Thursday, February 9, 2012

apa perasaan bila suami kata kita gemuk?

hello!sentap okey!!
.............


salam khamis. huh, penatnya baru balik dari joging ni. gigih sungguh aku bangun pagi ni semata-mata nak bersenam dan mengeluarkan peluh. bangun je pagi tadi terus mandi dan solat subuh lepas tu siapkan sarapan hubby lepas siap dia sarapan aku pun siap nak g joging.fuh, gigihnya makcik ni.walau pun tengah tak sihat (selsema,batuk)


ini semua sebab terguris dengan kata-kata suami 'abi tak suka orang gemuk'..dia nak aku yang macam kali pertama kali kami jumpa dulu!! lah, semalam kami pergi jalan-jalan kat taman tasik kat depan office dia tu. joging tu tidak la, jalan-jalan je....sambil jalan tu dia sibuk nak mengutuk badan aku yang gedempol sana-sini.sedih sangat.aku rasa nak tolak je hubby dalam tasik tu.biar padan muka dia. tapi tak apa lah, nanti jadi isteri derhaka..paling tidak pun keluar kat paper pulak nanti 'angkara dikutuk gemuk, isteri tolak suami dalam tasik'..camtu! nak ke??...



walau pun terguris dan sedih tapi aku senyum je. apa nak buat, dah setahun kawen. mana ada masa nak jaga badan. dulu kerja, keluar gelap balik pun gelap. mana nak jumpa trek joging. orang ajak aku makan, aku makan. mana tak gemuk. tak ada masa lah nak pikir pasal badan selim-melim macam zaman anak dara dulu.kan?

sedap betul dia mengutuk. sampai aku rasa nak marah pulak. bila aku marah, dia kata  semua orang pempuan tak suka bila dikata gemuk.ehh, memang la! abis perut dia yang dah kedepan tu tak ape ke?tak gemuk la tu.omboi. tu lah lelaki, kata kat orang ikut sedap mulut je. hati bini ni sikit pun tak nak jaga.aku jugak yang kata dia hensem tiap hari.pastu g kerja hati bunga-bunga.



eh, bukan aku tak ikhlas.ikhlas tapi kenapa suami ni susah sangat nak memuji bininya. kalau bab bagi bini dengar ceramah pasal isteri solehah,isteri cantik,isteri cun,isteri taat kemain lagi..pastu perli-perli.suruh aku taat macam isteri rasulullah.isyh, kalau dia pun macam rasulullah untung aku! tiap hari kene puji,walau masakan aku terkurang garam.walau badan aku mengelebar sana sini tetap kata aku cun kan?..tapi apa kan daya.sabar saja lah..




okey. tak baik kutuk suami sendiri.kan dah berdosa. tak apalah, aku nak jadi isteri yang baik tutur katanya.walau perutnya dah kedepan tapi tetap aku kata hensem kat dia.setiap hari! tetap aku masak masakan yang sedap untuk dia. sediakan keperluannya. jaga makan dan minum.insyaallah...




pesanan untuk diri sendiri :: walau kita ni dah gemuk tidak semestinya kita tidak cantik. malah kulit kita makin gebu dan lembut gituew. walau kita dah gemuk tapi kita masih bertenaga nak uruskan hal rumahtangga.oh aida, bersabar lah kamu.




p/s :: aku akan buktikan aku akan cun macam zaman anak dara dulu.love.






zaman cinta cintuuun




1st dating  :)





sekarang!
hahahaha





8 comments:

  1. biasalah tu,org lelaki mmg smua mcm tu.yg dia ke depan tu dia mmg x perasan.asyik kte je yg kena..kte gemuk pn sbb masakkan utk dia jgk.klau x try,nti ckp msk x pndai plak.mse bujang x pelh,ase nk msk,msk..mls,x yah mkn.sekarang ni,mmg wajib msk ari2 utk suami.suami sy mmg x kesah sbb kami sme2 gemuk tp x delah smpai gemuk gedempol.gemuk pn kte blh nmpk cum jgk..lbh2 lg kulit awak cantik.lg cntik dr saya..

    p/s:nti ley r kongsi rahsia:)

    ReplyDelete
  2. hehe sy pun tgh nak kuruskan badan.. dulu sekeping je.. dah kawen mmg la dh lain ;)

    ReplyDelete
  3. cheq sue ::tu lah pasal. asyik nak buat kita ni geram jer....!! cantik apanya, sy selalu scrub badan dengan teh serbuk yang dah digunakan tu..buat laa,best.

    miss ::cute tu ada lagi la..alhamdulillah. cuma montel sikit je.hehehe

    raudhah :: jom lah kita,sama-sama ber;diet.

    ReplyDelete
  4. Peh gambo msa zman stdy cengkung je..haha.....
    agk2 bleh ke dpt blik cmtu?hehe...aku dh xleh ni.....fktor bkerja sma kot..huhu

    ReplyDelete
  5. cik faten :: cengkung, melidi,tinggi mcm batang kayu.
    tapi sekarang ni dah xboleh nak mcm dulu lah..heeehee

    ReplyDelete
  6. cik faten :: cengkung, melidi,tinggi mcm batang kayu.
    tapi sekarang ni dah xboleh nak mcm dulu lah..heeehee

    ReplyDelete
  7. Salam..akak..saye Ica!! Akak nk lose weight x?? Ica blh tolong!=) Ica dah lose weight 8kg dah!!!!!
    If akak b'minat..boleh a kite roger2
    013 255 8910
    https://www.facebook.com/hanzlisha90
    (facebook)
    Luv u kak!!

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...