Friday, February 3, 2012

baru belajar duduk berdua..

salam semua,


seronoknya hari jumaat eh. mana tak bestnya! rehat awal, naik office pun lambat . sebab g merayau kat shooping mall. makan-makan sambil carik barang. sakan merayau macam dah tak ada hari lain nak merayau kan?..eem, apa lah adik aku si inn tu buat ek jumaat ni. biasa kalau jumaat je aku ajak dia g jalan sekali dengan kak.yana. lani k.yana tu dah bersalin tengah berpantang 3 bulan.sian inn..


tapi aku tetap nak merayau. menikmati hari perlepasan aku sebagai penjawat awam.hee. bebas sungguh aku sampaikan aku ajak laki aku ponteng kerja sekali.haha! tapi tak boleh, nak merayau petang kang laa. balik kerja nanti aku jemput dia balik kerja.sebab aku dah gila nak beli perabot! sementara duit ada ni, kang dah tak ada duit..apa pun tak boleh beli.ye dak?


3 hari dah berlalu. kehadiran aku disisi suami kali ni macam kekok sikit. aku pun kekok.sebab ini lah perasaan nya bila duduk berdua dan sampai bila-bila. dah tak rasa macam kedatangan yang selalu tu. selalu tu aku datang bercuti..2-3hari je. paling lama pun seminggu, itu pun bukan kat rumah sendiri. makan kat luar, siap nak lawa-lawa je. tak payah pikir pasal dapur, pasal bilik air, pasal singki kopak, pasal longkang tersumbat atau apa-apa aje..


tapi kali ni, kehadiran aku sebagai isteri dan surirumah tangga. sampai demam lah badan. punyalah terkejut badan.. suami bangun pergi kerja aku pun  sibuk bangun jugak nak mengumpul baju kotor nak dibasuh. lepas  hubby g kerja, baru lah aku mula mengemas luar dan dalam rumah.


sekarang ni  barang banyak lagi bersepah. kain baju pun belum masuk almari.sebab tak ada tempat nak simpan. tenaga pun berapa kerat je nak angkat-angkat ..cadangnya petang ni baru nak cari almari. besok dah nak balik rumah mertua. ahad nak balik kampung batu kikir pulak.adeh, busy nya orang tak kerja ni!


buat masa ni belum ada nampak wahyu nak masak lagi. sebab dapur gas tak beli. aduh, tang ni paling letih. sebab bila lapar je terpaksa makan megi atau biskut dulu. tunggu betul-betul lapar baru la keluar g kedai. hubby ku kerja, rasa cam bersalah pulak nak suruh dia hantar makan atau apa-apa....sedangkan kereta ada je untuk aku bergerak.


insyaallah, sebulan lepas ni rumah kembali normal dan ada gaya cam rumah. sebab sekarang ni masih ala-ala rumah bujang. bulan depan baru nampak gaya rumah orang dah berumahtangga kot :)
boleh lah kalo u all nak datang bertandang ...


apa pun sekarang ni tengah membiasakan diri dengan persekitaran, cuaca dan emosi orang kuantan. i dulu duduk JB 2tahun 6bulan, jadi dah terbiasa suasana sibuk, laju dan semua nak kene cepat. sekarang ni aku duduk kat kuantan, bandar yang tenang dan syahdu-syahdu gituew. kene rileks dan sepoi-sepoi sudah. yelah, aku ni jenis nak cepat, kalau lambat nanti tak dapat. eh, tak apa kalau kat sini lambat pun tetap dapat..


suami aku ni pulak. dah terbiasa keluar malam. sebab sebelum ni isterinya tak ada, dok kat jb.lani bila aku dah ada kat kuantan duduk dengan dia..dia pun masih keluar malam. dan tiap-tiap malam. malam ke-2 hari tu aku sentap habis dengan dia sebab bawak aku g makan dengan geng-geng office dia yang lelaki. haa, memang la den nak mengamuk kan? terus tak nak makan dan duduk dalam kereta.tarik muka empat belas!..


malam tadi aku tak nak ikut dia keluar lagi. sebab pasti dah balik pukul11 malam punya..aku ni dah terbiasa tidur awal. kawan-kawan dia ni pun tak reti agaknya, kan aku ni dah ada rumah jadi jangan la ganggu masa aku ngan laki aku. siang dia dah kerja pastu lepas isyak dah keluar.aku pun duduk la rumah..


tak apa-..tak apa. mungkin dia tak biasa kot. dah terbiasa lepak kedai dgn kawan-kawan. tak apa-tak apa kami kan baru nak belajar duduk berdua.mood tak berapa stabil lagi ni.lepas ni okey lah tu....  :)


p/s :: dah cd25 hari ni. terlupa pulak dengan vitamin tambahan sebab busy menyelesaikan hal rumah. apa pun tiap malam dapat menikmati :P





















4 comments:

  1. mood perantin baru la ni. hehe

    salam kenal dahlia ;)

    ReplyDelete
  2. insya allah,nti sme2 blh menyesuaikan diri.bg sedikit masa yea,klau berubah mendadak pn x blh jgk.harap2 dpt duduk berdua ni ada rezeki dpt baby lps ni k:)hehehe..

    ReplyDelete
  3. yannie :: salam kenal yannie..
    isyh, mesti laa..hehehe

    cheq sue :: thank la..tulah pasl. kene banyak bersabar sekarang ni. :)

    ReplyDelete
  4. yannie :: salam kenal yannie..
    isyh, mesti laa..hehehe

    cheq sue :: thank la..tulah pasl. kene banyak bersabar sekarang ni. :)

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...