajar. senang saja solatnya. doa dia pun buat aku menangis teresak-esak.. mula-mula nak menghafal susah jugak tapi aku belajar kat youtube "unic -doa dhuha.mudah je hafal. cuba lah buat, mana tahu berkat doa dhuha ni Allah swt permudahkan rezeki kita :)






Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



dahlia :: nak pergi klinik hari ni...

6 comments:

  1. dahlia,

    bersabar yek. Moga Allah gantikan yang terbaik utk awak berdua.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Dahlia, berkat solat dhuha Allah bagi sesuatu yg lebih baik insyaAllah..

    sy doakan ada good news balik dari clinic nnti ;)..ameen

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah ada good news..amin ya Allah=)

    ReplyDelete
  4. Solat Dhuha...byk rahmatnye....

    Kami yg kerja tak da peluang...
    weekend adalah peluangnye..

    ReplyDelete
  5. dahlia, buatla solat dhuha selalu.. sy beberapa bln b4 conceive, wat solat dhuha, hajat n taubat selalu. ms doa tu mmg beria2 smp menangis2. xpe, Dia Maha Mendengar. InsyaAllah cepat atau lmbt dia pasti makbulkan. sy doa yg terbaik utk awk.. jgn sedih2 ye :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...mungkin kita rugi atau kurang skit dari segi duit sbb kita x bekerja dik, tp Allah bagi kita lbh masa utk menambah amalan Sunat...InsyaAllah satu hari Allah pasti makbulkan jua doakan kita...

    *akak pon sama, pasti tersedu-sedan bila baca doa dhuha ni..AllahhuAkbar

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...