Wednesday, February 1, 2012

aku bukan milik mu lagi....

31.1.2012
selasa


akhirnya aku meninggalkan jejak terakhir buat bandaraya. aku meninggalkan seribu satu cerita yang sukar untuk dikongsi. disini lah aku belajar erti hidup yang sebenar. sebatang kara ditempat orang..meninggalkan keluarga, meninggalkan suami jauh dari pandangan mata. akhirnya aku mengalah..


terima kasih pada bandaraya kerana sudi menerima dan sudi pula melepaskan aku walau sukar untuk aku. satu keputusan yang sangat kontroversi dan perit.


aku meninggalkan kawan yang aku SAYANG. kawan siang dan malam.. kawan suka dan duka..kawan profesional dan tidak. kawan gurau senda..kawan tidak sebulu dan kawan-kawan rata jalan.kawan sesapa lalu..kawan atas manis senyumannya..kawan atas perkhidmatan..kawan atas segalanya...


aku meninggalkan jejak terakhir buat jb dengan penuh sebak didada, ketika mereka tidur dalam kesedihan dan gembira atas ketiadaan aku.aku tak mahu menoleh kebelakang lagi kerana perjalanan hidup aku masih panjang....


semoga Allah swt memberi aku kebahagian yang aku impikan sebelum ini. memberi keindahan dalam rumah tangga ku..rezeki yang melimpah atas pengorbanan aku untuk keluarga ini.amin.


bandaraya, aku kini bukan milik mu lagi. siang malam ku bukan untuk mu lagi. tetapi aku tidak akan menjadi kacang yang lupakan kulitnya. jasa mu ku kenang.. belas mu aku sanjung......love bandaraya.!





1 comment:

  1. "ke hadapan bintang jatuh,
    yang melintas melintangi pandangan aku.."

    ReplyDelete

terima kasih atas comment anda =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...